
Sering tertanya-tanya mengapa nafsu makan anda naik secara tiba-tiba? Mungkin anda sedang mengalami kemurungan dan tertekan.
Tubuh akan menghasilkan hormon kortisol dan insulin. Malah, bila badan stres, hormon ghrelin iaitu hormon lapar juga akan dilepaskan.
Tetapi mengikut sesetengah kajian, perkara ini terjadi kerana tubuh badan sedang memberi isyarat kepada otak bahawa metabolisme anda sedang meningkat. Pembakaran lemak menjadi cepat terbakar.
Apabila metabolisma dan penghadaman kekal meningkat, perut akan mudah merasa lapar dan kenyang.
Sebenarnya anda hanya perlukan segelas jelas air sahaja. Jika anda berasa lapar lagi, minum air lagi dan sekiranya anda tidak tahan barulah ambil beberapa potong buah untuk mengekalkan metabolisma dan tidak turun. Anda juga boleh nikmati sayur-sayuran atau salad dalam masa yang sama.
Jika tidak, anda boleh ambil gula-gula gerah bebas gula dan tiada kalori. Badan akan menganggap anda sedang mengambil makanan manis dan keinginan makan itu boleh diatasi tanpa mendapat kalori berlebihan.
Amalan mengunyah dan menghirup juga akan ‘menipu’ badan bahawa anda sebenarnya sedang makan makanan tanpa mengambil kalori yang berlebihan daripada makanan dan minuman tinggi gula dan lemak.
Ambil lah makanan yang rendah kandungan kalori dan elakan dari mengambil makanan yang manis serta masin.
Ais Batu Dapat Legakan Sakit Tapak Kaki & Tumit

Sakit tapak kaki atau tumit terjadi apabila inflamasi di bahagian ligamen halus yang menghubungkan tumit dengan jari-jari kaki. Masalah ini sering terjadi di kalangan atlet disebabkan oleh regangan yang melampau dan terlalu banyak pergerakan yang melibatkan kaki.
Ia juga boleh terjadi disebabkan salah memakai jenis dan saiz kasut. Malah, berat badan yang berlebihan juga lebih cenderung daripada tekanan yang teruk di bahagian tapak kaki.
Beberapa faktor ini boleh menyebabkan anda mengalami rekahan tumit serta lebih teruk terkena penyakit seperti radang berdekatan dengan tulang jari kaki hingga menyebabkan bengkak atau tisu kaki koyak.
Oleh itu, ini cara-cara untuk menghilangkan rasa sakit pada tapak kaki dan tumit yang mungkin anda tidak tahu…
1. Rendam kaki dengan air
Isikan air suam yang telah dicampurkan dengan cuka epal di dalam baldi dan rendamkan kaki anda selama 10-15 minit. Ulang rawatan ini beberapa kali dan ia pasti akan melegakan kesan sakit tapak kaki atau tumit yang anda lalui.
2. Serbuk kunyit dicampurkan dengan halia dan biji jintan
Ambil satu sudu teh kunyit, halia yang diketuk dan satu sudu teh biji jintan manis. Rebuskan kesemua bahan tersebut dengan 2 gelas air sehingga mendidih sehingga air menyusut lalu minum air rebusan tadi.
3. Ais batu
Ini adalah rawatan paling popular di kalangan atlet. Ambil beberapa ketul ais dan bungkus dengan kain bersih, kemudian tuamkan di bahagian yang sakit. Cara lain, anda tuangkan ais batu di dalam baldi dan rendamkan kaki selama beberapa minit. Cara ini dapat meredakan bengkak serta sakit tumit.
4. Baking soda
Antara yang anda boleh cuba adalah ambil air di dalam baldi, bancuh setengah sudu teh baking soda dan rendamkan kaki selama beberapa minit.
Lakukan setiap cara ini beberapa kali. Selamat mencuba!
Kalau Di Ibu Kota, 8 Lokasi Ini Memang Sesuai Untuk Habiskan Masa Sabtu & Ahad!

Setiap kali menjelang hujung minggu, inilah waktunya untuk kita meluangkan masa bersama keluarga terutamanya anak-anak serta isteri.
Manakan tidak, dari Isnin hingga Jumaat anda juga sudah penat bekerja maka tidak salah jika anda manjakan diri untuk jalan-jalan cuti mata dan rehatkan minda.
Namun demikian, warga kota sering berdepan dengan masalah tidak tahu mahu ke mana kerana Kuala Lumpur tidak memiliki landskap panorama yang indah.
Tetapi 8 lokasi yang dikongsikan ini merupakan alternatif untuk anda menikmati waktu cuti dengan riang sama seperti orang lain :
1. District 21
District 21 terletak dalam sebuah pusat beli-belah, IOI Mall di Putrajaya. Lokasi ini menyediakan ruang permainan aktiviti lasak yang boleh dicuba oleh sesiapa. Bukan sahaja anak-anak boleh mencabar adrenalin mereka malah golongan dewasa pun tidak berkecuali. Antara aktiviti yang disediakan di District 21 ini adalah seperti Sky Trail, The Maze, Power Station untuk wall climbing, Roller Glider untuk merasai pengalaman flying fox, Go Pedal untuk bermain go kart, Pump Track untuk bermain basikal, skuter ataupun skateboard, Free Fall, Low Ropes dan akhir sekali Tubby Ride.
Lokasi :District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
Waktu operasi : Isnin – Jumaat (12.00pm – 8.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah (10.00am – 8.00pm)
Harga kemasukan : Isnin – Jumaat RM58/pax | Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah RM75/pax
2. Taman Burung Kuala Lumpur
Bagi anda yang gemarkan ketenangan dan alam semula jadi, berkunjung ke Taman Burung Kuala Lumpur merupakan pilihan yang sangat tepat. Di sini, anda dapat melihat sangkar habitat burung-burung yang eksotik dari seluruh pelusuk dunia. Taman burung ini terbahagi kepada empat zon yang menempatkan pelbagai spesis burung yang berbeza. Jadi, kalau anda nak beriadah sambil memberi ilmu kepada anak-anak, taman burung inilah tempatnya!
Lokasi : KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)
Harga Tiket: Dewasa Warganegara: RM27, Pelancong: RM50 | Kanak-kanak (3-11 Tahun) Warganegara: RM13, Pelancong: RM41
3. Aquaria KLCC
Aquaria KLCC pasti menjanjikan pengalaman yang hebat buat anda sekeluarga! Menempatkan lebih daripada 150 spesis hidupan laut, yang menjadi tarikan utama di akuarium ini adalah ikan jerung, ular laut, kuda laut dan lain-lain lagi. Selain daripada melihat hidupan-hidupan laut ini, anda juga boleh menyertai program Diving with Sharks yang mana sekiranya anda memiliki lesen menyelam anda boleh mendekati jerung ini di dalam air, kalau tak ada lesen pun anda masih boleh menyertai program Cage Rage di mana anda akan dimasukkan di dalam sangkar yang akan diselamkan di dalam air.
Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur
Waktu operasi : Setiap Hari (10.00am – 8.00pm)
Harga kemasukan : Dewasa MyKAD: RM49, Biasa: RM69 | Kanak-kanak MyKID: RM39, Biasa: RM59 | Warga Emas MyKAD: RM39, Biasa: RM49
4. Taman Rama-Rama Kuala Lumpur
Percaya atau tidak, Taman Rama-Rama Kuala Lumpur merupakan taman rama-rama terbesar di dunia! Mempunyai sebanyak lebih 6000 jenis rama-rama di sekitar tumbuhan eksotik ini, pasti akan menarik minat si kecil untuk datang melihat haiwan yang comel dan cantik ini. Bukan itu sahaja, haiwan lain seperti ikan koi, unggas dan serangga eksotik juga turut ditempatkan di sini. Anda juga boleh melawat muzium yang mengumpulkan pelbagai koleksi rama-rama yang jarang kita dapat lihat.
Lokasi : Kuala Lumpur Butterfly Park, Jalan Cenderasari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur 50480
Waktu operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)
Harga kemasukan : Dewasa Warganegara: RM12, Pelancong: RM25 | Kanak-kanak Warganegara: RM7, Pelancong: RM14 ; Kamera RM5
5. Kuala Lumpur Upside Down
Kalau anda tidak pernah berkunjung ke rumah terbalik ini, anda patut masukkan dalam senarai tempat wajib dikunjungi bersama keluarga! Hal ini kerana, rumah terbalik di Kuala Lumpur ini merupakan rumah terbalik tertinggi di Malaysia. Kalau anda nak tahu, semua barang dalam rumah ini terbalik tau dan bila anda masuk pun badan anda pun akan terbalik juga! Pastinya, kunjungan ke rumah terbalik ini akan menerbitkan keseronokan anak-anak menghabiskan cuti hujung minggu.
Lokasi : Off, Jalan P Ramlee & Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur (KL Tower)
Waktu operasi : Setiap Hari (9.00am – 7.00pm)
Harga kemasukan : Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10
6. Blok Space
Buat ibu bapa yang memang ‘kaki shopping’ tapi dalam masa yang sama risaukan keselamatan anak-anak ketika membeli-belah? Anda boleh bawa anak ke Blok Space yang terletak di dalam pusat membeli-belah juga. Mempunyai 5 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Blok Space ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk merangsang minda anak-anak. Dilengkapi dengan kelengkapan permainan lego, anak-anak juga dapat berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan jumpa kawan baharu! Barulah anda aman sikit nak membeli-belah kerana keselamatan anak pun terjamin.
Lokasi : Terdapat 5 cawangan di sekitar KL dan Petaling Jaya iaitu: IPC Shopping Centre Damansara, The School Jaya One, Main Place USJ 21, Empire Shopping Galery, 1 Mont Kiara.
Waktu operasi: Bergantung kepada cawangan BlockSpace
Harga kemasukan : RM18
7. Skybox KL Tower
Selain District 21, tempat lain yang sesuai untuk anda seisi keluarga yang sukakan aktiviti yang menaikkan adrenalin, Skybox KL Tower adalah tempatnya! Bayangkan sahaja apabila anda berdiri atas kaca dalam ketinggian Menara Kuala Lumpur ini? Memang gayat lah jawabnya. Tak payah pergi jauh-jauh ke Melaka dan Pulau Pinang lagi untuk merasai pengalaman sebegini, kerana Skybox KL Tower pun tak kurang hebatnya! Memang lokasi menarik untuk bergambar.
Lokasi : Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu operasi: 9:00 am – 10:00 pm
Harga kemasukan : Rujuk kadar di bawah
8. Taman Eco Rimba Bukit Nenas
Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan merupakan tempat hijau yang terpelihara. Sebaik sahaja anda memasuki taman ini, anda seperti terpisah dari dunia luar namun dapat menikmati suasana yang cukup tenang dan aman. Anda boleh menghirup udara segar dan menikmati suasana hijau menerusi jambatan gantung yang disediakan.
Waktu operasi : 7.00 am sehingga 7.00 pm
Harga kemasukan : Percuma
Jadi, apa tunggu lagi? Dah boleh mula rancang untuk bawa anak-anak dan isteri ni..!!
10 Cara & Rahsia Pikat Hati Seorang Wanita Keras Kepala

Ramai lelaki sebenarnya salah anggap dengan wanita yang mereka anggap keras kepala. Walhal mereka sebenarnya tidak tahu bagaimana cara untuk ambil hati dan memikat perasaan mereka.
Lain orang lain cara penerimaannya. Dan bukan semua wanita mudah tergoda dengan ketampanan wajah anda semata-mata. Terdapat pelbagai faktor lain lagi yang mereka lihat untuk terima anda atau tidak.
Malangnya apabila ditolak ramai lelaki mula naik angin dan menuduh wanita yang mereka ingin dekati itu sombong dan anggapnya keras kepala.
Jadi apa rahsia untuk memikat hati mereka? Mungkin anda boleh ikuti 10 rahsia di bawah!
YAKIN BUKAN ANGKUH
Dalam dunia yang kita hidup sekarang manusia boleh mempunyai dua personaliti berbeza iaitu dalam dunia sebenar dan juga laman media sosial. Disebabkan itulah orang yang berdegar-degar hebat dalam dunia Internet tak semestinya dia mempunyai keberanian dan keyakinan sama dalam kehidupan sebenar. Dan anda juga jangan tersilap antara berkeyakinan dan angkuh, ia adalah dua perkara berbeza. Wanita memang tak suka lelaki angkuh dan bodoh sombong. Tetapi jika anda sentiasa yakin, itu sangat seksi di mata mereka.
SENTIASA JUJUR-SEJUJURNYA
Pantang bagi wanita apabila anda menipu tetapi kemudiannya mereka dapat tahu. Kepercayaan itu merupakan antara asas utama hubungan. Kalau anda sejenis kaki temberang sampai bila-bila pun anda tak akan dapat pikat hati wanita. Jika dalam hubungan pus besar kemungkinan tak bertahan lama.
BACA: 10 Perfume Lelaki Bau Paling Tahan Lama Pilihan MASKULIN
HALA TUJU MASA DEPAN
Kalau wanita itu serius untuk jalinkan hubungan dengan anda pati dia akan melihat sama ada anda seorang yang komited dalam kerja dan mempunyaiperancangan masa depan. Seorang lelaki yang rajin bekerja adalah sangat menarik di mata wanita. Bagi mereka lelaki seperti ini mampu memberikan kestabilan dan keselamatan untuk jangka masa panjang.
HORMAT ORANG TUA
Anda mungkin tak perasan tapi wanita memang akan perhatikan bagaimana rekasi anda bila bersama dengan orang lebih tua. Itulah yang akan dinilai oleh mereka sebelum hati terbuka untuk membawa anda bertemu kedua orang tuanya. Kalau anda jenis tak pandai hormat orang tua jangan harapo dia akan terpikat.
BUKAN JENIS MEMBAWANG
Itilah ‘membawang’kini semakin berlesuasa apatah lagi dengan penyebaran gosip dan cerita peribadi orang lain makin mudah tersebar di laman media sosial. Anda sebagai lelaki usahkan beriya sangat terjerumus dalam aktiviti tak berfaedah seperti ini. Wanita memang tak suka lelaki yang menyibuk sangat hal orang lain.
PENDENGAR SETIA
Tatkala dirinya bersedih dia hanya mahu anda sebagai lelaki menjadi seorang pendengar yang setia.Wanita sentiasa memdambakan seseorang yang setiasa ada di sisinya tak kira semasa dia senang ataupun susah. Jadi untuk memikat hatinya anda harus berkorban masa dan tenaga untuk luangkan masa bersamanya.
KONGSI MASALAH
Wanita juga suka lelaki yang bersikap terbuka dan sanggup berkongsi apa sahaja. Ya, anda mungkin merasakan sedikit vulnerable bila bercakap soal peribadi dengan wanita kerana tak ingin kelihatan lemah. Tetapi ketahuilah wanita memang suka lelaki yang boleh berkongsi masalah dengan mereka.
SENTIASA ON TIME
“Sekejap i on the way”. Itu mungkin ayat yang sering kita dengar terutama daru mereka yang ada tabiat selalu lambat. Anda jika selalu lewat ia secara tak langsung menghantar bahawa si dia bukanlah penting sangat dalam hidup anda. Walaupun itu bukanlah yang anda maksudkan tetapi jika berkali-kali lewat itu menunjukkan anda tak serius dan tak ambil peduli pun. Lelaki yang on time juga membawa mesej bahawa dia seorang yang boleh melakukan apa-apa kerja dengan cepat.
BERKORBAN UNTUKNYA
Ia bukanlah bermakna anda kerana berubah semata-mata kerana si dia. Tetapi apa salahnya jika anda ada effort untuk tinggalkan tabiat buruk untuk membuktikan anda seorang lelaki yang ada masa depan. Sebagai contoh jika anda seorang yang ketagih bermain video game hingga lewat pagi. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada karier tetapi hubungan anda juga.
PANDAI SELESAIKAN MASALAH
Lelaki yang pandai menyelesaikan masalah adalah lelaki yang sangat seksi bagi wanita. Selain boleh diharap, ini juga memberi mesej kepada mereka bahawa anda adalah lelaki yang mampu memberinya sekuriti, keselesaan dan kesenangan di masa akan datang.