Larian denai atau trail running bukan sekadar satu bentuk senaman. Ia kini merupakan pengalaman menyeluruh yang menguji mental, fizikal dan keupayaan membuat keputusan dalam persekitaran semula jadi yang mencabar.
Dalam landskap larian yang semakin berkembang, aktiviti ini kini menjadi pilihan ramai lelaki urban yang mendambakan kelainan daripada rutin di trek atau jalan bertar.
Namun begitu, kejayaan dan keselamatan dalam larian denai sangat bergantung pada satu elemen penting: kasut trail.
Tanpa kasut yang sesuai, risiko tergelincir, kecederaan atau keletihan melampau boleh menjejaskan keseluruhan pengalaman.
Artikel ini akan membimbing anda dalam memilih kasut trail terbaik, berdasarkan jenis laluan, keperluan teknikal serta bajet anda.
1. Fahami Jenis Laluan Trail Anda
Langkah pertama sebelum membuat pilihan kasut ialah memahami jenis denai yang akan anda hadapi:
Lite Trail – Denai hutan rekreasi atau laluan berturap yang ringan. Laluan jenis ini memerlukan kasut dengan tapak cengkaman sederhana dan struktur ringan.
Technical Trail – Laluan berbatu, licin, berakar atau curam. Ini menuntut kasut dengan perlindungan jari kaki (toe cap), struktur tapak agresif serta kestabilan yang tinggi.
Cadangan model: Salomon Speedcross, La Sportiva Bushido II.
2. Peranan Cengkaman Outsole
Kekuatan cengkaman adalah kunci utama dalam trail running, terutamanya pada permukaan basah atau berbatu:
Ads
Lug depth (gigi tapak):
2–4mm untuk trail ringan.
Lebih daripada 4mm untuk laluan teknikal.
Jenis getah (rubber compound):
Vibram Megagrip terkenal dengan cengkaman mantap atas permukaan licin dan lembap, banyak digunakan dalam model premium seperti Merrell dan Hoka.
3. Perlindungan dan Pengudaraan
Trail running memerlukan kasut yang bukan sahaja selesa, tetapi juga tahan lasak. Ciri-ciri penting termasuk:
Toe box luas – Memberi ruang kepada jari kaki yang mungkin membengkak selepas jarak jauh.
Bahan upper tahan lasak dan cepat kering – Mengelakkan kasut menjadi berat dan panas.
Sistem pengikat tali (lacing system) – Quicklace oleh Salomon contohnya, memberikan penguncian yang pantas dan kemas.
4. Cushioning vs Ground Feel
Setiap pelari mempunyai keutamaan berbeza:
Ads
Cushioning minimal – Memberi rasa semula jadi tanah, tetapi kurang sesuai untuk jarak jauh.
Cushioning maksima – Contohnya Hoka Speedgoat, memberikan perlindungan dan keselesaan bagi laluan ultra jarak jauh.
5. Drop Kasut: Imbangan Antara Tumit dan Hujung Kaki
0–4mm drop – Lebih responsif, untuk pelari berpengalaman.
6–10mm drop – Lebih selesa dan senang disesuaikan, sesuai untuk pemula.
6. Kalis Air atau Waterproof
Model GORE-TEX atau kalis air lain – Ideal untuk persekitaran hujan atau laluan basah, tetapi kurang pengudaraan.
Model tidak kalis air – Lebih ringan, cepat kering dan sesuai untuk iklim tropika seperti Malaysia.
7. Cadangan Kasut Mengikut Julat Harga
Julat Harga
Cadangan Model
Bawah RM400
Decathlon Evadict Trail, Adidas Terrex Two
RM400 – RM650
Salomon Sense Ride, Altra Lone Peak
RM650 dan ke atas
Hoka Speedgoat, La Sportiva Akasha II, Saucony Peregrine
Tip Tambahan Sebelum Anda Membeli
Berat kasut – Disarankan bawah 300g untuk larian jarak jauh.
Break-in period – Gunakan dahulu dalam beberapa sesi pendek sebelum digunakan untuk pertandingan.
Fungsi mengatasi gaya – Pilih berdasarkan prestasi, bukan semata-mata rekaan atau warna.
Memilih kasut trail yang betul bukan sekadar tentang gaya — ia adalah pelaburan terhadap keselamatan, prestasi dan keselesaan anda dalam setiap larian.
Dengan pemilihan yang tepat, setiap langkah di denai akan menjadi lebih yakin dan bertenaga. Jadi, sebelum anda menawan denai hutan atau laluan berbatu yang mencabar, pastikan kasut anda benar-benar bersedia untuk tugasan itu.
Trail bukan sekadar tempat untuk berlari. Ia adalah medan untuk menguji kejantanan dan semangat juang. Pilih kasut anda dengan bijak — kerana di denai, hanya yang bersedia akan terus mara.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kebanyakan senaman tertumpu kepada bahagan lengan, bisep, kaki dan juga abdomen. Namun hakikatnya ramai lelaki yang mengimpikan untuk mempunyai dada yang bidang dan mantap seperti dilihat pada bentuk badan superhero Thor atau Superman.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 5 jenis senaman bahagian dada yang boleh anda lakukan sendiri sama ada di gimnasium atau di rumah. Bergantung kepada jenis kelangkapan senaman yang anda ada.
Usah buang masa, jom sama-sama kita cuba!
BAND CHEST FLY
Bentuk senaman pemanas badan yang terbaik boleh anda lakukan khusus untuk bahagian dada. Pergerakan senaman ini juga mampu meregangkan tangan dan bahagian dada dengan kadar tenaga yang optimum. Dapatkan dua tali senaman dan ikatkan di bahagian stabil. Pegang di kedua belah hujung dan lakukan gerakan ke depan. Bengkokkan badan sedikit ke depan dan cuba rapatkan kedua belah tangan yang memegang hujung tali.
BATWING FLY
Senaman ini pula merupakan jenis senaman yang memerlukan anda berbaring. Mulakan dengan beban yang ringan dan tingkatkannya sedikit demi sedikit. Caranya mudah saja. Duduk atau baring di atas bangku senaman dengan kedua belah tangan memegang dumbbells. Luruskan kedua belah tangan dan angkat beban tersebut. Ini boleh merangsang otot bagaian dada untuk menjadi lebih fleksibel dan lebih pejal.
INCLINE DUMBBELL BENCH PRESS
Untuk melakukan senaman ini anda juga perlu menggunakan dua dumbbells dan juga kerusi senaman backrest. Pegang kedua-dua dumbbells di atas bahagian dada. Luruskan tangan ke atas dan perlahan-lahan bawa ia ke bawah paras dada. Ulang sebanyak 8 kali dan rehat.
CABLE FLY
Pasangkan tali senaman yang boleh regang di bahagian kiri dan kanan. Pastikan ia dipasang pada paras kepala. Pegang kedua hujung tali dan rapatkan tangan anda ke bawah. Tangan dan lengan anda akan ‘dikerjakan’ dengan meregangkan bersama talit tersebut. Selepas ditarik ke bawah perlahan-lahan lepaskan regangan itu kembali ke tempat asal. Ulang sebanyak beberapa kali.
DECLINE DUMBBELL BENCH PRESS
Satu lagi bentuk senaman dada terbaik dengan menggunakan dumbbells. Baring di atas kerusi senaman. Letakkan kaki anda di bahagian penahan yang terdapat di kerusi tersebut. Pegang kedua-dua deumbells pada paras dada dengan tangan tang lurus. Tangan anda harus menghadap ke bahagian kaki dan berat dumbbells berada di luar bahagian bahu. Rendahkan dubmbbelss secara perlahan ke bahagan dada, berhenti seketika dan angkat ke bahagian atas semula.
Semoga 5 jenis senaman ini dapat membantu anda mendapatkan dada yang mantap dan hebat. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ini bukan tahyul ya. Ini memang hakikat yang ramai lelaki berusia 30 hingga 40-an hadapi. Apa puncanya?
Pertama sebab hati sudah banyak happy. Kedua, mungkin makan tak jaga dan ketiga sebab kurang bersenam. Masalah ‘boroi’ ini juga tidak muncul tiba-tiba. Ia berlaku secara perlahan-lahan. Setiap bulan berat naik sedikit demi sedikit. Sedar tidak sedar perut sudah ke depan.
Namu usahlah anda risau. Setiap masalah itu pasti ada jalannya. Masih tidak terlambat untuk kembalikan bentuk badan seperti mana anda belum kahwin dahulu.
Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk menghilangkan masalah boroi namun yang terbaik ialah dengan mengubah gaya hidup. Salah satunya ialah melakukan senaman. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 jenis senaman yang mampu membakar lemak di bahagian abdomen atau perut sambil anda baring saja!
Knees Up Crunch
Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut dengan cara mengangkat kedua lutut merapati dada.
Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara yang paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan memberikan hasil yang paling cepat. Lakukan dalam kiraan 20.
Crisscross
Luruskan kaki ke hadapan dan angkat sedikit. Kemudian kedua belah kaki digerakkan ke atas ke bawah secara bersilang sambil kepala ditinggikan sedikit. Ia dapat menghilangkan lemak pada bahagian tengah perut dan menguatkan otot perut. Lakukan dalam kiraan 20.
Flutter Kicks
Senaman ini mengutamakan kekuatan seluruh otot perut. Ia hampir sama dengan senaman crisscross. Cuma kali ini angkat kaki ke atas dan hayunkan kaki secara bersilang seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidak perlu terlalu laju atau terlalu perlahan. Lakukan secara sederhana. Lakukan dalam kiraan 20.
Cross Crunch
Senaman ini dilakukan dengan cara menyilangkan satu kaki pada lutut kaki yang digunakan sebagai sokongan.
Kemudian badan diangkat ke arah silang kaki tersebut. Senaman ini hampir sama dengan knee up crunch tetapi ada sedikit penambahan. Ia bertujuan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas. Lakukan dalam kiraan 20.
Legs Lower
Senaman ini mengutamakan kekuatan bawah dan tengah perut. Sebenarnya senaman legs lower ini boleh dilakukan dalam dua cara.
Cara pertama, angkat kaki kanan lurus ke atas berselang seli dengan kaki kiri. Atau lakukan cara kedua dengan mengangkat kedua-dua belah kaki lurus ke atas sehingga 90 darjah. Lakukan dalam kiraan 20.
Jangan lupa untuk cuba ya! Jom subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.