Memasang penghawa dingin (aircond) pada waktu malam untuk menyejukkan suhu bilik sudah menjadi satu perkara biasa pada zaman ini.

Ditambah pula oleh kerana lapisan ozon yang semakin menipis, setiap malam kita akan merasa bahang yang agak panas dan sangat tidak menyelesakan.

Namun begitu, umum sedia maklum bahawa pemasangan aircond boleh meningkatkan bayaran bil elektrik setiap bulan.

Jadi apa yang boleh dibuat untuk memastikan kita masih mampu berjimat-cermat? Ikuti 6 tip yang MASKULIN sediakan ini:

IKLAN

BACA: Mudah Rupanya Nak Bersihkan Aircond Guna Remote, Hanya Ambil Masa 15 Minit Je!

1. Tutup suis utama

Tutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Tabiat menutup suis utama nampak seperti tiada beza tetapi tahukah anda bahawa dengan melakukan perkara ini, anda telah menjimat 10 peratus dari jumlah penggunaan elektrik di rumah. Walaupun anda telah menutup penghawa dingin menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa anda sedari.

2. Set pemasa

Gunakan pemasa (mod tidur) untuk menutup penghawa dingin secara automatik selepas beberapa jam setelah bilik sejuk atau selepas kita tidur. Anda boleh pasangkannya untuk satu hingga dua jam kemudian tutup secara automatik dan gunakan kipas. Ini kerana tengah malam adalah lebih sejuk. Jadi anda tidak perlu menggunakan aircond dan berselimut. Ketika tidur, suhu badan kita sebenarnya menurun dan pada masa tersebut, kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk. Penyaman udara lebih diperlukan untuk memberi keselesaan ketika kita hendak tidur.

IKLAN

3. Tetapan suhu

Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C ialah suhu yang selesa, jadi anda tidak perlu menetapkan ia pada 18°C. Jika anda tetapkan pada 18°C, ini akan memaksa kompressor untuk mencapai suhu tersebut. Apabila anda tetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas. Anda jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.

IKLAN

4. Buka kipas terlebih dahulu

Gunakan penyaman udara bersama kipas. Buka kipas dan pintu/tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik kemudian barulah gunakan penyaman udara (Pastikan untuk menutup pintu dan tingkap terlebih dahulu). Memasang kipas akan menyebarkan udara sejuk ke seluruh bilik tanpa meningkatkan penggunaan tenaga. Selain itu, penggunaan kipas siling boleh menghilangkan udara panas di sekeliling badan kita.

5. Bersihkan atau tukar penapis aircond setiap bulan

Menyelenggara sistem penghawa dingin anda adalah kritikal dalam memastikan ia berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan jangka hayat lebih pendek. Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit anda, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos yang lebih tinggi.

6. Jadualkan penyelenggaraan tetap untuk aircond

Servis unit aircond anda jika ia meniupkan udara panas. Anda perlukan penyaman udara untuk udara yang sejuk, bukan peniup udara panas. Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia tidak menjimatkan kos. Anda masih membayar bil elektrik tetapi tidak dapat apa yang anda bayar.