Selain impak terhadp kesihatan, wabak COVID-19 juga telah memberikan kesan yang cukup besar terhadap ekonomi negara.

Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang sudah dijangka ramai takyat Malaysia akan terkesan dan terjejas pendapatan. Selain para peniaga dan juga pekerja bergaji hari, pelbagai industri telah merasa dan bakal berdepan dengan situasi sukar semasa dan selepas PKP berkakhir.

Kita sebagai rakyat Malaysia harus memainkan peranan penting dengan berbelanja di dalam negara untuk memastikan ekonomi segera pulih. Dengan bantuan kerajaan seperti Pakej Rangsanan Ekonomi Prihatin Rakyat diharap ia mampu meringankan beban ramai warga negara Malaysia.

Ramai juga yang mengambil pendekatan dengan melakukan kerja separuh masa sepanjang PKP daam industri penting. Antaranya perkhidmatan penghantaran parcel.

Kita semua pasti sudah maklum bahawa pembelian secara di atas talian telah meningkat dengan cukup mendadak sejak PKP dikuatkuasakan. Malah difahamkan Pos Malaysia menerima kira-kira 770,000 parcel setiap hari.

IKLAN

Terbaru bagi menampung penerimaan parcel yang banyak ini, Pos Malaysia telah membuka peluang kepada mana-mana individu berminat untuk bekerja part time sebagai rider mereka.

Ini merupakan berita yang baik buat mereka yang telah kehilangan pekerjaan atau tidak mendapat sebarang pendapatan. Jelas Pos Malaysia mereka memerlukan pos rider dan juga ejen sepenuh masa untuk serahan item bagi Pos Laju di seluruh negara. Dan mereka mampu menjana pendapatan hasil komisyen sehingga RM6,000.

IKLAN

Peluang Jana Pendapatan Sehingga RM6,000 Sepanjang PKP Dengan Pos Malaysia

Peluang yang dibuka oleh Pos Malaysia ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan syarat mempunyai van komersial berpanel penuh atas nama sendiri ataupun syarikat.

IKLAN

Peluang Jana Pendapatan Sehingga RM6,000 Sepanjang PKP Dengan Pos Malaysia

Selain itu, pemohon juga perlu memiliki lesen memandu GDL dan peluang ini dibuka untuk kawasan-kawsan yang telah disenaraikan. Pemohon juga harus memiliki telefon pintar.

Buat anda yang berminat boleh mendaftar sekarang di sini. Jika terdapat sebarang pertanyaan anda boleh hubingi dengan menghantar e-mel kepada Pos Malaysia di posrider2@pos.com.my.

Peluang Jana Pendapatan Sehingga RM6,000 Sepanjang PKP Dengan Pos Malaysia

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI