
Pasti ramai yang teringin nak bercuti ke Hatyai. Lagi best kalau dapat bercuti dengan modal bajet sambil boleh layan pemandangan indah dan syurga makanan best di Hatyai.
Jangan bimbang kerana anda boleh jadikan perkongsian Neyra Shazeyra ini sebagai panduan. Kos bajet yang tak sampai RM200 itu bukan sahaja murah, malah lengkap termasuk pengangkutan kereta api, penginapan, grab, tuktuk, rawatan urutan dan makanan.
Lepas ni kalau anda nak bercuti ke Hatyai, bolehlah ikut cara dia.
Travel ke Hatyai Dengan kos RM200 untuk 2 orang
Dari Alor Setar naik komuter ke Padang Besar
Sampai kat Padang Besar, kena buat ini
Train yang Open Window ada 2 waktu je
Isi white card & dapatkan cop stamp masuk Thailand
Destinasi pertama: Kim Yong Market – tempat shopping
Guesthouse guna voucher Eatigo, cuma RM9.70 after rebate
Pergi Kai Tod Daecha, destinasi orang Malaysia selalu suggest
Cabaran di Kai Tod Decha / Decha Fried Chicken Restaurant
Singgah Wonderful Massage Salon
Syurga makanan di Klong Hae Floating Market
Naik tuktuk, bayar 50 baht seorang balik town
Singgah 7E, wajib try Meiji
Perjalanan balik ke Hatyai Railway Station
Jumlah kos keseluruhan
Kesimpulan daripada percutian ini
Individu Jual Beli Kereta Sambung Bayar Boleh Didenda & Dipenjara Mengikut Undang-Undang

Mesti anda pernah dengar dengan istilah ‘sambung bayar’ terutamanya bile melibatkan pembelian kereta. Ia sebenarnya satu amalan yang telah lama bertapak di negara kita.
Kebiasaannya aktiviti sambung bayar ini dilakukan di antara ahli keluarga atau kenalan dengan prinsip percaya. Tapi hakikatnya telah banyak kes berlaku di mana bila pembeli mula liat membayar maka terjadilah satu isu yang akan menyusahkan si penjual.
Konsep sambung bayar ini berlaku apabila tuan punya kereta merasakan dia susah tidak mampu untuk membuat bayaran bulanan dan si pembeli pula mahu cari jalan singkat untuk memiliki kereta.
Dan kini dilaporkan terdapat ejen-ejen yang membantu orang yang ingin menjual kereta secara sambung bayar. Maka terjadilah urusan jual beli yang telah menyalahi undang-undang.
Perkara ini telah dikongsi oleh laman Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police. Berikut merupakan perkongsian daripada mereka:
Anda pembeli kereta sambung bayar? Atau anda nak jual kereta untuk sambung bayar?
Dah tahu ke tentang Akta Sewa Beli 1967?
Jangan cakap lepas ni Polis tak bagi info bahawa jual beli kereta sambung bayar adalah SALAH !
Secara ringkas dan mudah untuk diterangkan…
Eric beli kereta dan buat pinjaman daripada Bank dengan perjanjian 9 tahun bayaran ansuran. Apabila loan diluluskan, PEMILIK sebenar kenderaan tersebut adalah pihak Bank. Eric pula adalah PENYEWA. Hak milik akan bertukar selepas Eric selesai membayar pinjaman kepada pihak Bank.
So, selagi Eric tak bayar habis, kereta tu bukan kereta Eric dan mana boleh Eric jual kereta milik Bank kepada orang lain. Dah la jual, tak beritahu pada owner (Bank).
Walaupun Eric ada buat surat perjanjian dengan pihak ketiga? Ya, tetap salah you all..
Adalah menjadi kesalahan di bawah:
a) Seksyen 38
Sesiapa yang menjual barang-barang yang dibeli secara perjanjian sewa beli tanpa kebenaran daripada pemunya adalah melakukan kesalahan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM10000 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
b) Seksyen 46
Sesiapa yang melanggar peruntukan-peruntukan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Akta ni bukan buat untuk menyusahkan rakyat. Ini adalah untuk melindungi dan mengatasi masalah serta risiko yang bakal dihadapi penjual/pembeli kereta sambung bayar.
Menurut mereka lagi orang awam juga boleh merujuk booklet daripada Jabatan Bantuan Guaman di sini.
Dan kes seperti ini adalah di bawah bidang kuasa KPDNKK. Salah satu senario di mana kes di siasat oleh agensi lain selain PDRM.
Ketahui Cara Scammer Beroperasi, Penting Untuk Dimaklumkan Kepada Warga Emas

Saban hari, kisah orang kita ditipu scammer bagaikan tiada kesudahan. Dalam sebulan, mesti ada sekali-sekali kita terbaca, guru/ warga emas/ penjawat awam & swasta/ mahu pun penganggur mengalami kerugian yang cukup besar nilainya.
Bagi yang belum pernah terkena atau menerima panggilan daripada scammer, ini antara perkara yang perlu tuan-tuan dan puan-puan tahu :
1. Guna spoofing
Scammer biasanya akan menggunakan sejenis alat yang dipanggil ‘spoofing’. Dengan menggunakan ‘spoofing’ ini, jika sang scammer menghubungi telefon bimbit anda, nombor yang tertera adalah nombor sah misalnya milik bank negara atau balai polis namun realitinya, panggilan itu akan disambungkan kepada sang scammer.
Oleh sebab itu jika selepas mereka memutuskan talian telefon dan kita menghubunginya semula nombor terbabit, pihak yang lain akan menjawab dan pastinya mereka juga akan terpinga-pinga tidak tahu apa yang sedang berlaku.
2. Buat panggilan rawak
Scammer ini juga sejenis makhluk yang akan membuat panggilan secara rawak dan popularnya, talian itu akan disambungkan ke telefon rumah atau pejabat yang sukar mengenal pasti apakah nombor yang sedang masuk.
Yang merisaukan, jika talian ini sampai ke rumah ibu bapa, saudara-mara, atuk dan nenek atau orang-orang tua yang langsung tidak mengetahui tentang bahaya serta modus operandi scammer ini. Sudah tentu mereka antara yang mudah terdedah kepada risiko untuk menjadi mangsa.
3. Dengar suara operator
Kebiasaannya, apabila panggilan yang diterima itu kita angkat, kita akan mendengar suara mesin operator yang akan bercakap terlebih dahulu. Misalnya, panggilan dibuat daripada Mahkamah Tinggi Klang, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Tujuan nama-nama besar ini dipetik sudah tentu kerana mahu menakutkan orang awam dan mereka yang tidak bersalah pun, mungkin akan menjadi panik secara tiba-tiba kerana itu adalah lumrah manusia biasa. Perasaan takut menyelubungi diri secara tiba-tiba. Andai kata selepas ini tuan-tuan dan puan-puan ada menerima panggilan sedemikian, terus tetapkan dalam kepala, itu adalah scammer.
Putuskan sahaja panggilan
Di akhir pesanan suara itu, penerima panggilan biasanya akan terdengar ‘perempuan itu’ berkata, sila tekan ‘0’ untuk bercakap dengan pegawai kami dan jika itu yang berlaku, putuskan sahaja panggilan dan teruskan rutin harian tuan-tuan dan puan-puan. Kita ada banyak lagi kerja yang hendak dibuat.
Jadi sebagai anggota masyarakat yang prihatin dan tidak mahu perangai busuk mereka terus menular atau lebih ramai lagi yang akan menjadi mangsa, apa yang perlu atau boleh kita buat? Secara peribadi, cadangan penulis cukup mudah iaitu :
1. Hebahkan modus operandi ini
Kongsikan tentang hal ini. Banyakkan bersembang dengan mereka yang tidak terdedah kepada media sosial, akhbar mahu pun saluran TV terutamanya warga emas yang bersendirian. Dalam erti kata lain, kalau ada terjumpalah, alang-alang bertegur sapa.. apa salah buka topik ini untuk pengetahuan mereka.
2. Buang sikap cepat takut
Kenali diri kita secukup-cukupnya dan sebaik-baik mungkin. Buang sikap ‘cepat takut’ dan ‘gabra’ kecuali hanya untuk Allah S.W.T. Hal ini kerana dengan adanya sikap sedemikianlah, scammer lagi seronok memperdayakan mangsanya.
Jika tahu diri itu bersih, tidak bersalah dan tiada membuat sebarang tindakan yang melanggar undang-undang, kenapa perlu takut tak pasal-pasal semata-mata mendengar perkataan POLIS, SPRM, MAHKAMAH dan sebagainya? Mereka itu rakan kita bagi orang yang baik.
3. Bertindak bijak
Jadi bijak. Jangan dedahkan sebarang maklumat diri seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun serta ‘CVV’nya atau apa-apa sahaja. Tanyakan semula kepada scammer itu, “Awak yang hubungi saya.. tentu awak ada maklumat tentang saya..” Mereka pasti gagal menjawab dan akan terkantoi di situ.
4. Sedar ruang dan masa
Lihat hari dan waktu. Jika di luar waktu bekerja atau pun pada hujung minggu, nama-nama itu yang disebut, pasti ada sesuatu yang aneh dan tidak kena. Seperti apa yang pernah saya katakan sebelum ini, letak sahaja telefon dan sambunglah kerja atau urusan anda yang lebih penting dan bermakna.
Semoga dengan tip yang dikongsikan ini mampu memberikan manfaat kepada ramai pihak dan marilah kita hapuskan scammer yang bermahajaralela di negara ini. Yang penting, jangan biar diri tertipu.
Anda ada kisah tentang scammer jahat ini? Apa yang anda lakukan? Ceritakan di ruangan komen!!
Zul Ariffin & Remy Ishak Berentap Sakan Dalam Filem MMA Pertama Malaysia, ‘Sangkar’!

Populariti sukan seni mempertahankan diri Mix Martial Arts (MMA) kini bukan lagi satu perkara asing dalam dunia lelaki.
Nama-nama seperti Connor McGregor, Khabib Nurmagomedov, Jose Aldo dan ramai lagi telah membantu menaikkan populariti dengan setiap pertarungan mereka mencatat kutipan tiket box-office dan tayangan secara langsung yang ditonton puluhan juta peminat di seluruh dunia.
Begitu juga di negara kita. Tahun demi tahun populariti MMA cukup dirasai dengan semakin ramai pertarung muda melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan yang turut mendapat liputan meluas daripada mdia tempatan.
Melihatkan perkembangan itu ia seakan cukup kena dengan masanya apabila filem bertajuk ‘Sangkar’ diperkenalkan untuk tontonan di pawagam tempatan.
‘Sangkar’ yang diterajui dua pelakon kacak popular tempatan Remy Ishak dan Zul Ariffin telah pun memperkenalkan trailer rasminya pada dua hari lalu. Sebuah majlis perasmian filem ini turut dilangsungkan dan ia juga memperkenalkan poster rasmi ‘Sangkar’.
BACA: Kerana Sukan MMA, Khabib Nurmagomedov Miliki 6 Kereta Mewah!
Menariknya, ‘Sangkar’ merupakan sebuah filem yang terhasil daripada kerjasama mega empat penerbnit iaitu Astro Shaw, Primeworks Studios, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment.
Selain Zul dan Remy, filem arahan Kabir Bhatia ini turut menampilkan barisan pelakon hebat lain tanah air seperti Mira Filzah, Adam Mika, Ray, Fadlan Hazim, Aman Graseka, Carliff Carleel, Andy Teh dan Rashid Salleh yang juga merupakan Presiden Persatuan MMA Malaysia (MASMMAA).
Lebih hebat lagi, ‘Sanglar’ juga bakal menyaksikan kemunculan beberapa atlet MMA sebenar seperti bekas petarung UFC James ‘Sledgehammer’ Mcsweeney, serta atlet tempatan dari ONE Championship iaitu Saiful Merican, Peter Davis dan Jihin Radzuan.
Runut bunyi rasmi lagu tema yang mengiringi filem ini berjudul ‘Fighter’ dan dinyanyikan oleh rapper popular, Aman RA.
Nantikan filem Sangkar yang akan menemui para penonton melalui pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 29 Ogos 2019.
Adakah filem MMA pertama ini akan mendapat sambutan box-offcie di negara kita? MASKULIN berharap ‘Sangkar’ membawa jalan cerita yang best. Tweringat dulu filem Hollywod berjudul ‘Warrior’ (2011) yang menjadi antara filem kegemaran penulis hingga ke hari ini.