Menguruskan kewangan setiap bulan merupakan satu tanggungjawab yang perlu kita pikul. Sebagai lelaki tanggungjawab terhadap keluarga merupakan antara perkara yang sangat penting dalam kehidupan seharian.

Oleh itu anda harus sentiasa bijak untuk menguruskan kewangan tidak kiralah sama ada masih bujang atau sudah berkeluarga. Jika tersilap langkah anda boleh terjerumus dalam masalah kewangan melibatkan hutang dengan pihak bank dan sebagainya. Paling parah bila sudah mula berhuntang dengan ‘ahlong’.

Mungkin ramai di antara anda menguruskan kewangan dengan ala kadar sahaja. Ada duit belanja. Tak ada duit, berhutang. Kalau adan merasakan diri dalam situasi begini itu bermakna anda tak serius menjaga kewangan sendiri.

Pakar Hartanah Kongsi 12 Cara Untuk Kawal Kewangan Jadi Lebih Stabil

Sebenarnya untuk mengawal kewangan menjadi lebih stabil anda hanya boleh megikut 12 peraturan kewangan seperti yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang juga merupakan seorang pakar hartanah dan penulis, Azizul Azli Ahmad.

BACA: Lelaki Ini Kongsi 7 Panduan Uruskan Kewangan Bagi Yang Baru Mula Kerja. Tip Yang Patut Anda Contohi!

Berikut merupakan 12 peraturan kewangan yang dikongsi oleh beliau.

1. Bayar diri sendiri dulu

IKLAN

2. Belajar bagaimana untuk melabur

3. Jangan benci dan jauhi teknologi maklumat

4. Bagi setiap ringgit bekerja

5. Jangan sesekali menjadi hamba kepada duit

IKLAN

6. Harus ada matlamat kewangan

7. Sentiasa rancang kewangan dengan baik

8. Belajar bgaimana untuk jana pendapatan pasif

9. Pastikan duit anda boleh hasilkan duit yang lain

IKLAN

10. Jangan terlalu mengagumi orang lain

11. Cuba untuk berbelanja kurang daripada jumlah pendapatan

12. Sentiasa bayar zakat dan selalu ringankan tangan untuk bersedekah

Pakar Hartanah Kongsi 12 Cara Untuk Kawal Kewangan Jadi Lebih Stabil

Jika anda boleh ikut 12 peraturan di atas, InsyaAllah kewangan anda akan jadi lebih stabil dan selamat. Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI