Anda habis kerja dah pukul 6 petang. Lepas tu pergi makan petang dan sampai rumah dah pukul 830 malam. Punyalah penat seharian di pejabat. Anda cuma perlu luangkan masa selama 30 minit sahaja untuk bersenam di rumah. Tidak perlulah ke pusat gimnasium sekiranya anda tidak mempunyai masa yang banyak dan anda perlu tidur awal. Lakukan sahaja senaman di rumah.

 

Senaman apa yang sesuai untuk anda lakukan? Jadi kali ini saya akan terangkan pada anda beberapa lagi senaman untuk anda lakukan di rumah. Seperti anda sedia maklum, senaman bodyweight exercise adalah alternatif kepada senaman dengan menggunakan alatan. Jadi tidak ada alasan untuk anda tidak bersenam dan mengekalkan bentuk badan yang menarik. Tidak ramai yang sedar bahawa senaman menggunakan bodyweight exercise boleh meningkatkan daya flexibility, mobility dan kekuatan (strength) secara semula jadi. Hasilnya tubuh badan anda tegap secara semula jadi berbanding menggunakan equipment.

Lelaki Buat Badan Tegap Untuk Siapa?

 

Dip Chair Single Leg Lift

IKLAN

Senaman ini hanya memerlukan kerusi atau meja. Berdiri di hadapan kerusi dengan tangan anda memegang kerusi kemudian angkat sebelah kaki anda. Rendahkan badan anda sedikit dan tolak kembali ke posisi asal. Fokus utama senaman ini untuk membina otot di bahagian tricep dan anterior deltoid (shoulder). Anda boleh menambah intensity dengan mengangkat sebelah kaki anda atau menggunakan sebelah sahaja tangan anda.

Lelaki Buat Badan Tegap Untuk Siapa?

Push Press Single Arm

Mulakan dengan posisi push up kemudian tukar sebelah tangan. Fokus untuk satu bahagian dulu. Senaman ini membina otot di bahagian oblique, tricep dan core. Secara tidak langsung meningkatkan daya imbang badan dengan menggunakan sebelah tangan.

IKLAN

Lelaki Buat Badan Tegap Untuk Siapa?

Spiderman Push Ups

Sekiranya anda dah biasa lakukan senaman push up, apa kata anda cuba lakukan spiderman push up. Selain membina otot di bahagian chest dan triceps, spiderman push ups membina kekuatan pada abdominal, oblique serta flexibility pada otot kaki.

IKLAN

Lelaki Buat Badan Tegap Untuk Siapa?

Jumping Squat

Senaman ini lebih kepada membina otot pada kaki serta pembakaran kalori. Senaman ini adalah cara terbaik membakar lebih lemak pada kaki anda. Sekiranya anda tidak biasa lakukan senaman ini, mulakan dengan lompatan yang rendah kemudian tingkatkan lompatan ke udara sedikit demi sedikit. Jika ada rasa ada tidak selesa pada joint atau rasa sakit, lakukan normal squat sahaja. Kalau boleh, cari tapak yang lembut untuk melompat seperti karpet atau rumput,  pakai kasut yang tapaknya tebal untuk mengelakkan kecederaan pada joint lutut anda.

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI