Ramai menyangka ‘demam’ filem adiwira terutamanya dari Marvel Studio seakan sudah tidak menyengat seperti dulu lagi. Selepas melepasi filem epik ‘Avengers: End Game’, filem-filem berikutnya kelihatan sedikit suram.

Namun tahukah anda bahawa itu hanya persepsi semata. Hakikatnya filem-filem dri Marvel Cinematic Universe masih lagi mempunyai nilai komersial yang tinggi dan mempunyai peminat setia yang tersendiri.

Filem terbaru MCU yang akan menemui penonton di pawagam ialah ‘Ant-Man and the Wasp: Quantumania’ yang dijadualkan ditayangkan pada pertengahan bulan ini. Pelakon utamanya, Paul Rudd meneruskan tugas cemerlangnya dengan membawakan watak Scott Lang/Ant-Man.

Pelakon ‘Ant-Man’, Paul Rudd Kongsi Rahsia Dapatkan Fizikal Mantap Pada Usia 53 Tahun

Paul Rudd yang diberikan gelaran ‘Sexiest Man Alive 2021’ dilihat tampil dengan sosok badan yang cukup mantap. Buat seseorang yang usianya yang bakal mencecah 54 tahun tidak lama lagi penampilan Paul Rudd cukup mengagumkan.

Apakah rahsia pelakon yang sinonim dengan filem-filem komedi seperti ‘Wet Hot American Summer’, ‘Anchorman’ dan ‘Knocked Up’ ini?

IKLAN

TRASFORMASI PROFESIONAL

Dalam satu temu bual bersama Men’s Health, Paul Rudd menyatakan sebelum berlakon di dalam filem Marvel Studio badannya tidaklah seperti sekarang. Malah untuk membuka baju pun dia malu dan amat jarang dilakukan. Jika dibuat pun hanyalah untuk sketsa komedi.

Selepas berjaya mendapatkan watak untuk filem ‘Ant-Man’, dia secara profesional mula melakukan transformasi untuk menjayakan karakter adiwira tersebut.

Pelakon ‘Ant-Man’, Paul Rudd Kongsi Rahsia Dapatkan Fizikal Mantap Pada Usia 53 Tahun

Apabila ditanya apakah raksia rutin senaman dan juga diet amalannya, Paul Rudd tidak memberikan jawapan panjang lebar. Jelasnya apa yang paling penting ialah mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.

IKLAN

Selepas mendapatkan waktu tidur yang baik barulah dia melakukan senaman dan rutin kecergasan yang lain.

REAKSI TERSENDIRI

“Ada orang bertanya apakah pelan pemakanan yang saya amalkan. Minuman apa yang saya minum? Adakah mengambil karbohidrat? Atau adakah anda ada ‘cheat day? Jawapan saya mudah saya. Apa yang paling penting ialah tidur yang mencukupi. Jika dapat tidur yang baik selama lapan jam, kita boleh lakukan apa sahaja!” tambahnya lagi.

Setiap pagi selepas bangun tidur Paul Rudd akan minum secawan kopi. Kemudian dia meneruskan senaman kardio sebelum makan pagi. Dia juga melakukan senaman angkat berat dalam tiga kali seminggu.

IKLAN

Pelakon ‘Ant-Man’, Paul Rudd Kongsi Rahsia Dapatkan Fizikal Mantap Pada Usia 53 Tahun

Dia juga menjelaskan bagaimana dia telah banyak mempelajari tentang fizikalnya dengan apa yang dimakan. Setiap makanan yang diambil memberikan reaksi tersendiri dalam melakukan senaman.

Itulah rahsia yang diamalkan oleh Paul Rudd. Tidur itu sangat penting!

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah ya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI