Walaupun sudah banyak perkhidmatan kenderaan E-Hailing yang beroperasi di Malaysia, namun masih ada lagi orang yang memerlukan perkhidmatan teksi untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Walaupun terpaksa bersaing dengan pemandu E-Hailing, sesetengah pemandu teksi ada yang jujur menggunakan meter untuk berlaku adil kepada pelanggan. Namun, ada juga masih berdegil hingga sanggup ‘sembelih’ harga yang mahal kepada pelanggan.

Tidak tahan dengan sikap negatif tersebut, seorang pemandu teksi iaitu Mohd Faiz Hashim, mendedahkan lokasi hotspot yang selalu menjadi tempat pemandu teksi suka cas harga mahal kepada pelanggan.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini:

Teksi dan Sembelih Harga

Bila ade persatuan teksi yang berjuang untuk hak pemandu. Brader memang sokong. Walaupun tak terlibat secara langsung. Benda yang baik, brader setuju aja.

Teksi Malaysia ni terutama teksi bermeter tak kiralah apa warna pun mempunyai isu yang sama. Iaitu ade segelintir pemandu yang tamak haloba tanak guna meter dan sembelih harga.

Bila GRAB masuk maka driver teksi kaki sembelih ni mula kepanasan. Income makin kurang. Bukan mereka je, driver teksi yang ikut meter pun terpalit sama.

Mula-mula dulu bukan main samseng. Tahan driver grab dan sebagainya. Sampai sekarang perangai samseng tu masih ade pada segelintir pemandu.

IKLAN

Kemasukan GRAB memberi impak yang besar pada industri teksi. Ramai yang kaki/port tambang sembelih dah berubah. Mereka dah mula guna meter. Ni pengalaman brader sendiri naik teksi kat komuter 19 Shah Alam yang dulu terkenal dengan sistem tambang ikut kepala. Tapi masih ade lagi saki baki driver teksi yang tak serik-serik sembelih harga.

Bila persatuan buat perhimpunan nak bela nasib pemandu. Driver kaki sembelih ni pun join sama. Konon nak bela nasib. Tapi pada masa yang sama masih lagi kekal perangai buruk tanak guna meter.

Semalam baru terjadi pada customer yang brader bawa. Semalam brader bawa pelancong dari Mumbai, 4 beranak. Bawa pusing-pusing dalam KL dari tengah hari sampai la jam 8pm. Last drop off di Time Square. Sebab mereka nak shoping beberapa jam. Jadi mereka tak perlukan teksi brader lagi. Lagi pun depan Time Square ada banyak teksi. Plan jalan-jalan bersambung hari ni.

Masa brader pickup family ni tadi. Si bapa bernama Mr Jeetu meluahkan kekecewannya sebab kena sembelih dengan driver teksi di Time Square. Mereka settle shopping dalam jam 10malam dan keluar nak ambil teksi untuk pulang ke hotel.

IKLAN

Tiada seorang pemandu teksi pun nak guna meter. Semua main bukak harga. Paling tinggi bukak rm45. Paling rendah rm35. Nego dapatlah rm30. Sebab malas nak buang masa terpaksa dia amik juga. Sebab wife dia kurang upaya dan memggunakan kerusi roda serta tong oksigen mudah alih. Mereka nak segera balik.

Padahal tambang dari Time Square ke hotel pada jam 10malam dengan kenderaan tak banyak. Habis kuat pun rm15. Kalau sesak sikit rm20. Kalau lampu trafik baik hati bagi semua hijau, ada gaya tambang rm12-14 je

Kalau begini lah sikap pemandu teksi. Elok la penumpang guna grab je. Biar padan muka pemandu teksi dan muka brader sekali. Bikin malu brader je semalam. Bila penumpang amik grab kau marah. Bila penumpang nak naik teksi kau sembelih cukup-cukup. Beras rumah kau dah habis ke?

Sekali lagi brader sarankan kepada anda semua yang masih sudi naik teksi. Pilihlah yang guna meter. Jangan layan mereka yang sembelih harga. Sound sekali pun bagus. Biar sedar diri. Kalau tak sedar jugak, pegi mampos la sama teksi yang sembelih harga tu. Tunggu mereputlah nak dapat mangsa.

IKLAN

Di sini brader nak share lokasi-lokasi driver teksi kaki sembelih: 

– Depan Petaling Street
– Teksi yang bersidai luar Klcc
– Segelintir yang bersidai luar pavilion.
– Depan arab street
– Bersidai depan Time Square.
– Sepanjang jalan Bukit Bintang depan KFC hingga Federal hotel.

Ingat, tak semua pemandu yang berada di lokasi yang brader nyatakan tu kaki sembelih. Pasti ade sorang dua yang jujur ikut meter. Kalau rajin, cari. Kalau tak sila ikut langkah dibawah.

Cara mudah untuk mendapatkan teksi bermeter adalah dengan menggunakan app GRAB. Pilihlah GrabTaxi. Penumpang ada pilihan taxi bajet dan taxi eksekutif. Ikut suka hati kau orang lah. Insyallah pemandu yang guna app ni biasanya ikut undang-undang. Sebab mereka takut kena ban, jadi kena ikut.

Brader dengar company e-hailing lain pun ade pilihan untuk teksi. Jadi gunakan lah.

Akhir kata, kepada yang masih percaya dengan khidmat teksi bermeter. Brader ucapkan ribuan terima kasih.

Kepada pemandu teksi bermeter. Berilah service yang terbaik. Guna la meter. Berusahalah mencari rezki yang halal. Duit tu nanti nak digunakan untuk keluarga. Kalau sumber pun haram, jangan terkejut kalau perangai anak kau macam setan gondol.

Sekian.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI