2

Esok kita sebagai umat Islam akan meraikan hari kemenangan. Hari bagi meraikan kejayaan kita selepas sebulan berpuasa. Selepas mengerjakan pelbagai ibadah pada bulan yang cukup diberkati oleh Allah S.W.T.

Namun esok, Hari Raya Aidilfitri akan diraikan dengan penuh berbeza. Mungkin ia pertama kali berlaku dalam sejarah hidup kita semua di mana segalanya harus berubah ke arah norma baharu.

Penularan wabak Covid-19 telah menjejasan kehidupan kita dari segenap aspek. Namun itu tidak seharusnya menjadi penghalang untuk kita meraikan Hari Lebaran dengan cara yang lebih selamat dan tersendiri.

Buat masa sekarang sebarang majlis yang melibatkan perhimpunan ramai masih tidak dibenarkan. Ini termasuklah program solat sunat Hari Raya Aidilfitri pada pagi esok. Ia mungkin dibenarkan tetapi bukan untuk semua dan hanya sejumlah kecil sahaja.

Untuk kita semua lebih elok kita tunaikan solat sunat tersebut di rumah sahaja. Dan itulah yang turut disyorkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysa (JAKIM).

Malah JAKIM turut berkongsi cara bagaimana untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam norma baharu termasuklah cara solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

Ia diperkenalkan menerusi ‘Kit Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah Semasa PKPB COVID-19’ yang dikongsi menerusi laman sesawang rasminya.

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri & Di Rumah Dari JAKIM
1

“YAB Perdana Menteri pada 10 Mei 2020 mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun2020. Ini bermakna, semua peraturan dan Standard Operational Procedure (SOP) yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB sebelum ini akan kekal berkuat kuasa menjelang Syawal 1441H.

“YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyarankan umat Islam supaya menyambut Hari Raya Aidilfiri pada tahun ini secara sederhana pada hari raya pertama di rumah masing-masing sahaja dengan menangguhkan sambutan berbentuk tradisi.

IKLAN

“Justeru, Kit Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah Semasa PKPB ini disediakan sebagai panduan umum kepada umat Islam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah masing-masing dengan amalan-amalan yang dituntut dalam syariat Islam.”

AMALAN YANG DITUNTUT PADA HARI RAYA AIDILFITRI

TAKBIR RAYA

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri & Di Rumah Dari JAKIM

ZAKAT FITRAH, MANDI & PAKAIAN TERBAIK

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri & Di Rumah Dari JAKIM

IKLAN

MAKAN & UCAPAN

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri & Di Rumah Dari JAKIM

SOLAT SUNAT HARI RAYA

KHUTBAH RAYA

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri & Di Rumah Dari JAKIM

ZIARAH HARI RAYA

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri & Di Rumah Dari JAKIM
ZIARAH HARI RAYA

ZIARAH KUBUR

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri & Di Rumah Dari JAKIM
ZIARAH KUBUR

Pihak JAKIM turut menyediakan teks ucapan Khutbah Aidilfitri untuk kegunaan kita semua. Ia boleh didapati menerusi pautan di sini.

Sumber: JAKIM

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI