Pada minggu lepas, Samsung telah memperkenalkan telefon pintar terbarunya, Samsung Galaxy A72 yang turut ditampilkan bersama dua lagi model iaitu Galaxy A52 dan A32.

Dan ketiga-tiga model terbaru dari Samsung Galaxy A tersebut bakal diperkenalkan di pasaran Malaysia. Namun tumpuan utama pelancaran dan pengenalan yang dilakukan pada acara Galaxy Awesome Unpacked tersebut semestinya Galaxy A72.

Buat peminat jenama ini khususnya pasti tertanya-tanya apakah reka bentuk dan bagaimanakah pakej yang ditawarkan oleh jenama gergasi dari Korea Selatan pada kali ini?

Jom ikuti MASKULIN membawa anda pengalaman pertama melakukan unboxing Samsung A72.

PAKEJ ISTIMEWA

Berbeza dengan siri Samsung Galaxy S21 yang dilancarkan baru-baru ini, model Galaxy A72 didatangkan dalam pakej kotak yang sedikit besar. Ini kerana ia didatangkan bersama-sama dengan palam pengecas. Berbeza dengan Galaxy S21 yang tidak mempunyai aksesori tersebut.

Pandang Pertama Samsung Galaxy A72, Telefon Pintar Lengkap Inovasi Tersedia

Selain telefon pintar Galaxy A72, di dalam kotaknya turut terkandung kabel USB 2.0-C, palam pengecas, manual pengguna, waranti dan juga SIM card ejector tool.

IKLAN

Pandang Pertama Samsung Galaxy A72, Telefon Pintar Lengkap Inovasi Tersedia

Namun jika dibandingkan dengan GaLaxy A71 iaitu model terdahulu, kotak Galaxy A72 tampil sedikit kecil dan kompak. Pandang pertama untuk setiap telefon pintar pastinya tertumpu pada skrin sesentuhnya.

Untuk Galaxy A72, ia dilengkapi skrin 6.7 inci FHD + AMOLED Infinity-O Display dengan kadar fresh rate 90hz. Ia satu angka yang cukup mengagumkan bagi telefon pintar bagi kelas ini.

Pandang Pertama Samsung Galaxy A72, Telefon Pintar Lengkap Inovasi Tersedia

IKLAN

MASKULIN sendiri agak tidak menyangka akan kualiti paparannya yang dilihat setanding dengan model flagship yang lain. Apa tidaknya ia turut dilengkapi dengan teknologi Eye Comfort Shield serta menawarkan Britghness 800 nits.

KAMERA AWESOME

Di belakangnya pula tumpuan pasti terus terarah kepada 4 kamera yang menghiasi ruangan penjurunya. MASKULIN difahamkan oleh Samsung 4 kamera tersebut bakal memberikan pengalaman fotografi yang hebat kepada penggunanya.

Pandang Pertama Samsung Galaxy A72, Telefon Pintar Lengkap Inovasi Tersedia

IKLAN

Ia hadir dengan kamera utama 64MP, ultra wide 12MP, macro 5MP dan tele (3x) 8MP. Keempat-empat kamera ini mempunyai kelebihan masing-masing untuk pengalaman fotografi yang lebih menyeluruh. Manakala kamera hadapannya juga tidak kurang hebat dengan kamera 32MP untuk selfie resolusi tinggi.

Pandang Pertama Samsung Galaxy A72, Telefon Pintar Lengkap Inovasi Tersedia

Tambah mengagumkan apabila ia turut tersedia dengan teknologi Optical Image Stabilization (OIS) yang membantu menstabilkan setiap kali anda mengambil foto atau video.

Dari segi ketahanan pula, Galaxy A72 diberi rating 1P67 untuk ketahanan habuk dan juga air, di mana ia mampu berada pada kedalamam 1 meter selama 30 minit.

Samsung Galaxy A72 ditawarkan dalam empat warna berbeza iaitu Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black, dan Awesome White.

Untuk mengetahui dengan lanjut tentang model terbaru Samsung ini anda boleh layari www.samsung.com/my/smartphones/.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI