Tahun 2021 telah dibuika dengan penuh cemerlang oleh Samsung apabila beberapa minggu lalu mengumumkan barisan telefon pintar flagship mereka iaitu siri Galaxy S21 5G. Tidak dinafikan inilah antara siri yang cukup dinantikan oleh bukan sahaja peminat Samsung tetapi pengguna Android secara amnya.

Jadi apakah pembaharuan terbaru yang diperkenalkan oleh Samsung Galaxy S21 yang mungkin boleh sedikit berbeza daripada telefon pintar yang lain di pasaran?

MASKULIN ingin membawa anda pengalaman pandang pertama dan unboxing Samsung Galaxy S21 dan lihat sendiri apakah yang ditawarkan mereka.

Pertama sekali kotak Galaxy S21 yang diperkenalkan kali ini tampil lebih necil dan nipis. Terdapat beberapa sebab mengapa ia dipakejkan begitu. Pertama sekali ia tidak hadir dengan palam pengecas atau charger dan juga sebarang fon telinga.

Pandang Pertama Unboxing Samsung Galaxy S21, Pembaharuan Signifikan & Menarik

Sama ada suka atau tidak, inilah trend pakej telefon pintar yang diramal menjadi trend bermula pada tahun ini. Di sebalik keputusan tidak menyertakan sekali charger sebenarnya ia adalah usaha memulihara alam sekitar dan pengurangan bahan buangan elektronik.

SENTUHAN PREMIUM

Apabila kotak dibuka terserlah Galaxy S21 yang dipakejkan dengan plastik pelindung. Selain telefon, di dalam kotak utama terdapat bekas yang di dalamnya terkandung kabel USB-Type C, manual pengguna dan waranti dan juga SIM card ejector tool.

Pandang Pertama Unboxing Samsung Galaxy S21, Pembaharuan Signifikan & Menarik

IKLAN

Ternyata pakej yang dihadirkan menerusi Galaxy S21 lebih ringkas dan tidak terlalu rumit atau sarat. Mungkin sesetengah pengguna yang sudah biasa mendapat charger dan fon kepala agak terkilan tetapi inilah perkara baharu dalam industri peranti pintar yang harus kita semua terima.

Berbalik kepada fokus utama iaitu telefon pintar Galaxy S21. Apabila memegangnya kitatidak dapat lari dari berasa kagum dengan kualiti pembuatannya yang cukup kemas. Walaupun ia agak nipis dan rangan namun memegangnya sahaja sudah tahu bahawa ia adalah sebuah peranti premium.

Pandang Pertama Unboxing Samsung Galaxy S21, Pembaharuan Signifikan & Menarik

Tampil dengan skrin sesentuh Dynamic AMOLED 6.2 inci, kualiti paparannya juga cukup mengagumkan. Bercakap tentang ukuran, secara peribadinya bagi penulis inilah saiz telefon pintar yang paling selesa untuk digunakan dalam aktviti seharian. Ia tidak terlalu besar dan juga kecil. Malah ia juga cukup ringan dengan berat hanya 169 gram.

IKLAN

WARNA MENARIK

Perlindungan skrinnya juga tidak kurang hebat dengan teknologi Corning Gorilla Glass Victus. Hadir dengan resolusi 1080 x 2400, inilah di antara telefon pintar dengan paparan paling terang dan mantap di pasaran sekarang.

Pandang Pertama Unboxing Samsung Galaxy S21, Pembaharuan Signifikan & Menarik

Dari segi penampilan keseluruhannya pula ia cukup menarik dengan tema warna Phantom Grey. Selain warna ini, Samsung menawarkan tiga lagi warna yang tidak kurang menarinya iaitu Phantom Violet, Phantom Whita dan Phantom Pink.

Pandang Pertama Unboxing Samsung Galaxy S21, Pembaharuan Signifikan & Menarik

IKLAN

Warna-warna ditawarkan semestinya mampu memenuhi setiap cita rasa berbeza mengikut personaliti anda. Berbanding model terdahulu, Galaxy S21 ternyata tampil lebih premium dan eksklusif.

Di belakangnya, Galaxy S21 menampilkan tiga lensa kamera iaitu 12MO Wide, 12MP Ultra Wide dan 64MP Telephoto yang mampu melakukan zoom sehinhga 30x. Kamera hadapan pula dengan 10MP.

Pandang Pertama Unboxing Samsung Galaxy S21, Pembaharuan Signifikan & Menarik

Dipasarkan pada harga RM3,699, Galxy S21 ini hadir dengan storan dalaman 256GB dan RAM 8GB.

Bermula hari ini, Samsung Galaxy S21 boleh didapati di pasaran selepas membuka pra-tempahan sehingga semalam. Ia boleh didapati di laman sesawang rasmi Samsung dan juga pembekal berlesan. Nantikan review secara menyeluruh daripada MASKULIN dalam entri akan datang.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik MASKULIN seperti di bawah!

https://www.youtube.com/watch?v=27A5WaTPLOc

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI