Image by rawpixel.com on Freepik

Anda mempunyai sejumlah wang simpanan yang bolehlah dikatakan banyak. Melihatkan wang yang ‘duduk’ sahaja dalam akuan simpanan anda mula terfikir untuk menggandakan wang dengan melakukan pelaburan.

Dari sini anda mula mencari apakah platform pelaburan yang terbaik untuk anda melabur. Namun dalam keterujaan menggandakan wang itulah menyebabkan ramai yang menjadi mangsa penipuan ‘scammer’ pelaburan.

Paling biasa kita dengar adalah skim cepat kaya atau skim piramid yang mungkin namanya bertukar-tukar dan menggunakan taktik berbeza. Tapi pada dasarnya helah mereka adalah sama.

CARA KENAL PASTI

Jadi bagaimana untuk kita kenal pasti apakah ciri-ciri scammer pelaburan dan perlu dijauhi?

Mentor wang dan juga pakar kewangan yang cukup popular di TikTok, Azizi Ali berkongsi tentang perkara ini menerusi temubual dalam ruangan video RMaskulin baru-baru ini.

IKLAN

“Sebenarnya ada banyak petanda yang boleh kita kenal pasti sama ada ia betul atau ada unsur penipuan dalam pelaburan.

“Petanda pertama tengok pulangannya. Mana-mana jenis pelaburan yang membawa pulangan harian itu kebiasaannya adalah skim scam dan amat mencurigakan. Ada yang betul tapi sangat jarang yang beri pulangan harian seperti itu,” jelasnya.

IKLAN
Pakar Kewangan Ini Kongsi Bagaimana Nak Kenal Pasti Scammer Dalam Pelaburan & Perniagaan
Image by Freepik

Perkara seterusnya juga melibatkan faktor pulangan. Pulangan itu mestilah munasabah. Tak dinafikan kita mestilah nak pulangan yang tinggi tapi biarlah masuk akal.

“Sebenarnya dalam dunia pelaburan, mana-mana pelaburan sama ada saham, unit amanah, hartanah dan emas kalau dapat pulangan 10 peratus setahun pun sudah dikira sangat bagus.

IKLAN

“Ini bermakna mana-mana skim pelaburan yang memberi pulangan lebih 25 atau 30 peratus setahun itu amat mencurigakan. Sudah tentu kalau dapat pulangan yang tinggi bunyinya menyeronokkan. Tapi besar kemungkinan skim itu adalah scam,” tambahnya lagi.

Selain itu jelasnya lagi, kita sebagai pengguna perlu periksa alert list dalam laman sesawang Bank Negara Malaysia atau periksa di laman sesawang security commission. Tengok sama ada nama syarikat tersebut tersenarai atau tidak.

Semoga tip dari mentor wang, Azizi Ali ini mampu memberikan manfaat kepada anda. Ikuti video di bawa untuk penjelasan lebih mantap!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI