filem dana astro finas

Sekarang ini mungkin anda semua sudah sedia maklum akan kejayaan luar biasa yang dikecapi oleh filem ‘Mail Totey The Movie’, karya YouTuber popular Syahmi Sazli. Menariknya peluang yang diberikan oleh Astro kepada Syahmi digunakan sebaik mungkin menerusi tayangan di Astro First.

Sehingga kini ia telah megaut kutipan tertinggi dalam sejarah tayangan filem di platform tersebut. Dan kini impian untuk anda sebagai pengkarya dan pembikin filem untuk mengikuti jejak langkah kejayaan ‘Mail Totey tHE Movie’ boleh tercapai.

Terbaru, Astro bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) telah mengumumkan satu kerjasama yang bakal membuka peluang kepada semua penerbit filem di Malaysia. Program yang dikenali sebagai ‘Dana Program TV/OTT’ tersebut di bawah program Dana Kandungan Digital (DKD) agihan FINAS.

Menerusi kenyataan media daripada Astro, matlamat utama kerjasama ini adalah salah satu langkah membantu syarikat perfileman dan pembikin muda di Malaysia bagi meneruskan penggambaran semula selain membayar hutang tertangguh.

Ia berikutan kebanyakan daripada penggiat seni ini tidak dapat menjalankan penggambaran selama beberapa bulan lamanya berikutan penularan COVID-19.

IKLAN

Sebanyak 10 permohonan yang berhaya akan ditayangkan di saluran Astro First. Lebih menarik lagi apabila ia turut menrima sokongan daripada aspek pemasaran dan promosi yang kreatif bagi membina jenama filem.

MEMBANTU KARYAWAN

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, “Kerjasama strategik di antara FINAS dan Astro ini menjana kepada strategi dan nilai tambah pembangunan karya filem tempatan khususnya dalam aspek pengeluaran, pengedaran dan pemameran.

“Selain itu, daripada konteks ekonomi kreatif, ini turut memberi peluang kepada penerbit menjana pendapatan melalui pemilikan hakcipta yang diberikan kepada mereka. Untuk jangka panjang, ini tentunya meransang kepada pengedaran serta pemasaran domestik dan global.”

IKLAN

Sementara itu, Naib Presiden Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad pula berkata, pihaknya dan FINAS berkongsi matlamat sama untuk membantu memperkasakan semula industri kreatif yang terjejas akibat pandemik yang menlanda sekarang.

“Astro berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama ini sebagai sebuah platform yang akan merealisasikan objektif program dengan mengangkat karya-karya kreatif, sekaligus menjana ekonomi industri perfileman tempatan.

Peluang Bikin Filem Dengan Dana Khas Kerjasama Astro & FINAS
‘Mail Totey The Movie’ merupakan contoh terbaik bagaimana sebuah filem boleh berjaya menerusi tayangan di Astro First.

“Kami menganggap ia merupakan satu contoh jalinan kerjasama untuk ‘menang bersama’ kerana membolehkan semua penggiat seni tanah air saling berganding bahu dalam terus merancakkan lagi industri dan memacu semula ekonomi dalam normal baharu.

IKLAN

“Harapan kami dengan adanya kerjasama seperti ini, ia dapat membuka ruang buat pengkarya untuk mengembangkan lagi bakat mereka. Ini sekaligus mampu memberi impak besar kepada industri dan dalam tempoh yang sama melahirkan bakat-bakat baru seperti pengarah Syahmi Sazli menerusi filem Mael Totey The Movie,” jelasnya lagi.

Jadi buat anda yang rasa ingin menjadi karyawan berkaya bolehlah mencuba nasib.

Ikuti YouTube MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=MmFHjRI5zBM&t=3s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI