Bagi yang ingin diet tapi tak mahu makan berat di waktu malam, apa kata buat jus diet ini. Selain menggunakan bahan yang menyihatkan, jus diet ini juga boleh mengenyangkan perut.

Ingin tahu cara membuatnya? Ikuti perkongsian jus diet oleh Sharinaz Redwan menerusi laman Facebooknya. Cara nak membuatnya juga mudah dan hanya menggunakan lima bahan sahaja iaitu timun, epal hijau, lemon, madu dan air suam.

Jom ikuti perkongsiannya. 

BACA: Fitnes Coach Ini Kongsi 25 Makanan Sihat & Sedap Yang Boleh Diambil Masa Diet!

Ingin Perut Lebih Kenyang & Badan Fit, Buat Jus Diet Yang Wanita Ini Ajar Guna 5 Bahan Mudah!

Pagi ni Kak Naz nak share satu resepi jus peberet Kak Naz ni. Lepas minum korang akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit je.

Bahan asas dia ada timun, epal hijau, lemon dengan madu.

IKLAN

Khasiat timun

Korang tau kan TIMUN ni ada banyak KHASIAT dia. Antaranya ia mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh buang toksin dalam badan dan bagi sejuk badan.

Khasiat epal hijau

Untuk KHASIAT EPAL HIJAU pulak, ia dapat kurangkan kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Siapa yang ada masalah sembelit, elok makan epal hijau ni tau.

Khasiat lemon

KHASIAT LEMON pulak tak dinafikan lagi ia tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.

Kalau nak cerita ada banyak lagi khasiat buah-buah ni. Korang ringankan jari, tekan google tau. Satgi panjang berjela pulak posting Kak Naz ni, cemuih pulak nak baca. Kihkihkih.

Ok, ni sukatan jus yang Kak Naz buat untuk 1 gelas gedabak ni ye.

IKLAN

BACA: Lelaki Ini Kongsi Cara Diet Eat Clean Yang Betul Hingga Berjaya Turun 10kg Dalam Sebulan!

Bahan-bahannya:

Ingin Perut Lebih Kenyang & Badan Fit, Buat Jus Diet Yang Wanita Ini Ajar Guna 5 Bahan Mudah!

1 biji epal hijau
1/2 biji timun
2 slice lemon, amik jus je
1-2 sudu besar madu
Air suam untuk kisar

Cara membuatnya:

Ingin Perut Lebih Kenyang & Badan Fit, Buat Jus Diet Yang Wanita Ini Ajar Guna 5 Bahan Mudah!

IKLAN

Semua atas ni blender. Nak tapis boleh. Kak Naz tak suka tapis. Minum macam tu je. Rugila kalau tapis. Sebab fiber tinggi hampas dia.

Ingin Perut Lebih Kenyang & Badan Fit, Buat Jus Diet Yang Wanita Ini Ajar Guna 5 Bahan Mudah!

Ko pejam mata telan je. Air ni sedap tauuu. Bau fresh yakmat!

Ok, cuba tau.

Bila cantik dalam, baru lah terserlah kat luar. Nak pakai pape skincare pun meletop dik.

Nak cantik kena seimbang. Bukan jaga kulit ,tepek tu tepek ni, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI