
Zaman sekarang ni internet menjadi satu keperluan yang sangat penting. Kalau tak ada internet, boleh mati kutu. Namun bila dah pasang Wifi, masalah lain pula yang datang.
Siapa yang tak geram bila tiap-tiap bulan bayar bil tapi line Wifi slow. Nak katakan anda pakai banyak, tak juga. Boleh jadi line Wifi anda telah dicuri secara senyap-senyap.
Perkongsian @_fidauddin di laman Twitternya ini memberi panduan untuk anda trace jika Wifi kena kena curi secara senyap-senyap dan cara nak block penggodam.
Bagaimana nak tahu Wifi kita dicuri secara senyap dan cara untuk block mereka.
1. Taip 192.168.0.1 di address bar dan tekan Enter
2. Cek router Wifi korang
3. Boleh lihat berapa ramai yang pakai Wifi anda
4. Klik Pencil ikon dalam kotak device tersebut
Cara hide Wifi dari orang lain untuk elak dicuri
McDonald’s Sambut Ulang Tahun Ke-40 Happy Meal Dengan Kemunculan Semula Mainan Ikonik

Rasanya ramai di antara anda membesar dengan permainan yang didapati bersama hidangan Happy Meal dari McDonald’s. Selama 40 tahun, Happy Meal menjadi simbol perkongsian detik-detik kegembiraan untuk keluarga di seluruh dunia.
Bagi memperingati peristiwa penting ini, McDonald’s Malaysia akan melancarkan edisi terhad Surprise Happy Meal, dengan menampilkan beberapa mainan Happy Meal paling popular sejak empat dekad lalu. Surprise Happy Meal boleh didapati di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara mulai 28 November ini, selagi stok masih ada.
“Kami sangat teruja membawa rakyat Malaysia mengimbas kembali detik-detik manis dengan mainan-mainan paling ikonik Happy Meal pada masa lalu, seperti Beanie Babies dan Tamagotchi. Kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti seronok dengan kemunculan kembali mainan dari era 1980-an dan 1990-an ini.
“Ia semestinya membangkitkan nostalgia, lebih-lebih lagi para pelanggan yang menyukai Happy Meal semasa zaman membesar mereka,” kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.
Sejak ia mula diperkenalkan pada Jun 1979 di Amerika Syarikat, Happy Meal telah berkembang ke lebih 38,000 restoran di lebih 100 buah negara di seluruh dunia – dengan mainan ikonik kekal sebagai simbol kejutan, keceriaan dan kegembiraan.
Setiap Surprise Happy Meal akan mengandungi salah satu mainan koleksi dan edisi terhad berikut, yang pastinya amat dekat di hati pelanggan-pelanggan kami sejak sekian lama:
- Cowboy McNugget (McDonald’s): 1988
- Fireman McNugget (McDonald’s): 1988
- McNugget Carrier Mail (McDonald’s): 1988
- Hamburger Changeable (McDonald’s): 1989
- Grimace (McDonald’s): 1990
- Dino Happy Meal Box Changeable (McDonald’s): 1991
- McDonald’s Hot Wheels Thunderbird (Mattel): 1993
- Hamburglar (McDonald’s): 1995
- Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers): 1996
- Patti the Platypus (Ty Beanie Baby): 1997
- Tamagotchi (Bandai): 1998
- My Little Pony (Hasbro): 1998
- Furby (Hasbro): 1999
- Hello Kitty (Sanrio): 2013
Pengarah ‘The Batman’, Matt Reeves Kongsi Sut Terbaru Bakal Dipakai Robert Pattinson

Karakter Batman telah divisualkan dan dihidupkan oleh beberapa pelakon terkenal Hollywood dengan cara tersendiri. Dan pastinya antara yang paling menggamit memori peminat adiwira ini ialah lakonan daripada Cristian Bale, Michael Keaton, Val Kilmer dan yang terbaru Ben Affleck.
Namun kini dilaporkan karakter pujaan ramai itu bakal diberi nafas baru serta mengetengahkan pelakon berbeza.
Filem ‘The Batman’ yang diumumkan tidak lama dahulu bakal diarahkan oleh Matt Reeves. Dan filem remake ini akan menampilkan Robert Pattinson sebagai adiwira The Dark Knight.

Walaupun pelbagai reaksi diterima berikutan pengumuman Robert Pattinson sebagai Batman yang baru namun dengan ‘usikan; manja Matt Reeves yang berkongsi beberapa foto sut terbaru untuk filem ‘The Batman’ membuatkan ramai semakin teruja.
Menerusi rekaan baru sut Batman ditampilkan dengan ciri-ciri lebih kuat di bahagian wajah serta membawa lebih estetika ketenteraan. Dari jarak dekat ia seakan memiliki bahagian pelindung di bahagian leher dan pada bahagian logo di dada menyerupai komik ‘Rebirth Vatman’.
Filem ‘The Batman’ dijangka akan menemui penonton di seluruh dunia pada bulan Jun 2021.
12 Perangai Aneh Yang Biasanya Dilakukan Lelaki Apabila Masuk Usia 40-an!

Betul ke lelaki akan berperangai aneh sebaik sahaja memasuki usia 40-an? Sebenarnya tiada jawapan saintifik mengenai perkara ini namun berdasarkan pemerhatian pakar psikologi, hampir 80 peratus adalah tepat.
Oleh sebab itu, ramai lelaki yang memasuki usia 40-an gemar melaungkan frasa ‘Life Begins at 40’ dan menganggap itu adalah zaman untuk mereka melengkapkan poses kehidupan sebelum menjengah ke usia 50-an dan ke atas.
Menerusi entri ini, MASKULIN ingin berkongsi 12 perangai aneh yang biasanya dilakukan lelaki apabila memasuk usia 40-an.
Sama ada anda bersetuju atau tidak, jom kita baca dahulu satu-persatu tentangnya:
1. Berlebihan membeli pakaian baharu
Anda mengambil masa yang lebih lama untuk kelihatan tampan dan bergaya. Anda pun jadi tak kisah berbelanja lebih semata-mata untuk membeli baju baharu.
2. Lakukan perubahan pada gaya rambut
Jika sebelum ini anda cuma tahu sikat tepi sahaja tetapi tiba-tiba anda mahu tukang gunting buat perubahan stail pacak-pacak atau rambut ala-ala K-pop. Yang penting nampak tampan.
3. Lepak dengan generasi yang berbeza
Bila lepak dengan kawan-kawan sebaya, anda rasa macam dah terlalu tua sangat. Mulalah anda cari geng-geng muda untuk diajak ‘ngeteh’. Boleh dengar mereka sembang fasal PUBG walaupun anda sebenarnya tak faham. :-p
4. Bersungguh-sungguh menjaga ketampanan secara tiba-tiba
Masa inilah anda mula search apa produk yang bagus untuk kulit muka, apa yang sesuai untuk cerahkan kulit atau hilangkan jerawat. Anda betul-betul mahu menjaga kulit wajah anda agar anda lebih berkeyakinan tinggi.
5. Beli kereta pacuan empat roda atau motosikal besar
Membeli kenderaan jenis ini menampakkan anda matang, stabil dan memiliki segala-galanya. Naik pacuan empat roda dan motosikal besar juga merupakan idaman semua lelaki. Anda kini dalam fasa sedang membuktikan, “Aku sedang ada segala-galanya”.
6. Berkira-kira mahu menukar kerjaya kerana bosan
Lebih 10 tahun berada dalam bidang kerja yang sama, mulalah timbul rasa bosan dengan sehingga anda terfikir adakah sesuai untuk anda berubah angin atau bermula dari bawah dengan kerja baharu.
7. Mula menjaga badan dan cuba pelbagai jenis diet
Pada usia 40-an, anda sudah mula kembali menjaga bentuk tubuh. Jika selama ini buncit dan menggeleber, anda start follow tip daripada ikon fitness seperti Kevin Zahri untuk mendapatkan bentuk tubuh yang baik dan tampil segak.
8. Mula melanggan majalah khas untuk lelaki
Dulu anda suka membaca bacaan yang bukan-bukan dan tidak berfaedah, namun setelah usia menjengah ke fasa yang baharu sebelum tua, pada masa inilah anda mula mencari bahan bacaan dari majalah lelaki seperti MASKULIN.
9. Lebih gemar memiliki gajet terkini
Gajet terkini seperti telefon pintar menjadi keutamaan anda biarpun orang kata ia membazir, mahal dan sebagainya. Anda bersungguh-sungguh mahu mendapatkannya kerana ingin kelihatan up to date dan tidak ketinggalan zaman.
10. Menyembunyikan umur sebenar
Apabila orang tanya tentang usia, anda cuma suruh orang meneka sahaja namun tidak memberitahu usia sebenar. Jika tekaan mereka betul, anda akan berdolak-dalih dengan kata, “Cubalah teka lagi”.
11. Mula mendengar lagu Indie atau lagu yang lebih ‘muda’
Tiba-tiba anda layan lagu Masdo! Paling tidak, lagu Haqiem Rusli atau Nabila Razali pun anda hafal dan tahu menyanyikan semula kerana anda benar-benar menggemarinya.
12. Suka berpakaian seperti orang ‘muda’
Anda semakin suka memakai pakaian yang berwarna terang dan trendy walaupun ia tidak sesuai dengan peringkat umur anda.
Jadi, adakah anda sedang mengalami situasi ini atau ada yang MASKULIN terlepas mengenainya? Kongsikan bersama kami!