Suatu ketika dahulu ramai yang memandang sebelah mata kepada pakaian terpakai atau lebih popular dengan panggilan bundle.

Mereka anggap memakai baju bundle tak ada ‘kelas’ dan ada juga rasa geli untuk memakainya. Namun tahukah anda bahawa terdapat sesetrngah pakaian bundle mempunyai nilai jual semula yang sangat tinggi?

Jika rezeki anda, tak mustahil anda dapat jumpa pakaian daripada koleksi rare jenama-jenama tertentu. Begitu juga koleksi baju ‘band‘ retro yang dikeluarkan pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Dan kini populariti pakaian bundle sudah tidak menjadi perkara asing terutamanya penggemar fesyen. Di mana-mana sahaja kita boleh jumpa pakaian bundle hatta di pasar malam sekali.

Tak kurang juga kedai-kedai pakaian vintaj semakin banyak muncul menawarkan pakaian edisi terhad pelbagai jenama yang didapati daripada bundle.

Pakaian Bundle Dari Sisi Agama, Adakah Perlu Basuh Terlebih Dulu Atau Tak Perlu?

Tapi timbul persoalan, adakah pakaian bundle ini perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum kita memakainya? Dan adakah ia wajib dilakukan?

Sebuah posting tentang perkara ini telah diulas dengan cukup baik menerusi page Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original). Dan ulasan ini turut disertakan dengan hujah-hujah dari petikan ayat suci Al-Quran.

Jadi adakah kita perlu basuh dulu pakaian bundle? Jom ikuti perkongsian tersebut di bawah:


Pakaian Bundle : Wajibkah Dibasuh Terlebih Dulu?

Islam sangat mementingkan kebersihan kerana syariat mengajar dan memerintahkan umat Islam mendahulukan kebersihan pada segenap aspek kehidupan.

IKLAN

Firman Allah swt :

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ

artinya : “Sesungguhnya Allah sangat menyukai orang-orang yang selalu bertaubat dan menyukai orang-orang yang selalu membersihkan diri.” (Al-Baqarah : 222)

Apabila ada pada pakaian kita suatu najis atau kotoran maka hendaklah dibersihkan kerana memakai pakaian yang bersih dari najis dan kotoran itu adalah perintah syarak.

Pakaian Bundle Dari Sisi Agama, Adakah Perlu Basuh Terlebih Dulu Atau Tak Perlu?

Firman Allah swt :

IKLAN

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ

artinya : “Dan pakaianmu itu maka hendaklah kamu bersihkan”. (Al-Muddatthir : 4)

Jika kita membeli pakaian terpakai dan ada padanya kotoran atau najis atau pakaian tersebut belum lagi dibersihkan olih penjualnya maka hendaklah dibersihkan terlebih dulu sebelum memakainya supaya dapat dipastikan kita berada dalam kebersihan dan kesucian.

Jika najis yang mengenai pakai tersebut adalah najis mughallazah maka wajib dibersihkan dengan air tanah sekali dan air bersih enam kali. Dan pakaian yang terkena najis selain mughallazah maka memadai dibasuh dengan air bersih sekali.

Ada pun jika pakaian terpakai itu sudah dibersihkan sebelum dijual dan tidak ada kotoran atau sebarang najis pada pakaian terpakai tersebut maka tidaklah ada kewajipan utntuk membersihkannya.

IKLAN

Begitu juga jika was-was yang pakaian itu mungkin sahaja kotor atau kena najis yang tidak bersandarkan kepada bukti maka tidak disyaratkan membasuhnya terlebih dulu sebelum memakainya.

Firman Allah swt :

مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍۢ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

artinya : “Allah tidak sekali-kali hendak menyusahkan akan kamu semua dan tetapi Allah hendak menjadikan kamu semua bersih dan supaya sempurna nikmat-Nya atas kamu mudah-mudahan kamu semua menjadi orang yang bersyukur.” (Al-Maidah : 6)

Tetapi jika dibasuh juga selepas membelinya tanpa terbukti ada najis atau kotoran hanya semata-mata untuk lebih yakin maka itu adalah elok.

Kesimpulan:

  • Jika baju terpakai itu sudah bersih dibasuh olih penjual dan tiada tanda-tanda terkena kotoran atau najis maka tidak wajib membasuhnya sekali lagi.
  • Jika memang ada najis atau kotor maka wajib dibasuh supaya bersih.
  • Jika dibasuh bukan kerana ada najis atau kotoran tetapi semata-mata supaya lebih yakin akan kebersihannya maka adalah elok.

Wallahua’lam


BACA: Bahaya Jemur Pakaian Dalam Rumah, Ini 5 Sebabnya Yang Anda Perlu Tahu!

Perkongsian asal di Facebook:

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI