Sama ada anda pengikut setia trend terkini telefon pintar atau tidak, MASKULIN yakin kelibat peranti terbaru daripada Samsung ini pasti akan berjaya mencuri perhatian anda. Tidak keterlaluan juga untuk kami katakan bahawa inilah telefon pintar yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat jenama Samsung serta peminat peranti Android amnya.

Setelah diperkenalkan kepada dunia beberapa minggu lalu, kini Samsung Gaaxy Z Flip 3 5G kini bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi. Menerusi pengenalan pada sesi yang disiarkan secara global. ‘Galaxy Unpacked’, Galaxy Z Flip 3 antara yang paling mencuri perhatian.

Nostalgia trend telefon boleh lipat segera bermain di fikiran MASKULIN apabila melihat sendiri petanti istimewa ini di tangan. Jika ada satu perkataan yang dapat dijelaskan dengan kata-kata untuk impression pertama ialah ‘classy’!

Hadir sebagai salah sebuah telefon pintar flagship asal Korea, Galaxy Z Flip 3 telah benar-benar melepasi tanggapan penulis. Komposisi elemen yang cukup premiun terserlah dari luaran, rekaan hinggalah fungsi mampu lipat yang cukup istimewa.

REKAAN ELEGAN & PREMIUM

Seperti MASKULIN nyatakan awal tadi, Galaxy Z Flip 3 hadir dengan rekaan yang sangat elegan. Apa tidaknya model terbaru hebat ini hadir dengan material yang lebih kuat dan tahan lasak. Ia juga lebih ringan untuk dipegang dengan sensasi premium.

Model Galaxy Z Flip 3 tampil bersama kotak yang lebih nipis berbanding model-model kelas pertengahan yang lain. Ketika membukanya, MASKULIN dapati ia tidak hadir dengan palam pengecas. Sebenarnya ia bukanlah perkara baharu kerana ia merupakan pendekatan yang telah diambil Samsung pada model flagship terdahulu seperti Galaxy S21.

IKLAN

Mungkin anda juga sudah sedia maklum bahawa langlah tersebut merupakan salah satu usaha untuk memulihara alam sekitar dan mengalakkan atau mengurangkan pembaziran buangan elektronik. Jadi usahlah anda berapa kecewa jika mendapati ia tidak dihadirkan dengan palam pengecas dan juga fon telinga.

Selain telefon, di dalam kotak utama terdapat bekas yang di dalamnya terkandung kabel USB-Type C, manual pengguna dan waranti dan juga SIM card ejector tool. Pakej kotak yang hadir pada model sensasi ini jelas lebih bersifat minimal dan terlalu sarat.

Akan tetapi ia tidaklah membuatkan sifat premium yang dibawa Galaxy Z Flip 3 terhakis disebabkan perkara itu. Sensasi ketika memegang telefon ini, kita akan terus dapat merasakan kualiti pembuatannya yang cukup berkualiti. Walaupun ia agak nipis dan ringan namun memegangnya sahaja sudah tahu bahawa ia adalah sebuah peranti premium.

IKLAN

SKRIN LIPAT TERBAIK

Tarikan utama Galaxy Z Flip 3 pastinya terarah kepada kemampuannya untuk dilipat. Dan ia merupakan satu kemajuan paparan visual yang hebat dan tidak dapat dibayangkan suatu ketika dahulu. Skrin utamanya hadir Foldable Dynamic AMOLED bersaiz 6.7 inci, manakala cover display pada bahagian luarnya pula Super AMOLED bersaiz 1.9 inci.

Walaupun boleh dilipat namun ketika dibuka MASKULIN dapati tiada sebarang ‘gangguan’ pada bahagian lipatan skrin yang terlalu ketara. Ini cukup penting bagi memastikan pengalaman menggunakannya tidak berasa terganggu dengan komposisi tersebut. Jujur katakan, ini adalah antara skrin boleh lipat terbaik pernah ada pada telefon pintar.

Menggunakan paparan skrin utama di pelbagai persektiran juga boleh dialami dengan baik. Penggunaan di bawah cahaya terang matahari juga tiada sebarang masalah. Dan ia juga tahan lasak dengan perlindungan maksima Gorilla Glass Victus. Malah Galaxy Z Flip3 juga dilengkapi dengan IPX8 menyaksikannya rintang air.

IKLAN

Terbina dari bahan paling kuat pernah digunakan pada telefon pintar Galaxy iaitu Armor Aluminium menjadikannya sebagai perantai sangat tahan lasak serta terkuat pernah digunakan pada telefon pintar Galaxy. Selain itu ia lengkap dengan teknologi Corning Gorilla Glass Victus paling utuh untuk melindunginya daripada calar dan jika ia terjatuh tanpa sengaja.

PILIHAN WARNA TRENDY

Selain spesifikasi hebat, penampilan juga memainkan peranan sangat penting. Begitu juga dengan Galaxy Z Flip 3 yang tampil elegan dengan variasi empat warna iaitu Cream, Phantom Black, Green dan Lavender. Samsung juga menawarkankan tiga variasi wanra eksklusif untuk pesanan di atas talian sahaja iaitu Gray, White dan Pink.

Variasi warna Samsung Galay Z Flip 3 5G

Jika dilihat pada pilihan warna ia menyediakan ruang untuk pengguna menyerlahkan personaliti masing-masing. Namun pada hemah penulis, warna Cream merupakan warna terbaik dan mungkin yang paling popular selepas ia diperkenalkan di pasaran nanti.

Dari segi teknologi optik, Galaxy Z Flip 3 hadir dengan dua kamera utama pada bahagian luar, 12MP wide-angle dan juga 12MP ultra-wide angle. Manakala kamera hadapan atau selfie pula 10MP. Kamera luarnya dilindungi Corning Gorilla Glass dan menawarkan 10x digital zoom, rakaman HDR10+ dan juga ciri tracking auto-focus.

Samsung Galaxy Z Flip 3 hadir dengan dua varian stor dalam 128GB dan 256GB. Masing-masing ditawarkan pada harga RM3,999 dan RM4,199. Buat anda yang berminat boleh melakukan pra-pesana yang kini dibuka merusi laman sesawang https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip3-5g/buy/.

Nantikan review lebih terperinci dan menyeluruh dari MASKULIN tidak lama lagi!