Seluruh dunia kini masih berdepan dengan pandemik Covid-19. Walaupun sudah terdapat banyak negara mencatatkan penurunan kes jangkitan namun ancaman gelombang kedua masih lagi ada kemungkinan boleh berlaku.
Disebabkan itu jugalah negara kita dan banyak negara lain mula menyeru rakyat mereka untuk memakai pelitup muka apabila berada di kawasan awam dan kawasan sesak. Selain pelitup muka 3 lapisan yang popular digunakan, penggunaan pelitup muka dari fabrik juga boleh digunakan terutamanya di kalangan mereka yang tidak bergejala.
Lalu timbullah pelbagai jenis rekaan pelitup muka dengan pelbagai jenis rekaan. Jenama-jenama terkenal juga tidak ketinggalan mengeluarkan pelitup muka masing-masing dengan stujuan menggalakan masyarakat memetingkan langkah keselamatan dan pencegahan.
Namun ada juga yang mahu menjadi lain daripada yang lain. Sebuah syarikat pengeluar barang kemas telah menghasilkan pelitup muka termahal di dunia. Pelitup muka yang dihasilkan mereka tersebut turut dilengkapi hiasan daripada emas dan berlian.
Ads
Ads
Pelitup muka yang dihiasi emas 18 karat dan sebanyak lbih 3,600 berlian putih dan hitam dipadankan ke atas pelitup muka jenis N99. Ia dikatakan bernilai kira-kira USD1.5 juta (RM6.3 juta).
Memetik laporan AP, syarikat yang menghasilkan pelitup muka tersebut ialah Yvel. Pemiliknya, Isaac Levy bagaimana pun tidak mendedahkan siapakah pelanggannya yang melakukan tempahan pelitup muka tersebut. Apa yang diketahui ialah ia dari seorang ahliperniagaan berasal dari China yang tinggal di Amerika Syarikat.
Ads
Pelitup muka ini bolehlah kita anggap mempunyai fungsi dua dalam satu. Pertama untuk keselamatan dan kedua untuk menyerlahkan status kekayaan.
Ada duit semua jadi!
Jika ingin mencari pelitup muka yang murah dan pelbagai rekaan, anda boleh dapatkan di sini.
Kredit: AP
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Biasanya selepas kita makan sesuatu yang sedap seperti tempoyak atau gulai, pasti tangan berbau. Puas basuh guna sabun, baunya tetap ada. Takkan nak makan guna sudu kan? Tak feel rasa makanan tu. Ada antara kita yang membersihkan tangan dengan sabun, kemudian oles pula losen untuk menghilangkan bau hamis itu. Masih juga sama, kesan bau itu tetap bersisa.
Maskulin kongsikan dengan anda 5 bahan natural yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan bau tidak enak itu.
1. GULA Ambil satu sudu teh gula dan gosokkan pada tangan selama 2-3 minit. Kemudian bersihkan dengan air. Bukan saja bau hamis hilang, bahkan tangan tapak tangan juga akan terasa lebih lembut.
2. LIMAU Ambil potongan limau nipis atau lemon dan gosokkan perlahan-lahan pada tangan selepas dibersihkan dengan sabun. Kemudian dibilas dengan air bersih seperti biasa.
3. CUKA Gunakan hanya 1-2 sudu besar cuka dan gosok pada tangan. Urut lembut tangan dan kemudian dibilas. Selepas itu, cucilah tangan dengan sabun seperti biasa.
4. GARAM Sama seperti gula, ambil sedikit garam dan gosokkan pada tangan umpama menggunakan skrub. Biarkan seketika sebelum dibersihkan dengan air.
5. DAUN SELASIH Basahkan sedikit tangan dan gosokkan daun selasih pada tangan. Pastikan setiap bahagian yang hendak dibersihkan digosok dengan daun selasih. Selepas itu, bolehlah dibersihkan dengan air.
Mudah kan? Selepas ini, jangan tahan diri jika mahu makan makanan kegemaran anda hanya kerana ia berbau. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar , menggariskan lima faktor pendorong untuk atlet negara menyempurnakan misi dalam acara masing-masing agar kontinjen negara muncul juara keseluruhan di Sukan Sea ke-29 bermula 19 Ogos ini.
Lakukan demi sukan yang diceburi, rakan sepasukan yang memberi laluan, wira yang tidak didendang, untuk ibu bapa yang memberikan sokongan dan demi diri sendiri.
Jelas Khairy Jamaluddin, faktor ini perlu disemat dalam hati kalangan atlet untuk memastikan sasaran juara keseluruhan temasya Sukan Sea 2017 menjadi milik Malaysia.
“Lakukannya demi sukan anda. Jika sukan anda dianggap kurang popular, inilah detik terbaik untuk menaikkan profil sukan anda. Anda berpeluang menjadi idola kepada jutaan rakyat Malaysia jika anda memenangi emas dalam sukan anda. Dedahkan mereka kepada sukan anda. Wujudkan kesedaran terhadap sukan anda.
“Kedua, lakukannya demi rakan-rakan sepasukan anda yang memberi laluan kepada atlet lebih muda, atau tidak dapat beraksi akibat kecederaan.
“Ketiga, untuk wira-wira yang tidak didendang. Mereka adalah tenaga di sebalik tabir. Anda akan menaiki podium berseorangan untuk menerima sanjungan tetapi jangan lupa pasukan yang memberi sokongan kepada anda.
“Jurulatih anda, pengurus pasukan, pengurus sukan, pegawai sains sukan, pakar fisioterapi, jurulatih kecergasan, semuanya komited menyumbang kepada kerjaya anda. Mereka juga berkorban mengikut cara masing-masing.
“Keempat, lakukannya untuk ibu bapa anda. Merekalah yang mengejutkan anda seawal pagi untuk menghantar anda ke sesi latihan dan sentiasa serta tidak putus-putus memberi sokongan,” kata Khairy dalam menyampaikan amanatnya kepada 700 atlet yang menghadiri perhimpunan akhir kontinjen negara di Hotel Renaissance, malam tadi.
Khairy turut memuji semangat berkobar-kobar atlet negara dan percaya mereka sudah bersedia untuk bertanding di gelanggang.
“Saya tahu kebolehan dan kemampuan para atlet. Saya ingatkan mereka supaya buat yang terbaik untuk diri, keluarga dan semua orang.
“Saya rasa mereka memahami hakikat ini dan bukan jadi tekanan, sebaliknya menjadi motivasi dan dorongan memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan,” katanya.
Pada sidang media selepas majlis tersebut, tiga juara dunia diberi penghormatan membawa Jalur Gemilang sempena upacara pembukaan temasya Sukan Sea nanti.
“Tiga juara dunia itu ialah Cheong Jun Hoong dari acara terjun, Mohd Al Jufferi Jamari (silat) dan Azizulhasni Awang (keirin).
“Kita akan ada tiga pembawa bendera. Kesemua ketiga-tiga atlet ini adalah juara dunia. Kita bawa sedikit kelainan untuk upacara pembukaan nanti,” ujarnya.
Ramai antara kita yang lahir dalam keluarga Melayu dan beragama Islam kadangkala lupa dengan nikmat tersebut yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T.
Disebabkan itulah kita tidak akan dapat memahami apa yang dilalui oleh saudara baru yang memeluk agama Islam yang kita gelar sebagai mualaf.
Setiap seorang daripada mereka mempunyai cabaran dan rintangan yang berbeza-beza. Ada yang disisihkan oleh keluarga, ditinggalkan rakan-rakan malah kawan baik sendiri. Namun apa sahaja halangan tersebut telah mereka hadapi dengan hati terbuka demi agama Islam yang tercinta.
Ada juga yang terpaksa meninggalkan warisan harta kekayaan semata-mata ingin menjadi seorang Muslim.
Cabaran-cabaran seperti itulah yang sering kita sering dengar bila membicarakan tentang mualaf. Tapi berbeza pula dengan seorang wanita Cina yang berasal dari Singapura dikenali dengan nama Jinghan Naan di Facebook.
Menerusi sebuah posting yang telah mendapat perhatian netizen dan sehingga kini mendapat lebih 4,200 perkongsian, Jinghan Naan atau Nur Jihan Li menceritakan tentang momen bersama ayahnya yang cukup menyentuh hati.
Menerusi perkongsian itu Nur Jihan menceritakan bagaimana ayahnya yang bukan sahaja menghormati keputusannya untuk memeluk agama Islam tetapi menghormati agama yang dianuti anaknya yang tersayang.
Menerusi posting tersebut dia menceritakan bagaimana ayahnya bercakap telefon dengan seorang peniaga lelaki Melayu.
*terjemahan perkongsian tersebut
“Huh? Awak Cina? Saya fikir awak Melayu! “ “Tidak, itu anak perempuan saya.” “Tetapi anak perempuan awak memakai tudung. Awak ni Cina Muslim?” “Anak perempuan saya Cina Muslim. Dia memeluk agama Islam.” (Dia masih keliru antara Muslim dan Islam.) “Waaa! Kemudian anda membiarkan dia begitu? Tidak menghalangnya?” “Tidaklah, saya menyokong!” “Waaa, awak sangat baik, mengapa awak menyokong?”
Tambah Nur Jihan, ayahnya berasa pelik kenapa ramai orang terkejut bila mengetahui dia sudah memeluk agama Islam.
“Sebab ini sangat jarang berlaku! Kebanyakan ibu bapa tidak membiarkannya. Sebenarnya, kenapa ayah benarkan saya peluk agama Islam?” balas Nur Jihan.
Kadang-kadang saya rasa ayah seorang yang mudah. Namun, cukup mendalam.
Apa yang diperkatakan sangat masuk akal; ia tak memerlukan orang untuk berfikir terlalu mendalam. Sebenarnya ramai yang mendakwa mempunyai (pemikiran dan) kepercayaan yang sama!
Tetapi apa yang membuatkan ayah saya berbeza adalah bagaimana dia benar-benar maksudkan apa yang diperkatakannya.
Dia tidak terpengaruh dengan apa yang difikirkan masyarakat, apa yang akan difikirkan oleh saudara-saudara kami, bagaimana saya tidak boleh lagi makan BBQ kegemarannya bersamanya. Apa yang penting baginya adalah kebahagiaan saya.
Sikap toleransi dan mendahulukan keluarga membuatkan ramai netizen cukup terharu dengan perkongsian dari Nur Jihan ini.
Berikut merupakan perkongsiannya di Facebook;
Sebenarnya ini bukanlah pertama kali Jinghan menjadi perhatian masyarakat. Pada tahun 2016, Jinghan pernah muncul di dalam sebuah temu bual bersama CNA Insider yang menceritakan bagaimana dia berdepan dengan cabaran bulan Ramadan.
Nur Jihan telah berkahwin dengan seorang jejaka Melayu Singapura dikenali dengan nama Aizat.