Tidak dinafikan sukan yang menggunakan raket paling popular di negara kita ialah badminton. Dengan pengaruh serta pencapaian pemain badminton di peringkat antarabangsa jadi tidak hairanlah mengapa ia sangat popular. Tapi pernahkah anda dengar tentang satu sukan beraket yang baru iaitu Padel?
Padel merupakan sukan menggunakan raket yang semakin popular. Lebih menarik sukan yang cukup ‘muda’ ini terhasil dengan menggabungkan elemen tenis dan skuasy.
Ia kini semakin mendapat sambutan di seluruh dunia. Malah pertandingan profesionalnya juga terus mendapat liputan meluas termaksuklah di Malaysia.
ASAL-USUL
Sukan ini berasal dari Mexico pada akhir tahun 1960-an, hasil inovasi Enrique Corcuera yang mencipta versi tenisnya sendiri dengan gelanggang yang lebih kecil dan berdinding.
Dari situ, Padel mula ‘merebak’ ke Sepanyol dan Argentina, di mana ia dengan cepat menjadi aktiviti rekreasi yang digemari ramai.
Ads
Kini, Padel diiktiraf di peringkat global dengan kejohanan profesional dan jumlah peminatnya juga semakin meningkat. Malah di negara kita juga Padel turut mendapat tempat dan popularitinya semakin meningkat dari hari ke hari.
Gabungan aksesibiliti, interaksi sosial, dan permainan yang strategik telah menjadikannya pilihan kegemaran di kalangan atlet dan pemain santai.
CARA PERMAINAN
Padel biasanya dimainkan secara berpasangan di gelanggang tertutup yang saiznya kira-kira satu pertiga daripada gelanggang tenis standard.
Gelanggang ini dikelilingi oleh dinding, dan tidak seperti tenis, dinding ini adalah sebahagian penting dalam permainan, mirip dengan skuasy.
Ads
Pemain menggunakan raket yang padat, lebih kecil daripada raket tenis, tanpa tali, dan bola yang digunakan adalah serupa dengan bola tenis tetapi dengan tekanan yang sedikit kurang.
Peraturan Asas Padel
Sistem Pemarkahan: Padel menggunakan sistem pemarkahan yang sama seperti tenis – permainan, set, dan perlawanan. Perlawanan biasanya terbaik daripada tiga atau lima set, dan setiap set terdiri daripada enam permainan.
Servis: Servis dalam Padel adalah secara bawah tangan, dengan bola dipukul pada atau di bawah paras pinggang. Bola mesti melantun dahulu dalam kotak servis pemain sebelum dipukul secara menyerong ke kotak servis lawan.
Gelanggang Padel
Bola Dalam Permainan: Selepas servis, bola boleh melantun sekali di tanah sebelum ia mesti dikembalikan. Bola juga boleh mengenai dinding yang mengelilingi gelanggang tetapi tidak boleh melantun dua kali di tanah. Pemain boleh menggunakan dinding untuk kelebihan mereka, memainkan bola dari dinding untuk mengekalkan rally.
Kembalian: Pemain boleh mengembalikan bola sama ada sebelum ia melantun di dinding atau selepas ia melantun di dinding, tetapi hanya satu lantunan di lantai dibenarkan sebelum mengembalikan bola.
Volley: Volley dibenarkan, dan pemain sering berposisi di hadapan jaring untuk menyambut bola lebih awal. Objektifnya adalah untuk membuat bola melantun dua kali di bahagian lawan atau memaksa lawan membuat kesilapan.
Selalu dengan tentang bangkit tubi? Pasti ramai yang menjawab ‘Ya’ tetapi apakah anda tahu rahsia dan keistimewaannya?
Selain boleh kempiskan perut, latihan bangkit tubi memberikan beberapa manfaat kepada diri kita seperti:
1. Bakar lemak secara komprehensif
2. Bentukkan six-pack
3. Tegangkan otot perut
4. Nampakkan badan lebih fit
Sehubungan itu, menjadi satu kerugian jika seseorang lelaki itu tidak pernah mahu mencuba untuk melakukan senaman bangikit tubi ini.
Menerusi entri ini, apa kata pembaca ambil kesempatan untuk buat bangkit tubi berlandaskan kaedah-kaedah ini :
Cara melakukan bangkit tubi
1. Posisi
Mulakan gerakkan dalam posisi baring di atas lantai sambil kedua-dua belah kaki dibengkokkan pada lutut
2. Tangan
Letakkan tangan di belakang kepala atau disilangkan dan dirapatkan ke dada.
3. Gerakan badan
Perlahan-lahan tolak atau bawa tubuh ke hadapan menghampiri lutut.
4. Arah
Selang-selikan dengan gerakkan membawa tubuh ke belakang semula dan berhenti mengikut kemampuan. Pastikan kaki kekal dalam keadaan membengkok.
5. Rasa tegang
Rasakan kontraksi pada otot perut ketika melakukan gerakkan ini.
6. Tahan
Setelah serasi dan mahir, cuba bawa tubuh kebelakang dan bertahan selama 10 hingga 20 saat, bermaksud turunkan badan dalam posisi baring dengan cara pelahan-lahan selepas membawa tubuh ke hadapan menghampiri lutut. Pastikan tidak biarkan tubuh mencecah lantai.
7. Ulang semula
Ulang gerak senaman ini sebanyak 8 kali atau lebih.
Sekiranya anda sudah mulai selesa dengan cara ini, sebaik-baiknya pastikan postur tubuh badan dalam keadaan tegak dan tidak terlalu membongkok.
Apa-apa pun, MASKULIN ingin ucapkan selamat mencuba dan semoga anda berjaya dapatkan bentuk badan yang fit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sukan Asia di Indonesia bakal ditemui pada 18 Ogos 2018. Semalam 10 Ogos acara menyerahkan Jalur Gemiling kepada Kontinjen negara telah pun diadakan bertempat di Putrajaya. Menerusi laporan Awani, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mensasar jumlah kutipan emas sebanyak 7 pingat untuk para atlet membawa pulang ke tanah air.
Ini ekoran daripada kejayaan yang telah dibawa oleh pasukan Malasyia 4 tahun lalu menerusi temasya di Incheon, Korea Selatan dimana 5 pingat emas telah dibawa pulang.
Bagaimanapun Syed Saddiq turut yakin bahawa para atlet ini mampu untuk meraih 11 pingat emas untuk mengharumkan nama negara. Antara sukan yang diharapkan untuk memiliki emas adalah acara berbasikal, taekwondo dan karate. Seramai 426 atlet akan membawa nama negara di temasya sukan kedua terbesar selepas Sukan Olimpik itu, yang akan berlangsung di Jakarta dan Palembang bermula 18 Ogos hingga 2 September ini.
Maskulin mengucapkan selamat berjaya kepada kontinjen negara dan mengharapkan para atlet dapat membawa pulang jumlah emas lebih dari apa yang disasarkan.
kredit gambar: Kosmo & Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi yang keliru nak makan masa diet, apa kata ambil kombinasi makanan untuk kurus ini. Ingat! Nak diet anda tak semestinya perlu berlapar dan mengikat perut.
Jika anda nak kenyang dan diet dalam masa sama, kombinasi makanan untuk kurus ini sesuai diambil kerana ia membantu menurunkan berat badan secara sihat. Paling penting makanan ini sedap dan berkhasiat!
1. TELUR + SAYUR-SAYURAN
Telur dapat membantu penyerapan karotenoid (pigmen warna dalam sayur-sayuran). Karotenoid dapat menurunkan berat badan, mencegah kanser dan menutrisikan kulit. Kombinasi makanan ini memberi manfaat hebat untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.
2. AYAM + CILI
Ayam kaya dengan protein sehingga membuatkan anda kenyang lebih lama. Manakala cili pula sangat bagus untuk mempercepatkan pembakaran lemak dan membantu tubuh untuk menukarkan makanan menjadi tenaga. Selain membuatkan anda cepat kurus, kombinasi makanan ini akan jadi bertambah sedap untuk dinikmati.
3. JAGUNG + KEKACANG
Menurut satu kajian, makan kekacang seminggu sekali lebih efektif untuk menurunkan berat badan berbanding anda berdiet tanpa makan kekacang. Ditambah lagi dengan jagung, ia dapat meningkatkan efek langsing pada tubuh kerana mengandungi pati yang boleh menyerap sebahagian besar kalori.
4. TEH HIJAU + LEMON
Teh hijau mengandungi catechins yang menjadikan ia kaya dengan antioksidan. Ditambah dengan buah lemon yang banyak khasiat, ia menjadikan kombinasi makanan ini terbaik untuk menurunkan berat.
5. SALMON + ASPARAGUS
Salmon kaya dengan Omega-3 manakala asparagus pula kaya dengan fiber dan protein yang membantu mengurangkan lemak dalam tubuh badan. Pastikan kombinasi makanan ini dibakar dalam ketuhar atau dikukus untuk anda mendapatkan manfaat kurus.
6. BADAM + GREEK YOGURT
Sesetengah vitamin terutamanya A, D & E sangat mudah untuk diserap apabila diambil dengan lemak. Badam kaya dengan kalsium, antioksidan dan vitamin E. Manakala Greek yogurt pula berkhasiat dengan vitamin D. Ini menunjukkan kombinasi makanan ini sangat sesuai dan terbaik untuk menurunkan berat.
7. AVOKADO + BAYAM
Kedua-dua makanan ini mempunyai banyak mineral dan vitamin. Pastikan anda menggunakan kombinasi makanan ini sebagai salad untuk menurunan berat badan. Bahkan bayam juga merupakan makanan terbaik jika dimakan dengan minyak zaitun. Manakala avokado pula sangat sesuai digabungkan dengan ikan, ayam dan roti gandum.
8. IKAN TUNA + HALIA
Ikan tuna mengandungi Omega-3 yang dapat mencegah penyimpanan lemak di perut dan halia pula membantu mencegah kembung perut. Ternyata ia kombinasi makanan yang sempurna untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.
Sumber: Bright Side
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.