
Bagi penggemar sneakers terutamanya dari jenama adidas Originals, silhoutte Stan Smith merupakan rekaan klasik yang wajib ada dalam koleksi mereka.
Kasut yang dihasilkan untuk pemain tenis pada era 1960-an kini menjadi antara sneakers ikon terutamanya buat penggemar fesyen. Malah rekaannya dianggap tidak lekang dek zaman dan sentiasa relevan.
Terbaru pereka fesyen hi-end streetwear Nigo menerusi jenamanya Human Made tampil melakukan kolaborasi bersama adidas menghasilkan sneakers Stan Smith x Human Made.
Tiada perubahan besar yang dapat kita lihat menerusi rekaan kolaborasi ini. Tiga belang kecil di bahagian tepi kasut diganti dengan lubang berbentuk ‘love’. Begitu juga pada bahagian luarnya dengan lubang tebukan ‘love’ yang sangat sinonim dengan jenama Human Made.
Sentuhan daripada pereka Jepun ini dijangka akan mendapat sambutan yang baik daripada penggemar kedua-dua jenama. Walaupun rekaan secara keseluruhannya tidak banyak yang berubah namun dengan namanya yang berpengaruh rekaan ini dijangka akan menjadi buruan ramai.
Ia dijangka dikeluarkan pada penghujung bulan Januari dengan kuantiti yang cukup terhad.
Foto: adidas
Sekarang Masa Paling Sesuai Amalkan Diet ‘Suku Suku Separuh’

Hari keenam.
Perintah Kawalan Pergerakan sudah hampir seminggu. Dan kerajaan kini turut mengerahkan anggota tentera bagi membantu pihak polis untuk memantau keadaan.
Seperti mana yang kita tahu, arahan ini bukanlah perintah berkurung. Kita masih boleh keluar tetapi biarlah untuk hal yang betul-betul mendesak sehaja. Dan setiap keluarga juga digalakkan hanya ketua atau wakil sahaja keluar untuk membeli barangan dapur.
Jika anda perlu keluar, belilah stok makanan yang boleh bertahan sekurang-kurangnya seminggu. Usahlah keluar kerap kali keana ia tidak membantu kerajaan dalam menangani penularan wabak Covid-19.
Bagi MASKULIN, sekarang inilah waktu paling sesuai untuk kita semua amalkan diet ‘suku, suku, separuh’. Selain boleh berjimat-cermat pada waktu hampir kritikal ini, ia juga memberikan faedah kesihatan luar biasa kepada kita.
Lagipun bila berada di rumah anda pasti jarang melakukan aktviti boleh membakar kalori, bukan?
Diet ini bukanlah asing lagi kerana ia turut dipromosikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak sekian lama.
Tapi apa yang anda faham tentang diet ini?

Sebenarnya istilah ini bukanlah satu perkara yang baru. Dan ia telah terbukti telah membantu ramai orang untuk menurunkan berat badan.
Kehebatan diet ini juga menyaksikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mempromosikannya sebagai cara diet paling baik.
KONSEP DIET
Jadi apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan Diet Suku Suku Separuh? Ia sebenarnya tidak susah untuk difahammi. Maksud ‘suku suku separuh’ itu merujuk kepada jumlah makanan dalam kelas berbeza yang perlu anda makan di atas pinggan.
Bayangkan pinggan berbentuk bulat dan bahagikan kepada tiga bahagian dengan portion suku-suku-separuh.

PORTION DIET
Untuk suku pertama ialah jumlah nasi atau roti yang mewakili karbohidrat. Suku yang kedua pula diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging atau kekacang. Manakala untuk yang separuh dan paling banyak disi dengan sayur dan buah.
Dalam kenyataan KKM yang pernah dikeluarkan pada Ogos 2017 mengatakan bahawa seseorang boleh mengelakkan masalah obesiti jika mengamalkan diet ini secara berterusan. Malah, KKM juga pernah melancarkan kempen #SukuSukuSeparuh pada tahun 2017 dan ia juga pernah tular di laman media sosial.
Jadi ini bukanlah satu diet yang popular semata kerana ia diamalkan oleh artis atau selebriti. Tetapi inilah diet yang paling berkesan dan terbukti boleh anda cuba untuk menurunkan berat badan.
Untuk mendapat impak lebih besar anda juga dinasihatkan untuk meninggalkan minuman bergula dan lebihkan minum air kosong.

NASI BUKAN MUSUH
Menerusi diet ini jelas terbukti bahawa nasi bukanlah musuh utama diet anda. Cuma apa yang perlu anda lakukan ialah menjaga jumlah nasi yang diambil setiap kali makan. Usahlah terlalu mengikut hawa nafsu sangat.
Antara teknik lain berksesan untuk memastikan diet seperti ini memberikan hasil yang baik ialah berhenti makan sebelum kenyang. Ini juga merupakan amalan orang-orang tua untuk kekal awet muda dan elak perut boroi.
Lebih baik anda makan banyak kali dalam sehari tetapi dalam portion yang sedikit. Jika anda ingin melihat hasil lebih baik gantikan nasi putih dengan nasi beras perang atau brasmathi. Untuk roti pula pilihlah roti darijenis wholegrain.
Buat anda yang ada keazaman untuk menurunkan berat badan bolehlah memulakan diet pada hari ini. Jaga portion makanan, anda pasti berjaya!
Benarkah Mandi & Minum Ais Tidak Membuncitkan Perut?

Seringkali kita dengar orang tua-tua kata jangan mandi selepas makan dan jangan kerap minum ais kerana ia akan membuncitkan perut bukan?
Tetapi betulkah amalan ini akan membunctikan perut? Menurut seorang pakar nutrisi iaitu Syaza Nutritionist, Nutritionist di Jomsayheast Nutrition Consultancy berkata ia semuanya moitos sahaja, mandi lepas makan tidak akan membuncitkan perut. Ini kerana selepas makan sistem penghadaman memerlukan tenaga dan aliran darah yang banyak ke perut.
Namun apabila kita mandi, aliran darah akan ke seluruh tubuh untuk mengekalkan suhu badan, jadi ia akan menggangu sistem penghadaman dan penyerapan nutrient.
Ia hanya memberi kesan kepada ketidak hadaman kepada warga tua dan orang yang tidak sihat namun tidak lah membuncitkan.
Malah amalan minum ais atau air sejuk juga tidak akan membuncitkan, air sejuk sangat bagus untuk badan terutamanya ketika bersenam kerana ia dapat membatu meningkatkan sedikit metabolisma namun bagi penghidap athma, tidak di galakan.
SUMBER: Syaza Nutritionist
Teknologi Lipat Fleksibiliti Versatil, Samsung Tampilkan Galaxy Z Flip5 & Fold5!

Setiap tahun peminat peranti pintar sentiasa menantikan pengumuman dari Samsung menerusi acara Galaxy Unpacked. Dan pada tahun ini, tumpuan utama terarah kepada peranti boleh lipat Samsung iaitu Galaxy Z Flip5 dan Fold5.
Peranti yang dianggap sebagai peneraju industri ini menawarkan reka bentuk yang anggun dan padat, pilihan penyesuaian yang berpelbagai dan prestasi yang berkuasa.
Lebih menarik, ia hadir dengan rekaan Flex Hinge baharu bukan sahaja membolehkan pengalaman boleh-lipat, malah juga menawarkan reka bentuk yang seimbang dan kukuh dari segi estetika.
Lebih-lebih lagi, peranti boleh lipat yang tiada tandingan ini didayai keupayaan kamera yang luar biasa seperti ciri FlexCam yang membantu pengguna menangkap pelbagai citra gambar dengan penuh kreatif. Dengan prestasi yang lasak dan bateri yang dioptimumkan di samping dikuasakan pemproses terkini, siri Samsung Galaxy Z menakrifkan semula segala kebolehan peranti mudah alih – biarpun terbuka mahupun tertutup.
Warisan inovasi dan dedikasi Samsung kepada kategori peranti boleh-lipat telah menghasilkan suatu produk yang serba berkebolehan. Dengan kepercayaan yang kukuh terhadap potensi format peranti boleh lipat, dipadankan dengan keupayaan R&D dan pembuatan bertaraf antarabangsa, Samsung telah memperhalusi dan mengoptimumkan barisan siri Galaxy Z secara konsisten.
Kedua-dua Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 juga telah direka bentuk dengan teliti untuk memenuhi keperluan daya tahan. Skrin utama peranti dilengkapi dengan lapisan penyebar kejutan manakala bahagian belakang telah direka bentuk semula menjadi lebih kukuh.
GALAXY Z FLIP5
Bersertakan sokongan IPX8 , bingkai Aluminium Armor dan Corning® Gorilla® Glass Victus®2 yang hadir pada Flex Window dan penutup belakang, Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 memberikan perlindungan maksimum, di samping dipertingkatkan lagi dengan Flex Hinge.
Modul engsel bersepadu baharu ini menampilkan struktur dwi-rel yang cukup bertahan kepada kesan hentakan.
Ciri Flex Window serba baharu yang kini bersaiz 3.78 kali lebih besar daripada generasi sebelumnya menawarkan pelbagai keupayaan.
Ia menyediakan lebih banyak pilihan penyesuaian peribadi, termasuk jam grafik bermaklumat yang boleh dipadankan dengan reka bentuk muka dan bingkai siri jam tangan Galaxy Watch6 .
Selain itu, Flipsuit Case baharu yang khas melindungi Galaxy Z Flip5 boleh dipadankan dengan reka bentuk Flex Window dengan pilihan kad NFC pelbagai corak, lantas menawarkan lebih banyak pilihan pemperibadian untuk pengguna.
GALAXY Z FOLD5
Manakala, Galaxy Z Fold pula sudah terkenal sebagai peneraju menerajui perkembangan produktiviti harian melalui pengalaman skrin besar yang teguh, menganjak daripada ciri Multi Window dan App Continuity kepada pelbagai ciri termasuk Taskbar , seret dan lepas dan pengoptimuman aplikasi pihak ketiga.
S Pen Fold Edition yang diperkenalkan pada generasi ketiga Fold pada 2021, juga telah diperhalusi untuk memberi pengalaman menulis yang unggul pada Galaxy Z Fold5.
Ciri dan alatan ini disatukan untuk menyampaikan prestasi produktiviti yang berkuasa pada skrin besar yang membolehkan pengguna menyelesaikan tugas penting dari mana-mana sahaja.
Ciri Taskbar yang dipertingkatkan membolehkan aktiviti produktiviti secara dinamik dengan membenarkan penggunaan pelbagai aplikasi yang kerap digunakan secara bergilir dengan pantas dan lancar.
Kini, kerja boleh dilengkapkan dengan lebih cekap sekali dengan penggunaan sehingga ke-empat aplikasi dengan serentak.
Gerak isyarat sentuhan yang termaju iaitu two handed drag and drop juga boleh meningkatkan produktiviti dengan kebolehan mengalih kandungan antara aplikasi dan skrin dengan hanya satu sentuhan diperlukan untuk menahan imej dalam Galeri Samsung dan sementara aplikasi Samsung Notes dibuka dengan jari yang lain.
Kemudian, imej tersebut boleh diseret dari satu aplikasi ke aplikasi yang seterusnya. Dengan ciri hidden pop-up , suatu aplikasi boleh terus berfungsi dengan diam di latar belakang, misalnya dengan membenarkan pengguna untuk menonton kandungan video dalam skrin penuh di samping bersembang dengan rakan dalam tetingkap timbul yang terapung di sisi skrin.
Samsung Galaxy Z Flip5 dan Fold5 bakal tersedia di pasaran pada 18 Ogos 2023 dengan pra-pesanan awal sudah pun dibuka. Anda boleh kunjungi laman sesawang rasmi mereka di https://www.samsung.com/my/smartphones untuk pra-pesanan yang turut hadir dengan seleksi tawaran menarik.