
Nama Bakhtiar Zainal tidak asing lagi dikalangan juru solek tempatan. Bukan mudah untuk dirinya capai ke tahap sekarang. Pahit getir kehidupan dirinya masih meneruskan legasi solekan.
Orangnya ramah serta sentiasa tersenyum membuatkan sesiapa yang dekat dengannya selesa dan
Ingin mengenalinya dengan lebih dekat.
Tiar yang berkerja sepenuh masa menyolek artis, model serta orang ramai memberitahu Maskulin sebenarnya nama yang digunakan sekarang adalah hasil pemberian salah sorang wartawan Karangkraf.
Sejak kecil lagi dia tertarik dengan warna-warna, seperti mewarna, tanam bunga dan sudah terdedah dengan make up membuatkan dia ingin terus dikenali sebagai make up artis.
Jika ditanya bagaimana lelaki seharusnya bersiap, dia menjawab dengan cukup ringkas.
Baginya lelaki tidak seharusnya make up tebal, sebaliknya cukup sekadar menutup segala cela di wajah serta pastikan nampak fresh.
“Lelaki tidak perlu make up setebalnya, cukup sekadar minimal. Tak perlu hingga kening berlukis atau shading. Lelaki akan lebih macho jika nampak parut atau bekas jerawat, kerana itu lah lambang kejantanan kita.
“Just accept who we are. Sekurang-kurangnya pastikan muka anda fresh dan tidak sugul. Kalau untuk pemakaian pula, pastikan anda memakai jeans, baju t-shirt putih serta kasut. Itu dah kira macam perempuan tengok dah cair dah, lepastu semburkan sedikit wangian yang melambangkan kelakian.
“Dan yang penting lelaki tak boleh clean sangat, mesti ada sedikit parut kerana bagi saya, muka clean itu hanya untuk perempuan bukannya lelaki.” Ujar Tiar sebelum mengakhiri perbualan.
Makan Daging Kambing Tidak Pengaruhi Paras Kolesterol, Ini 5 Kebaikan Lain Daging Ini

Daging kambing enak dimakan sama ada secara panggang mahu pun dalam sajian kari kambing serta sup kambing.
Namun dalam menikmati keenakan itu, tak ramai yang tahu bahawa daging kambing ini memiliki khasiat semulajadinya yang tersendiri seperti yang MASKULIN senaraikan di bawah ini:
1. Rendah kolestrol
Kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging-daging lain sekali gus menjadikan daging kambing sebagai pilihan makanan alternatif daging merah yang terbaik.
BACA: Selain Bersenam & Jaga Makan, Anda Boleh Minum 6 Jenis Teh ini Sebagai Minuman Diet
2. Rendah lemak
Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati daging kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).
3. Rendah kalori
Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).
4. Lemak tidak tepu
Kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain. Ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tidak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
BACA: Untuk Jaga Kesihatan, Elak Makan 6 Spesis Ikan Ini, Ia Tinggi Kandungan Merkuri!
5. Asid amino
Asid amino adalah sumber protein yang ideal. Daging kambing mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.
Jadi, jom makan daging kambing!
Senarai Bisnes Modal Kecil Tetapi Income Mencanak Yang Boleh Buat Time Puasa

Nak ke tak nak? Itu sahaja jawapan yang perlu anda jawab terlebih dahulu kalau nak berjaya dalam sesuatu bidang yang diusahakan termasuk dalam dunia bisnes.
Menerusi entri ini, Maskulin ingin berkongsi empat bisnes yang boleh anda lakukan dengan bajet yang sangat rendah tetapi income yang diterima sangat ‘mencanak’ :
1. Tukang mesin rumput
Cuba buat kiraan asas. Sekali mesin rumput, upah yang diambil RM30. Kalau dapat cari lima buah rumah dalam masa sehari, RM150. Kalau sebulan, tukang mesin rumput boleh dapat pulangan kasar sebanyak RM4,500.
2. Jual buah potong
Cuba buat kiraan asas. Misalnya buah tembikai dalam RM2.50 sekilogram. Setelah dipotong dapat dalam 8 bungkus atau bekas dan dijual pada harga RM1.50. Target jual di kawasan orang ramai untuk habiskan 650 bungkus sehari, maka anda akan dapat RM975. Kalau sebulan, kasarnya dalam RM29,250.
3. Meniaga air
Margin untung bersih jual air adalah sekitar 80%. Dalam kiraan kasar, sehari boleh dapat RM480. Kalau kiraan selama 21 hari persekolahan untuk sebulan, boleh dapat dalam RM10,080
4. Dropship
Letaklah kos iklan RM80. Buat sale sekurang-kurangnya 11 item close deal. Setiap hari akan ada pelanggan yang buat transaksi sebanyak RM550. Tolak kos harian iklan RM80 dan bayaran pos RM110. Bersih RM360 × 30 hari = RM10,800.
Yang Suka Jungle Tracking, Baca 12 Ilmu Hutan Yang Lelaki Ini Belajar Dari Orang Asli & Askar!

Jungle tracking merupakan satu aktiviti sihat yang boleh mendekatkan diri kita dengan alam semula jadi.
Selain mengeluarkan peluh dan menghirup oksigen yang cukup segar, jiwa kita juga boleh menjadi tenang kerana berada dalam zon yang serba hijau.
Namun begitu, dalam hutan juga tersedia pelbagai cabaran dan ancaman bukan sahaja daripada binatang buas malah perkara-perkara yang berlaku di luar jangka.
Seorang pengguna Facebok, Azman Hashim pernah menulis tentang ilmu hutan yang pernah dipelajarinya daripada orang Asli dan rakan askarnya.
Posting tersebut sehingga kini telah mencecah 12,000 shares dan berikut adalah penulisannya :
ILMU HUTAN – RUGI TAK BACA!
Pengalaman masuk hutan, berkawan ngan bebudak asli ni, dan termasuk kengkawan yg memang askar, banyak benda yg saya belajar iaitu
1. Lumut Taik Kera.
Kalau kita jalan di waktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau. Ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah Lumut Taik Kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh di denai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat, ikut je laluan ni di waktu malam, InsyaAllah, tak langgar pokok.
2. Ular tedung.
Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut. Stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2 – belajar dr orang asli.
3. Kera / lutong dan spesis yg sama.
Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang dan hayunkan kat kera tu. Baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) – belajar dr askar.
4. Harimau.
Kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi ‘diam’, kemudian disusuli dgn bau hamis, confirm harimau. Hehehe… apa lagi, bagi letup satu mercun bola la – belajar dr orang asli.
5. Beruang madu.
Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren). Kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari – belajar dr orang asli.
6. Kepala air.
Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat di bahagian / kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar. Kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu – belajar dgn kaki pancing.
7. Tanda-tanda kepala air.
Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih). Maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. Pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air). Sama kes kat Dam Chamang, Bentong. Saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar.
8. Nak masak air.
Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2 – belajar ngan askar.
9. Binatang besar.
Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dah buat bising, tentu ada binatang besar tengah lalu – belajar dgn orang asli.
10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll.
Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang – ni belajar ngan kaki pancing lain.
11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang.
Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari – belajar dr pengalaman.
12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi.
Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena – orang asli.
Ok, masuk bab amalan bukak khemah (rule and system dia la, bukan amalan yg spritual ni)
1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau. So, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.
2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai. Kalau landai, jangan buat khemah kat situ. Biasanya kawasan landai akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll. Tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.
3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah di dalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. Kang seladang tumpang tidur.
4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni, kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.
5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.
6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap / berhadapan dan unggun api kat tengah.
7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata. Parang pisau, binatang tak takut. Api? confirm depa lari.
8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi di sambung dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.