Image by Freepik & Kevin Zahri

Buat anda yang sentias mengikuti perkembangan industri kecergasan di Malaysia pastinya sudah tidak asing lagi dengan nama Kevin Zahri. Seorang figura yang juga dikenali dengan gelaran ‘Cikgu Fitness Malaysia’ ini mempunyai latar belakang dan pengalaman cukup luar di dalam bidang ini.

Dengan pengalaman lebih 18 tahun beliau tidak pernah lekang berkongsi pelbagai tip menarik berkaitan dengan perihal kecergasan dan kesihatan.

MASKULIN tertarik dengan perkongsian terbarunya di laman media sosial Instagram di mana dia berkongsi tip bagaimana untuk bersahur dengan mudah.

Ikuti perkongsian dan tip menarik dari Kevin Zahri bagaimana untuk bersahur dengan baik bagi membantu anda menghadapi bulan puasa yang serba sedikit pastinya mencabar.

MAKAN SAHUR

Janganlah malas untuk bangun sahur pada awal pagi. Selain Sunnah makan sahur juga dapat membekalkan tenaga yang penting dalam menghadapi puasa seharian.

JANGAN MINUM AIR BANYAK SANGAT

Ingat kita bukanlah unta yang boleh minum berliter-liter air sekali gus. Pada bulan puasa terutama ketika bersahur cukuplah minum air dalam tiga hingga empat cawan sahaja. Itu sudah lebih dari mencukupi.

IKLAN
Pakar Kecergasan Kevin Zahri Kongsi Tip Mudah Sahur, Salah Satunya Elak Makanan Bergaram
Image by Freepik

MAKAN PROTEIN

Ambil makanan yang mengandungi protein seperti telur, ikan dan ayam. Bukan sahaja ia boleh beri tenaga yang baik tapi cukup untuk mengenyangkan.

ELAK GULA RINGKAS

Inilah masanya untuk anda kurangkan makanan bergula. Ketika bersahur elakkan makanan bergula ringkas kerana ia boleh membuatkan anda berasa mudah lapar semula.

PILIH KARBOHIDRAT KOMPLEKS & FIBER

Makanan berkarbohidrat kompleks seperti oat, ubi keledek dan roti whole-what boleh buat kita rasa kenyang lebih lama. Begitu juga makanan yang kaya dengan fiber atau serat.

Pakar Kecergasan Kevin Zahri Kongsi Tip Mudah Sahur, Salah Satunya Elak Makanan Bergaram
Image by Freepik

ELAK GARAM

Makanan yang mengandungi garam yang tinggi bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan tetapi boleh menyebabkan badan mengalami dehidrasi dengan cepat. Jadi ingat kurangkan garam ketika bersahur ya.

IKLAN

JAUHI MINUMAN BERKAFEIN

Tidak dinafikan bagi penggemar kopi bulan Ramadan sememangnya cukup mencabar. Tapi mungkin inilah masanya untuk anda turut ‘berpuasa kafein’ dengan mengehadkan pengambilannya.

Tahukah anda minuman berkafein bersifat diuretik. Ia menyebabkan badan boleh membuang air dengan banyak. Kalau nak minum kopi juga pilihlah dari jenis decaf ya.

AMBIL DALAM 500 KALORI

Boleh agak-agak sahaja dengan buat rujukan kandungan kalori makanan. Lebih kurang pun sudah okay.

IKLAN

JANGAN SKIP SAHUR

Akhir sekali janganlah ‘skip’ untuk bangun sahur. Paling malas sekali pun minumlah air dan makan kurma untuk sedikit bekalan tenaga dan hidrasi.

Semoga tip berguna dari Kevin Zahri ini mampu membantu anda mengharungi bulan puasa pada tahun ini. Selamat berpuasa!

Jangan lupa subscribe YouTube dan follow Facebook, Instagram dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Kredit: Kevin Zahri

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI