Mungkin dalam tempoh beberapa tahun yang lalu ramai pengguna berasa skeptikal akan kebolehan serta fungsi telefon pintar boleh lipat atau lebih dikenali dengan nama foldable.

Tidak dapat dinafikan waktu itu ramai mungkin sedikit sangsi dan tidak yakin dengan teknologi baharu yang sebelum ini hanya wujud dalam cerita fiksyen semata. Melihatkan perkembangan teknologi foldable yang kini semakin kompetitif, MASKULIN yakin kepercayaan lebih ramai pengguna terhadap peranti pintar segmen ini semakin bertambah.

Salah satu pemain utama foldable yang tidak pernah gagal memperkenalkan teknologi serta peranti foldable terkini mereka ialah Samsung.

Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip4, Peranti Foldable Trendy & Diperhalusi Rekaannya

Dilancarkan beberapa minggu lalu, Samsung Galaxy Z Flip4 diangkat sebagai salah sebuah peranti utama yang disasarkan oleh jenama asal Korea Selatan ini untuk pasaran global. Selain Galaxy Z Fold4, peranti ini dilihat lebih popular dan trendy di kalangan pengguna konvensional.

Dilancarkan pada 10 Ogos yang lalu, Galaxy Z Flip4 merupakan generasi yang dipertingkatkan daripada model terdahulunya iaitu Galaxy Z Flip3. Jadi apakah pembaharuan serta perbezaan yang mungkin memberikan dimensi lebih baik kepada peranti baharu ini?

Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip4, Peranti Foldable Trendy & Diperhalusi Rekaannya

Pandang pertama sekali imbas, MASKULIN yakin anda juga pasti melihat rekaan luaran Galaxy Z Flip4 tidak jauh berubah dari generasi sebelumnya. Dari segi kotak dan pakejan, Galaxy Z Flip4 tampil dengan kotak yang lebih minimal tanpa sebarang balutan plastik.

Pengurangan penggunaan sisa seperti plastik merupakan salah satu misi Samsung dalam menjayakan kelestarian produknya, Malah kotak yang digunakan untuk Galaxy Z Flip4 juga diperbuat dari bahan kitar semula.

Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip4, Peranti Foldable Trendy & Diperhalusi Rekaannya

Selain telefon, kotaknya turut mengandungi penyuntik kad SIM, kabel USB type C dan juga manual ringkas. Sama seperti peranti pintar terkini keluaran Samsung yang lain, Galaxy Z Flip4 juga tidak disertakan dengan palam pengecas. Mungkin sudah tiba masanya pengguna membiasakan diri dengan senario pasaran seperti ini ya.

HAMPIR SAMA

Seperti MASKULIN katakan, Galaxy Z Flip4 jika dilihat secara kasar tidak jauh berbea dengan Galaxy Z Flip3. Namun jika dilihat secara terperinci kita akan perasan terdapat penambah baikan yang cukup signifikan.

IKLAN

Antaranya ialah pada bahagian bingkai dan sisinya direka dengan penuh rata. Ada sesuatu yang lebih berbeza akan dapat dirasakan bila memegangnya.

Pada bahagian skrin, Galaxy Z Flip4 hadir bersama skrin sesentuh boleh lipat 6.7 inci Dynamic AMOLED 2X. Ia merupakan skrin dari jenis LTPO yang membenarkan kadar refresh turun je 1hz dan melonjak hingga jke 120Hz apabila diperlukan.

Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip4, Peranti Foldable Trendy & Diperhalusi Rekaannya

Secara kasarnya juga MASKULIN dapati tahap responsif skrin ini pada sentuhan juga sangat baik. Dari segi kualiti, ia turut menyokong mod HDR10+. Ketika membuka aplikasi penstriman video berkualiti tinggi seperti Netflix atay Dusney+, ia cukup tidak mengecewakan.

Peranti boleh lipat mantap Samsung versi baharu ini tampil dibalut dengan Gorilla Glass Victus+. Selain itu ia juga hadir dengan bingkai aluminium amor, engselnya telah melepasi ujian ketahanan 200,000 kitaran dengan cukup baik sekali.

Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip4, Peranti Foldable Trendy & Diperhalusi Rekaannya

Daris egi kamera pula Galaxy Z Flip4 juga tidak mengecewakan. Pada bahagian belakangnya ia masih mengekalkan konsep dwi kamera dengan sokongan kamera 12 megapiksel, tetapi ia menjanjikan untuk menghasilkan tangkapan waktu malam berkualiti tinggi dan video yang stabil.

IKLAN

Dengan pemproses Snapdragon 8 Plus Gen 1, 8GB RAM dan storan 128GB, 256GB atau 512GB, Galaxy Z Flip4 ialah salah satu telefon boleh lipat yang berkuasa di pasaran.

REKAAN DINAMIK & TRENDY

Tidak keterlaluan untuk MASKULIN katakan bahawa Galaxy Z Flip4 merupakan telefon boleh lipat paling cantik di pasaran. Hadir dengan rekaan cukup elegan, kemasan pada bahagian belakangnya kali ini tampil dengan matte.

Untuk versi terbaru ini ia hadir dengan beberapa warna yang cukup trendy SEPERTI Essential Graphite, Genderless Pink Gold, Bora Purple, dan Contemporary Blue. Dari segi ukuran dimensinya, Galaxy Z Flip4 tampil dengan ukuran 165.2 x 71.9 x 6.9 mm.

Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip4, Peranti Foldable Trendy & Diperhalusi Rekaannya

Ia secara tidak langsung di atas kertas lebih pendek sedikit berbanding model terdahulu. Manakala apabila dalam keadaan lipat, Samsung Z Flip4 berukuran 84.9 x 71.9 x 15.9 mm, sedikit nipis berbanding versi terdahulu. Dari segi berat keseluruhannya pula, ia sedikit lebih berat berbanding Flip3 namun perbezaan itu tidaklah terlalu ketara dengan hanya 5 gram sahaja.

Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip4, Peranti Foldable Trendy & Diperhalusi Rekaannya

Rekaan bingkainya pula dilihat lebih ergonomik dan hampir rata. Di bahagian bawahnya terdapat port USB-C manakala di bahagian atas terdapat lubang mikrofon. Manakala sebelah tepi pula terdapat butang kuasa yang lengkap dengan pengimbas cap jari dan juga laci kad SIM.

IKLAN

Skrin Galaxy ZFlip4 mampu mencatatkan bacaan sehingga 1,200 nits. MASKULIN tidak berdepan masalah mencuba menggunakan skrin telefon ini sama ada di bawah sinaran matahari atau di dalam bangunan.

SKRIN LUARAN

Salah satu tarikan utama Galaxy Z Flip4 ialah skrin luarannya yang kini dipertingkatkan fungsinya dengan lebih baik. Hadir dengan saiz 1.9 inci, ia menjadi skrin yang mampu memberikan informasi segera kepada pengguna sama ada cuaca, notifikasi dan juga sebarang maklumat yang ditetapkan mengikut citarasa pengguna.

Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip4, Peranti Foldable Trendy & Diperhalusi Rekaannya

Panel Super AMOLED 1.9 inci ini juga cukup terang dan mempunyai kualiti paparan sangat baik. Ia juga mendapat perlindungan ketahanan Gorilla Glass Vitus+. Fungsinya juga cukup menarik khusus buat pengalaman swafoto lebih dinamik dan pelbagai.

Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip4, Peranti Foldable Trendy & Diperhalusi Rekaannya

Malah menerusi skrin ini juga pengguna boleh membalas mesej, membuat panggilan, mengaktifkan Wi-Fi atau Bluetooth serta menggunakan Samsung Wallet. Kesemua ini boleh dilakukan tanpa membuka lipatan skrin utama!

Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip4, Peranti Foldable Trendy & Diperhalusi Rekaannya

Samsung Galaxy Z Flip4 kini ditawarkan dengan tiga variasi storan dalaman iaitu 128, 256 dan 512GB. Lebih menarik lagi, Samsung turut menawarkan versi Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition, versi modifikasi lebih bersifat personal dengan kemasan lebih kustom!

Dapatkan maklumat lanjut dan tawaran menarik Galaxy Z Flip4 di sini!

Nantikan review lebih mendalam MASKULIN untuk Galaxy Z Flip4 tidak lama lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=dPJfLHqVzHU

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI