
Bagi mereka yang mempunyai penyakit, pengambilan ubat-ubatan merupakan perkara penting yang tidak boleh dipandang remeh.
Walaupun ketika berpuasa, ubat-ubatan ini tidak boleh dihentikan pengambilannya kerana ia perlu dimakan seperti biasa.
Bagi yang mempunyai penyakit, ini adalah panduan pengambilan ubat-ubatan yang dikongsikan Public Health Malaysia.
Semoga panduan ini dapat membantu anda mengambil ubat-ubatan ketika di bulan puasa sekali gus memastikan penyakit anda terkawal.
Apa yang penting, jangan sesekali lupa atau menghentikan pengambilan ubat-ubatan ini walaupun dalam bulan puasa.
Semoga panduan ini dapat membantu anda.
PANDUAN PENGAMBILAN UBAT KETIKA BULAN PUASA
Bagi mereka yang DIIZINKAN berpuasa ketika masih menggunakan ubat, pastikan anda tidak lupa atau berhenti makan ubat ya.
Apa yang perlu dilakukan adalah ubah masa pengambilan ubat. Jika ada masalah boleh rujuk dahulu profesional kesihatan terutamanya ahli farmasi untuk penerangan lanjut.
Bagi mereka yang tidak diizinkan berpuasa pula usahlah bersedih. Ada banyak lagi ibadah lain yang boleh dilakakukan sepanjang bulan Ramadan ini.
Semoga kita semua dapat lalui Ramadan kali ini dengan sempurna. 🤲🏻
Tip Penting Sebelum Beli iPhone ‘Secondhand’, Ini Perkara Harus Anda Periksa

Di antara kelebihan utama yang ada pada telefon pinta keluaran Apple iaitu iPhone ialah nilai selepas pasaran atau nilai pada pasaran terpakainya yang jauh lebih tinggi berbanding kebanyakan telefon pintar lain.
Ia merupakan satu perkara yang tidak dapat dinafikan lagi sejak sekian lama. Apakah faktor yang menyebabkan perkara itu berlaku? Ia tidak pasti, namun ada berpendapat iPhone menawarkan sebuah ekosistem unik tersendiri.
Jadi tidak hairanah pasaran iPhone secondhand cukup besar dan mendapat sambutan yang baik. Namun anda juga harus berhati-hati dalam membeli iPhone terpakai. Selain melihat kondisi fizikal dan luaran terdapat perkara yang harus anda periksa.
Kali ini MASKULIN kongsikan tip untuk anda periksa info iPhone tersebut yang ‘tidak nampak di mata’.
1.
Pertama sekali daparkan telefon yang ingin anda beli. Tekan butang telefon kemudian tekan dial *#06#. Kemudian di skrin akan terpapar ‘Device Info’ yang turut mempunyai IMEI.
Atau anda juga boleh dapatkan IMEI dengan pergi ke Setting > General > About > IMEI
2.
Tangkap layar paparan IMEI itu. Kemudian highlight dan ‘copy’ IMEI tersebut.
3.
Selepas itu, buka browser Safari dan taip, iunlocker.com. Di laman sesawang tersebut pilih bahagian menu di atas kemudian klik ‘Check IMEI’. Letakkan IMEI yang anda copy tadi di ruangan disediakan.
4.
Maklumat terperinci tentang telefon tersebut akan terpapar. Di antara maklumat penting yang anda boleh perhatikan ialah tarikh ia dibeli pertama kali. Tempoh waranti dan sebagainya.
Selamat mencuba! Buat anda yang ingin membeli iPhone terpakai semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda ya!
Sumber: Instagram @appledsign
Teknik Hilangkan Rasa Malas & Penat Di Tempat Kerja

Tidak dapat dinafikan bagi kebanyakan anda yang bekerja di pejabat pastinya akan melakukan rutin yang lebih kurang sama sahaja setiap hari. “Rasa malas je nak kerja!”
Mungkin itulah yang anda rasa.
Pergi kerja, hadap meja dan kompter dan tiba masa petang pulang ke rumah.
Lama-kelamaan motivasi diri untuk bekerja dengan baik pun mungkin akan menurun. Dan inilah yang akan menjadi punca penurunan prestasi kerja dan lebih teruk anda mula rasa malas ingin menyiapkan tugasan diberikan.
Selain mengambil cuti untuk berehat anda juga sebenarnya boleh melakukan beberapa teknik untuk pastikan diri sentiasa ceria dan bersemangat di tempat kerja.
Ikuti beberapa teknik yang boleh diamalkan setiap hari agar hari-hari anda di pejabat terus ceria dan lebih produktif!
TIDUR CUKUP
Pastikan anda mendapat tidur yang cukup selama enam hingga lapan jam sehari. Percayalah tidur yang cukup menjamin hari yang lebih menyegarkan!
MULAKAN DENGAN SENAMAN
Curi masa yang sedikit sahaja setiap pagi, anda tak rugi! Asingkan diri selama 5 hingga 10 minit untuk melakukan senaman sama ada di rumah atau pejabat. Badan yang bersenam akan lebih peka dan segar.
AMBIL SARAPAN PAGI
Tahukah anda bahawa makanpagi merupakan waktu makan yang paling penting! Ia memberikan sumber tenaga awal kepada badan anda dan mampu mempengaruhi mood anda sepanjang hari. Jadi jangan skip breakfast ya!
MINUM AIR DENGAN CUKUP
Ini perkara asas yang sering orang lupakan. Pastikan badan anda sentiasa cukup air. Minum air kosong juga boleh elak anda mengambil makanan tak berkhasiat dan berminyak. Badan segar bila minum air yang cukup. Kalau tak percaya anda boleh cuba.
MAKAN BUAH
Buah-buahan merupakan antaera makanan yang penting kepada badan. Kaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan antioksidan ia mampu membuatkan badan anda berasa lebih segar dan bertenaga.
POSTUR BADAN
Ya, kedudukan bagaimana anda berdiri, duduk atau berehat juga sangat penting. Pastikan anda sentiasa mengamalkan kedudukan postur yang baik kerana ia boleh mempengaruhi kesegaran badan. Ia juga boleh elak anda berasa sakit otot.
JAGA BAU BADAN
Ini indikasi yang paling ketara bagi menunjukkan anda seorang yang mementingkan kebersihan dan juga kesegaran badan. Jika anda mempunyai masalah badan mudah berpeluh pastikan anda menggunakan deodoran yang sesuai. Usahlah guna deodoran yang tak sesuai dengan badan dan hanya menghasilkan bau kurang enak bukan sahaja untuk anda tetapi orang sekeliling.
PAKAIAN BERSIH SETIAP HARI
Elakkan memakai baju yang sama setiap hari. Untuk reaksi balas minda akan kesegaran badan pakailah baju yang bersih setiap hari. Cuba elak ulang pakai baju yang sama melebihi sekali.
JAGA KEBERSIHAN KAKI
Setiap hari di pejabat anda mungkin sentiasa memakai kasut. Kalau dibuka pun mungkin ketika anda berehat untuk menunaikan solat. Kebersihan kaki dengan menggunakan stokin dan kasut yang bersih boleh mempengaruhi mood seharian anda. Kaki yang berbau boleh buat anda rasa kurang senang dengan diri sendiri.
JANGAN TINGGAL SOLAT
Percayakah anda jika anda tidak menionggalkan solat perjalanan aktiviti harian akan berjalan dengan lebih lancar. Malah jika menyegerakan solat anda tidak akan rasa masa itu tak mencukupi. Segalanya akan lebih tenang dan menyegarkan. Faktor wudhuk juga boleh memberikan kesan kesegaran badan dengan luar biasa.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat yang baik untuk anda terutamanya yang sentiasa sibuk saban hari di pejabat. Selamat mencuba!
Dapatkan jam pintar pada harga hebat di sini!
Usia Anda Semakin Meningkat? Amal 8 Petua Ini Untuk Nampak Awet Muda!

Topik awet muda bukanlah merujuk kepada kaum wanita semata-mata malah kaum lelaki juga perlu mementingkan penjagaan kulit wajah.
Selain bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri, awet muda boleh membuatkan lelaki menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Jadi nak tahu apa 8 petua lazim yang mudah bagi lelaki buat? Baca entri di bawah ini :
1. Elakkan merokok
Kalau anda memang seorang perokok, memang payah nak nampak muda. Kecuali anda berhenti rokok dan jauhkan diri dari asap rokok. Ini kerana asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.
2. Jauhi makanan yang kurang berkhasiat
Makanan kurang berkhasiat sudah tentu termasuk makanan ringan, maggi, fast food MCD, KFC, Burger King dan sewaktu dengannya. Jauhkan diri anda dengan pemakanan sedemikian dan amalkan makanan yang lebih sihat dan berkualiti.
3. Bersukan
Bersenam secara teratur juga dapat mengekalkan kecergasan dan juga boleh mengurangkan stress.
4. Mengamalkan doa untuk awet muda
Ini adalah salah satu doa sendiri (bahasa Melayu) yang boleh kita amalkan, Insya’Allah.
”Wahai Tuhan, aku berlindung kepadaMu daripada kelemahan dan ketuaan dan aku berlindung kepada Mu daripada timpaan bala celaka, kecelakaan dan nasib yang buruk. Ya Allah, daku ( insan ) lemah, kuat dan segarkanlah diriku, ya Allah yang Maha Pengasih.”
5. Sentiasa positif dan tenang dalam menghadapi stress
Lelaki yang sentiasa tenang ketika masalah timbul dan bijak menyelesaikannya, kebiasaanya kurang mengalami stress. Lihat saja wajah mereka, kelihatan tersenyum saja seolah-olah tidak ada apa-apa masalah yang berlaku.
6. Meminum air herba
Minumlah air herba seperti tongkat ali, kacip fatimah atau akar kayu dan air suam. Selain itu, anda boleh juga mencuba teh herba, teh hijau, buah goji dan apricot. Berdasarkan petua orang-orang dahulu, herba sememangnya baik untuk tubuh. Dalam masa sama, boleh minum air suam kerana ia bersifat mencuci dan meneutralkan darah dalam tubuh.
7. Air embun
Letak piring, sebelum tidur di tempat yang luas, kemudian ambil airnya dan menyapu badan dengan air embun setiap pagi selepas solat subuh untuk mendapatkan tubuh yang segar. Insya’Allah..
8. Vegetarian
Mengikut kajian, orang vegetarian tidak makan daging. Maka, berat badan menjadi stabil. Sayur dan buah pula memiliki banyak warna. Jadi, semakin berwarna semakin sihat makanan anda.
Semoga bermanfaat!