Tidak hairanlah kenapa buah betik ini menjadi kegemaran ramai lelaki kacak. Selain menjadi buah yang penuh dengan khasiat, betik juga adalah buah yang mudah untuk dihadam dan penting dalam membantu proses pencernaan.
Buah yang hebat ini juga sesuai dimakan sama ada sihat atau sakit. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang untuk didapati, buah betik dikatakan sebagai buah yang mengandungi hampir kesemua zat makanan yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan.
Disebabkan oleh kelebihan-kelebihan yang ada dalam buah betik inilah ia menjadi pilihan buah-buahan yang cukup digemari oleh kebanyakan lelaki yang ingin tampil kacak dan sihat.
Ini antara 10 khasiat buah betik yang tak patut anda lepaskan.
1. Kaya dengan vitamin A
Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien-nutrien penting yang terkandung dalam buah betik menjadikan buah ini sebagai buah-buahan yang mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.
2. Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kedutan
Tidak hanya untuk pencernaan, buah betik juga boleh membantu dalam merawat dan mengatasi masalah-masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan. Anda hanya perlu hancurkan buah betik dan tampalkan di tempat yang bermasalah selama setengah jam sebelum mandi. Sekiranya dibuat secara konsisten, kulit yang bermasalah itu akan kembali sembuh. Selain itu, buah betik juga bertindak untuk menghaluskan kulit dan menjadikan wajah anda sentiasa awet muda.
Ads
3. Mengurangkan berat badan
Buah yang kaya dengan vitamin A dan C ini disarankan pengambilannya sebagai buah-buahan yang elok dimakan untuk anda yang ingin menurunkan berat badan. Sebiji betik kecil yang beratnya 1/2 kg hanya mengandungi 68 kalori atau 3 peratus daripada diet standard 2,000 kalori. Diet 3,500 hingga 7,000 kalori setiap minggu, dapat mengurangkan 1 hingga 2 kg berat badan.
4. Mengubati tumit pecah
Buah betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah yang menyebabkan kaki rasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah tumit pecah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua, kemudian ambil getahnya lalu sapukan di bahagian tumit yang pecah.
5. Meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma
Ads
Bagi lelaki yang ingin meningkatkan kuantiti sperma, apa kata masukkan buah betik sebagai menu diet harian anda. Setiap lelaki dewasa digalakkan mengambil 500mg Vitamin C setiap hari. Sesuai dengan khasiat buah betik sebagai pembekal antioksidan yang baik.
6. Mencegah batu karang dalam hempedu
Menurut sebahagian doktor dan pakar pemakanan, pengambilan buah betik ranum yang dicampur dengan madu asli adalah baik bagi anda yang mengalami kencing tak lawas dan penghidap masalah pada berkaitan dengan sistem kencing. Membuang air kecil secara baik penting untuk menghindarkan anda daripada diserang masalah batu pada pundi kencing.
7. Sebagai tonik tambahan
Makan buah betik setiap hari juga dapat menambahkan tenaga dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan pelbagai gangguan dalam perut dan penghadaman makanan.
Ads
8. Mengubati sakit otot dan sendi
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, ambillah air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan campurkan dengan sedikit perahan limau nipis.
9. Mengurangkan keradangan
Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan yang unik termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar. Sebagai tambahan, khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan.
Papain di dalam betik muda juga dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastrik, mukus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus. Buah yang masak pula jika dimakan selalu boleh mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik. Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.
10. Mengubati sembelit dan buasir
Jika mengalami sembelit, cubalah makan betik kerana ia murah dan selamat. Betik juga menjadi penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah. Selain membekalkan banyak vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, buah betik juga boleh menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit yang ada dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut anthelmintic yang dapat membunuh kuman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penyakit diabetes di Malaysia bukan hanya dihidapi oleh golongan tua. Malah, golongan muda juga turut terjebak. Maka tidak hairanlah Malaysia berada pada kedudukan ke-10 paling ramai pengidap diabetes.
Risau dengan risiko diabetes dan mahu kurangkan makan makanan manis tetapi tidak berjaya? Ikut cara di bawah ini.
1. Kalau anda seorang penggemar minuman berkarbonat, kami faham bagaimana rasa payahnya untuk berhenti minum apatah lagi dengan serta merta. Badan anda sudah terbiasa dengan kandungan gula tinggi dan ia sentiasa menimbulkan rasa ingin menikmati ‘kemanisan’ berkarbonat secara berterusan.
Cuba gantikan minuman tersebut dengan minuman soda diet rendah yang boleh mengurangkan kalori dan kemudian letakkan beberapa hirisan buah seperti lemon. Nampak seperti tiada apa. Sebenarnya dengan cara ini, anda berjaya mengurangkan 10 sudu gula seperti kebiasaan yang terdapat dalam satu tin minuman bergas.
2. Minuman yogurt perisan buah biasanya mempunyai kira-kira 30 gram gula untuk setiap hidangan. Kalau teringin sangat makan yogurt, makanlah yogurt kosong. Untuk ‘balas’ rasa kosong itu masukkan sedikit buah-buahan segar yang anda potong sendiri dengan sedikit kulit kayu manis. Sedar tak sedar, anda sudah berjaya kurangkan dua hingga empat sudu gula ketika menikmati yogurt.
3. Cuba lupakan snek ringan seperti gula-gula, biskut atau cokelat. Sebaliknya, gantikan dengan sayur-sayuran, buah-buahan yang tinggi serat seperti epal dan beri ataupun bertih jagung. Dengan cara ini, anda berjaya kurangkan kira-kira dua hingga 10 sudu gula.
4. Pencuci mulut tidak semestinya perlu manis dan elakkan yang mempunyai banyak kandungan gula. Ambil pencuci mulut semula jadi seperti buah limau gedang, tembikai atau buah pic. Dengan cara ini, anda berjaya kurangkan dua hingga 10 sudu gula.
Kesimpulannya, tiada orang yang tidak suka makanan manis. Tetapi anda perlu mengawal jumlah kemanisan dalam makanan sebaik mungkin. Satu lagi fakta menggerunkan ialah bukan orang yang mengalami masalah berat badan sahaja yang boleh terkena diabetes.
Malah, mereka yang berbadan kurus juga tidak terkecuali. Penyakit diabetes juga boleh menjejaskan keupayaan anda sebagai lelaki daripada segi kesuburan dan masalah ereksi!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita sering mengambil berat akan kesihatan anggota badan dengan melakukan senaman. Antara anggota badan yang sering diberikan perhatian yang sangat tinggi ialah perut, dada, bisep dan trisep.
Namun sedarkah anda bahawa tangan anda juga memerlukan perhatian yang baik? Setiap hari kita secara puratanya banyak melakukan aktiviti dengan menggunakan tangan. Jadi pernahkah anda terfikir bahagian tangan anda boleh berdepan risiko alami kecederaan?
Foto: Jersey Shore Wellness Center
Antara kondisi tangan yang sering berlaku ialah Sindrom Terowong Karpus. Sebuah perkongsian menarik telah dilakukan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.
Beliau merupakan seorang doktor yang sering membuat perkongsian berguna kepada follower di Facebook. Jika belum follow, segeralah follow sekarang kerana beliau sentiasa berkongsi pelbagai tip dan informasi berguna tentang kesihatan.
Berikut merupakan perkongsian Dr. Kamarul Ariffin tentang Sindrom Terowong Karpus.
AWAS JIKA KAU ORANG ADA TANDA-TANDA INI!
Rasa kebas dan menyengat di tangan
Sakit yang meluap-luap di tangan atau jari-jari.
Sakit semasa menaip, menulis dan mengemas.
Kebas atau semut-semut di tangan dan jari pada waktu malam terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan kadang-kadang melibatkan jari manis.
Jika anda mengalami tanda-tanda di atas, anda mungkin menghidapi “Sindrom Terowong Karpus” atau “Carpal Tunnel Syndrome”.
APA ITU SINDROM TEROWONG KARPUS?
Ia adalah kesakitan pada saraf median yang membekalkan deria rasa kepada tangan dan jari akibat tekanan pada saraf itu yang berpanjangan.
BAGAIMANA IA BERLAKU?
Pergerakan berulang kali atau berterusan tangan ataupun pergelangan tangan (contohnya penggunaan papan kekunci komputer)
Tekanan dan gegaran yang berlebihan pada tangan atau pergelangan tangan
Tendon pada kawasan terlibat bengkak dan menekan saraf median, mengakibatkan kesakitan dan kekebasan pada pergelangan/tapak tangan.
Kecederaan atau kepatahan tulang di pergelangan atau tapak tangan.
Pemendapan air di kawasan berkaitan seperti yang berlaku sewaktu mengandung atau pada pesakit kencing manis.
Tahukah anda terdapat banyak variasi teknik dan cara tekan tubi atau push up yang boleh dilakukan. Antara yang paling efisien untuk membentuk otot dada yang mantap ialah teknik close-grip push up.
Buat pengetahuan anda teknik push up ini sangat penting dalam rutin latihan anda kerana ia mampu membantu untuk ‘pump’ bahagian lengan. Adakah teknik anda lakukan selama ini dengan betul?
KEDUDUKAN POSTUR BADAN
Sebelum mula melakukan senaman anda perlu tahu bahawa setiap pergerakan memainkan peranan sangat penting. Melakukan push up dalam postur badan yang betul merupakan aspek yang perlu anda beri perhatian. Ini kerana ia mampu membuatkan senaman anda jauh lebih efektif.
Jadi ikuti teknik yang betul dengan beberapa langkah seperti berikut:
1. Kedudukan Badan
Untuk melakukan tekan tubi yang baik anda pertama sekali perlu pastikan badan dalam plank form yang baik. Lebih lurus badan anda lebih banyak beban yang perlu diangkat. Jadi mulakan dengan kedudukan badan atau plank lebih lurus, ketatkan bahagian perut dan pastikan ia kekal sepanjang senaman,
Ramai orang suka melakukan push up dengan merapatkan kedua-dua belah tangan bersama dan melakukan bentuk ‘diamond’. Jangan lakukan perkara seperti ini. Otot trisep anda bertanggungjawab meregangkan tangan hingga ke bahagian siku.
Jadi apa yang perlu anda titik beratkan ialah memastikan kedudukan siku tidak terlalu rapat dengan bahagian dada. Set tangan anda sedikit rapat berbanding lebar bahu.
3. Rapatkan Siku
Elemen paling penting dalam melakukan push up close grip yang berkesan ialah apa yang anda lakukan dengan bahagian siku. Untuk memastikan trisep melakukan press up dengan betul, anda perlu pastikan bahagian dada tidak terlalu terdedah dengan tekanan.
Ia boleh dilakukan dengan memastikan bahagian siku anda terletak rapat ke bahagian torso semasa merendahkan badan ketika melakukannya.
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk ikuti video workout menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.