Apabila menyebut tentang telefon pintar dari jenama Samsung, rata-rata daripada anda mungkin akan terus terbayangkan siri Galaxy S atau Note yang merupakan produk flagship mereka. Itu sebenarnya perkara lumrah kerana peranti flagship seperti itu mungkin kelihatan lebih menyerlah di pasaran.

Namun sebenarnya buat mereka yang inginkan telefon pintar mampu milik dan mempunyai spesifikasi yang tidak kurang hebatnya, Samsung menawarkan siri Galaxy A. Untuk siri yang diperkenalkan buat tahun 2022, Samsung menyerlahkan Galaxy A menerusi tiga varian berbeza iaitu Galaxy A73 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G.

Setiap satunya hanya dibezakan dengan beberapa ciri-ciri dan spesifikasi yang sesuai mengikut kehendak pengguna. Model yang MASKULIN ingin kongsi menerusi padang pertama atau unboxing pada kali ini ialah model yang paling mampu milik atau murah, Galaxy A33 5G.

Pandang Pertama Samsung Galaxy A33 5G, Telefon Pintar Mampu Milik Dengan Spesifikasi Menarik

APA DALAM KOTAK

Dari segi kotak pada bahagian luarannya ia tampil dengan konsep yang agak minimalis. Melihatkan kotaknya sahaja kita sudah boleh agak bahawa telefon pintar ini tidak dihadirkan bersama dengan palam pengecas.

Ia sama seperti model flagship Galaxy S22 dan juga model ‘abangnya’, Galaxy A73 & A53. Seperti mana kita tahu, ia merupakan salah satu pendekatan yang diambil jenama ini untuk mengurangkan sisa elektronik dan menggalakkan penggunaan palam pengecas yang mungkin telah sedia ada.

Pandang Pertama Samsung Galaxy A33 5G, Telefon Pintar Mampu Milik Dengan Spesifikasi Menarik

IKLAN

Walaupun Galaxy A33 merupakan model entry level untuk siri ini namun ia hadir dengan saiz yang cukup memberangsangkan. Hadir dengan tawaran harga yang mampu milik, Galaxy A33 bolehlah dianggap sebagai di antara peranti ‘value for money’ di pasaran pada masa kini.

Pandang Pertama Samsung Galaxy A33 5G, Telefon Pintar Mampu Milik Dengan Spesifikasi Menarik

Dari segi luarannya ia diperbuat daripada bahan polikarbonat pada bahagian sisi dan juga belakang. Rekaan pada bahagian belakang hadir dengan kemasan seperti matte dengan empat warna pilihan iaitu Awesome Black, Awesome Blue dan Awesome White dan Awesome Peach.

Di dalam kotaknya juga terdapat kabel USB Type C to C, alat SIM ejector dan juga Quick Start Guide serta informasi waranti.

REKAAN MENARIK

Memegang telefon Galaxy A33 ini buat kali pertama memberikan satu sensasi yang cukup baik. Bak kata orang ia tidak terasa seperti sebuah telefon pintar yang murah. Paparannya juga memuaskan dengan skrin sesentuh Super AMOLED 6.4 inci.

IKLAN

Pandang Pertama Samsung Galaxy A33 5G, Telefon Pintar Mampu Milik Dengan Spesifikasi Menarik

Kemasan berciri ‘matte; di belakangnya juga memberikan keselesaan untuk dipegang. Lebih menarik lagi ia tidak meninggalkan kesan cap jari serta tidak licin ketika dalam genggaman.

Pada bahagian sisi sebelah kanan terletak butang ‘power’ dan juga butang ‘volume’. Saiznya agak normal dan mudah digunakan walaupun dipegang sebelah tangan sahaja.

Galaxy A33 turut menyokong penggunaan Dual SIM. Untuk pasaran di Malaysia hingga kini, Galaxy A33 ditawarkan pada variasi storan dalaman 128 GB dan juga RAM 8 GB. Ia merupakan satu angka yang agak baik terutamanya buat telefon entry level seperti ini.

IKLAN
Pandang Pertama Samsung Galaxy A33 5G, Telefon Pintar Mampu Milik Dengan Spesifikasi Menarik
Variasi warna Galaxy A33 – Awesome Peach, Awesome White, Awesome Blue dan Awesome Black

KAMERA TERSEDIA

Walaupun Galaxy A33 merupakan siri yang dianggap paling rendah dalam ‘keluarganya’ namun ia masih dilengkapi dengan kamera yang tidak kurang hebatnya. Pada bahagian depan ia dilengkapi dengan kamera 13MP dengan f/2.2.

Pandang Pertama Samsung Galaxy A33 5G, Telefon Pintar Mampu Milik Dengan Spesifikasi Menarik

Manakala tumpuan sebenar pada kemampuan rakam foto dan video Galaxy A33 terserlah pada bahagian belakangnya. Rekaan susun letak empat lensa kamera didapati agak baik dan tidak berserabut.

Pandang Pertama Samsung Galaxy A33 5G, Telefon Pintar Mampu Milik Dengan Spesifikasi Menarik

Kamera utamanya hadir dengan 48MP, kamera portrait 2MP, makro 5MP dan ultra-wide 8MP. Kesemua kombinasi kamera ini dijangka mampu memenuhi keperluan dan pengalaman fotografi yang cukup baik.

Buat anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Galaxy A33 boleh layari laman sesawangnya di www.samsung.com/my.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI