Kehabisan bateri telefon bimbit boleh menjadi sesuatu yang sangat mencemaskan tambahan lagi di saat-saat kecemasan dan dalam keaadaan bahaya.

Boleh dikatakan setiap individu pasti mula menggelabah jika melihat telefon bimbitnya sudah mengeluarkan tanda amaran berwarna merah.

Rasanya macam baru sahaja dicas tetapi kenapa tiba-tiba bateri telefon ni dah nak mati?

Berikut merupakan 6 sebab kenapa bateri telefon bimbit selalu cepat kong.

#1: Cas telefon bimbit sehingga 100%

Pelik Kenapa Bateri Telefon Pintar Semakin Kong? Ini Beberapa Sebabnya..

Para penyelidik mencadangkan bahawa jangka hayat bateri yang ideal adalah di antara 30 hingga 80%. Jika bateri berada di bawah paras 30%, ia adalah tidak sesuai untuk kondisi telefon bimbit anda.

IKLAN

#2: Tidak cas telefon bimbit sehingga bateri mati

Pelik Kenapa Bateri Telefon Pintar Semakin Kong? Ini Beberapa Sebabnya..

Setiap kali anda membiarkan telefon bimbit yang tidak dicas off sendiri, anda sebenarnya mengundang kerosakan pada bateri telefon bimbit tersebut. Jadi, apabila melihat bateri anda hanya tinggal 10%, cepat-cepatlah cari charger untuk mengecasnya.

#3: Overheating

Pelik Kenapa Bateri Telefon Pintar Semakin Kong? Ini Beberapa Sebabnya..

IKLAN

Ini mungkin tidak terjadi kepada semua tetapi apabila telefon bimbit anda di dalam keadaan overheat, ia sangat berisiko tinggi untuk menyebabkan bateri telefon anda rosak. Bagi pengguna iPhone, mereka akan diberi amaran jika telefon bimbit tersebut berada dalam keadaan overheat dan segeralah mencari jalan keluar untuk meredakan kepanasan itu.

#4: Gunakan pengecas wireless

Pelik Kenapa Bateri Telefon Pintar Semakin Kong? Ini Beberapa Sebabnya..

Terlalu bergantung kepada pengecas wireless juga dapat membuatkan bateri telefon anda rosak. Fungsi pengecas wireless ini sama sekali berbeza dengan pengecas yang dipasang pada kabel.

IKLAN

#5: Cas bersama case telefon bimbit

Pelik Kenapa Bateri Telefon Pintar Semakin Kong? Ini Beberapa Sebabnya..

Jika telefon bimbit anda berasa panas yang luar biasa selepas dicas, apa kata selepas ini jika hendak mengecas telefon, cuba untuk menanggalkan case telefon terlebih dahulu sebelum dicas. Case telefon dapat memerangkap haba tambahan yang boleh merosakkan telefon bateri anda.

#6: Overcharging

Pelik Kenapa Bateri Telefon Pintar Semakin Kong? Ini Beberapa Sebabnya..

Jika anda menggunakan produk Apple yang original mungkin anda selamat, tetapi sekiranya menggunakan pengecas tiruan, maka risiko untuk overcharging akan berlaku jika anda tidak memerhatikan peratusan bateri tersebut.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI