Keganasan yang melanda Christchurch, New Zealand minggu lalu sehingga mengorbankan puluhan nyawa umat Islam masih belum reda diperkatakan.

Saban hari, ada sahaja gambar-gambar menyentuh hati dikongsikan netizen tanda solidariti masyarakat dunia yang mengecam tindakan pengganas tersebut.

Bangunan ikonik ‘berkabung’

Selain ada anggota masyarakat yang mengiringkan bacaan doa dan memberi bunga tanda simpati, beberapa bangunan ikonik dunia turut diihat tidak melepaskan peluang bergelap.

IKLAN

Tujuannya, sebagai tanda simpati dan ‘berkabung’ mengingatkan kembali peristiwa tragis demikian yang sangat menyayat hati.

1. Sydney Opera House, Australia

Pamer Tanda Solidariti Kepada NZ, Bangunan Ikonik Dunia Turut ‘Berkabung’

IKLAN

Dalam kegelapan itu, ada warna perak menghiasi dinding malam bangunan yang cukup popular ini. Menariknya, logo rasmi ‘The Silver Fern of New Zealand’ turut tersergam sebagai tanda sokongan negara itu.

2. Menara Eiffel, Perancis

Pamer Tanda Solidariti Kepada NZ, Bangunan Ikonik Dunia Turut ‘Berkabung’

Sebagai tanda simpati kepada 49 mangsa yang terkorban dalam serangan di masjid Christchurch, mercu tanda paling popular dunia, Menara Eiffel turut bergelap. Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berkata, “Sekali lagi, kebencian berlaku terhadap wanita, lelaki dan kanak-kanak kerana mereka Muslim.”

IKLAN

3. Bangunan Empire State, New York

Pamer Tanda Solidariti Kepada NZ, Bangunan Ikonik Dunia Turut ‘Berkabung’

Bangunan pencakar langit, Empire State Building bertempat di Midtown Manhattan, New York juga kelihatan bergelap tanpa cahaya sebagai tanda hormat dan sokongan kepada tragedi yang berlaku. Menerusi akaun Twitter rasminya, pihak pengurusan bangunan itu turut meninggalkan mesej, “Our tower lights will remain dark this evening in sympathy for the victims of the shooting in Christchurch, New Zealand”.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI