
Ahad lalu seluruh dunia terutamanya peminat sukan bola keranjang telah kehilangan seorang pemain legenda terbaik generasi ini.
Kobe Bryant bintang yang cukup terkenal dengan pasukannya LA Lakers telah terkorban dalam satu nahas helikopter. Turut terkorban bersamanya ialah anak perempuannya Gianna dan beberapa penumpang yang lain.
Beliau bukanlah calang-calang nama dalam bidang sukan tersebut. Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa dia merupakan ahli sukan yang paling popular di dunia.
Kecemerlangannya serta dedikasi sepenuh jiwa yang dicurahkan di atas dan di luar gelanggang menjadikan Kobe Bryant sebagai seorang ikon yang diangkat sebagai antara pemain terbaik pernah lahir menerusi sukan tersebut.
Jadi tidak hairanlah kehilangannya amat dirasai oleh masyarakat global. Kematian mengejut Kobe Bryant juga memberikan kesan yang cukup drastik dalam pasaran sneakers terutamanya kasut kolaborasinya bersama Nike dan Adidas.
Menurut laporan Business Insider, harga pasaran kasut kolaborasi Kobe Bryant telah melonjak naik di beberapa laman sesawang reseller seperti StockX dan GOAT.
Sebagai contoh adidas Crazy 97 EQT Kobe Bryant 1997 Slam Dunk Contest yang sebelum ini ditawarkan pada harga USD200 telah meninggkat sehingga USD1,000.
Pemergian Kobe Bryant telah secara tidak langsung memberikan kesan kenaikan permintaan lalu menyebabkan harga meningkat mendadak. Ini jelas menunjukkan ramai peminatnya yang ingin mengabadikan memori pemain diberi gelaran ‘Black Mamba’ dengan cara tersendiri.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa usahawan reselling yang enggan melakukan demikian. Jaysee Lopez yang merupakan pemilik Urban Neccessities serta nama cukup besar dalam dunia sneakers menolak sebarang tawaran tinggi.
Ia merupakan sebagai salah satu cara untuk menghormati legasi serta ahli keluarga Kobe Bryant.
Pengambilan Nikotin Bebas Asap, Solusi Dengan Risiko Jauh Lebih Rendah

Apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda bila mendengar perkataan ‘nikotin’. Sejujurnya, MASKULIN merasakan ramai di antara anda akan terus mengaitkannya dengan rokok tradisional yang dibakar.
Namun tahukah anda sekarang sebenarnya terdapat banyak produk yang mengandungi nikotin boleh diambil tanpa perlu melalui proses pembakaran seperti rokok yang dibakar?
Buat perokok yang sukar berhenti namun ingin mengharungi kehidupan lebih baik anda sebenarnya mempunyai solusi pilihan atau opsyen yang lebih baik. Ya, kebergantungan anda terhadap rokok yang dibakar boleh diatasi dengan menggantikannya dengan produk mengandungi nikotin tanpa pembakaran.
Tapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan produk nikotin dengan pembakaran?
PUNCA UTAMA PENYAKIT KRONIK
Berbeza dengan produk yang tidak mengeluarkan asap, rokok tradisional yang dibakar telah dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser, strok, penyakit paru-paru dan juga pelbagai risiko kesihatan yang lain.
Memetik laporan dari American Cancer Society asap rokok yang terhasil dari produk tembakau atau rokok yang dibakar mengandungi pelbagai jenis bahan kimia merbahaya.
Selain nikotin, di antara bahan kimia yang sering disebut-sebut oleh mereka ialah ammonia, formaldehyde, hidrogen sianida, arsenik dan juga benzene. Kebanyakan bahan kimia yang disebut itu merupakan substan yang boleh menyebabkan kanser.
Suhu yang tinggi untuk pembakaran tembakau itulah punca terhasilnya asap rokok yang mengandungi bahan kimia tersebut. Lebih menakutkan terdapat kajian menunjukkan asap rokok mengandungi lebih 6,000 bahan kimia dan kira-kira 100 daripada jumlah tersebut boleh membawa kesan negatif terhadap kesihatan.

Paling penting untuk kita fahami ialah substan tersebut terhasil dari asap rokok yang dibakar. Berbeza dengan bahan tambahan yang terdapat dalam produk tembakau lain yang tidak melalui proses pembakaran.
Berbeza rokok yang dibakar, produk bebas asap (smoke-free alternatives) rokok tidak menghasilkan asap kerana ia tiada melalui proses pembakaran tembakau. Aerosol atau wap yang terhasil jauh berbeza kerana tidak melalui proses seperti itu.
NIKOTIN BEBAS ASAP
Buat perokok yang sukar untuk berhenti mereka sebenarnya tidak perlu resah atau putus asa. Solusi yang menawarkan risiko jauh lebih rendah boleh didapati dengan produk bebas asap rokok mampu menjadi alternatif yang baik.
Pertama sekali kita harus faham bahawa nikotin merupakan substan yang diperlukan oleh mereka yang merokok. Ia merupakan bahan yang boleh menyebabkan ketagihan dan tidak bebas risiko. Tetapi ia bukanlah punca utama kepada penyakit kronik atau masalah kesihatan lain.
Produk bebas asap mampu menawarkan keperluan nikotin kepada perokok dewasa yang ingin mencari alternatif seperti yang MASKULIN nyatakan di atas. Penawaran keperluan nikotin yang lebih selamat ini dilihat mampu untuk membantu untuk mereka berhenti merokok dengan lebih mudah.
Walaupun begitu satu perkara perlu diambil tahu juga ialah kesan pengambilan nikotin yang boleh memberikan kesan farmakological seperti peningkatan denyutan jantung dan tekanan darah. Disebabkan itulah apa jua produk mengandungi nikotin tidak boleh diberikan akses kepada golongan bawah umur.
Tapi bagi perokok sukar berhenti yang ingin mencari solusi yang kurang memudaratkan dan risiko yang lebih rendah inilah di antara solusi yang realistik.
KANDUNGAN ROKOK TAR
Di antara satu lagi bahan yang selalu disebut-sebut terkait dengan rokok tradisional yang dibakar ialah kandungan rokok tar. Sama seperti kebanyakan bahan kimia merbahaya yang dihasilkan dari pembakaran, tar di dalam rokok juga terhasil dari proses tersebut.
Berbeza dengan bahan kimia lain, tar bukanlah bahan atau substan tetapi ia merupakan sisa peninggalan daripada rokok yang dibakar selepas nikotin dan air terpisah dari asap rokok. Ia telah dijadikan sebagai satu standard untuk mengukur hasil kandungan rokok.
Bagi produk bebas asap pula ia tidak menggunakan tar sebagai asas pengukuran kerana kandungan aerosol atau wap yang terhasil berbeza dengan asap rokok kerana tidak melibatkan pembakaran tembakau.
SOLUSI ‘HARM REDUCTION’ & PRODUK BEBAS ASAP
Seperti MASKULIN nyatakan di atas buat mereka yang sukar berhenti merokok tetapi mahukan solusi yang lebih rendah mudarat dan risiko, pengambilan produk bebas asap rokok adalah solusinya. Impak negatif menggunakan produk seperti ini adalah jauh lebih rendah berbanding meneruskan tabiat merokok dengan produk tembakau yang dibakar.
Pendekatan ‘Harm Reduction’ atau pengurangan kemudaratan boleh menjadi solusi lebih baik buat majoriti perokok. Kawalan penggunaan tembakau pada masa kini dan mungkin bakal diperkenalkan pada masa akan datang lebih tertumpu kepada pendekatan agar penggunanya sama ada tidak atau terus berhenti merokok.

Namun dengan pendekatan seperti ini masih ramai yang terus merokok dan tidak dapat berhenti. Oleh itu, pendekatan alternatif seperti menggunakan produk bebas asap boleh menjadi jalan yang lebih berkesan dan baik.
Tidak dinafikan produk bebas asap juga ada risikonya yang tersendiri namun sekurang-kurangnya ia kurang mudarat berbanding meneruskan dengan rokok tradisional.
Perokok dewasa yang sukar berhenti merokok tetapi mahu terus menggunakan produk mengandungi nikotin boleh menukar gaya hidup mereka kepada beberapa jenis produk bebas asap atau alternatif seperti produk tembakau dipanaskan (HTP), e-cigarette, pelekat nikotin dan juga vape.
Tidak semua produk nikotin perlu dikaitkan secara menyeluruh dengan produk seperti rokok dan ia boleh diambil dengan risiko yang jauh lebih rendah.
Ia merupakan salah satu solusi bukan sahaja kurang memudaratkan malah lebih realistik berbanding risiko produk tembakau melalui proses pembakaran.
8 Perangai ‘Mak Cik Bawang’ Yang Ramai Lelaki Ada & Sama Naik!

Betul ke kaum lelaki mempunyai sifat kewanitaan ini? Mesti ramai yang tak percaya…tetapi lelaki tidaklah sejauh mana dengan wanita apabila ia berkait dengan perkara-perkara ini:
1. Gosip
Ha! Siapa yang kata lelaki tak reti bergosip? Apabila dikelilingi dengan kaum perempuan memanglah dia cakap yang perempuan memang suka cakap belakang dan akan sentiasa berdiam diri tanpa masuk campur. Tetapi bila bab bercerita dengan teman-teman lelakinya…uishhh… cara mereka bergosip boleh kalahkan perempuan!
2. Kaki membeli-belah
Namun kurang membeli pakaian seperti wanita, apabila datangnya promosi kasut berjenama atau alat-alat elektronik habis naik gila mereka ini! Walaupun kasut itu beratus-ratus ringgit mereka pasti akan membeli beberapa pasang.
3. Suka menari seksi
Walaupun mereka ini kebanyakkan masanya kaku seperti pokok yang patah rantingnya…tetapi mereka teramat mahir dalam menggoyangkan punggung kalah Saloma.
4. Suka mandi buih
Ingatkan perempuan sahaja yang suka rileks dalam tab mandi sambil main buih, tetapi lelaki pun suka! Terutama sekali apabila mereka telah melalui hari yang mencabar.
5. Membasuh muka
Kaum lelaki juga, pada sebenarnya, suka menjaga kulit mereka – walaupun mereka tidak memiliki barang-barang kosmetik seperti perempuan. Mereka kerap basuh muka dan bukan sekadar dengan air kosong sahaja.
6. Menonton drama romantis
Percayalah, sebenarnya lelaki pun suka tengok cerita-cerita romantis. Dan kalau cerita itu teramat menyentuh hati atau mereka boleh berkait rapat dengannya, mereka pasti akan menitiskan air mata!
7. Selfie
Walaupun sukar untuk bayangkan situasi ini, tetapi lelaki memang suka ambil gambar terutama sekali apabila mereka bersama dengan teman-teman macho mereka. Mereka sanggup loncat berpuluh-puluh kali untuk dapatkan ‘perfect shot’ itu.
8. Suka memeluk dan dipeluk
Bukan sahaja perempuan suka bab ‘pelukan’ ini, lelaki pun suka! Walaupun mereka selalunya memeluk kaum wanita, tetapi mereka juga ingin dipeluk dan dibelai.
Sumber: Brightside
Nama “Kentut” Diejek, Lelaki Ini Tidak Tahan Lagi Ditertawakan

Bayangkan kalau nama anda suatu yang melucukan, pastinya menjadi bahan ejekan dan boleh membawa kepada tekanan emosi. Jadi walau apa pun nama rakan anda, janganlah sampai tertawakan tanpa henti, sila hormati dan jangan sesekali mempermainkan nama mereka.
Cerita dari negara jiran, seorang lelaki yang bernama Kentut nekad untuk menukar nama asalnya kerana sudah tidak tahan diejek dan ditertawakan oleh teman dan orang sekeliling. Malah anak perempuan juga turut terkena tempias di sekolah gara-gara nama bapanya itu.
Lelaki berusia 28 tahun ini telah membuat permohonan untuk menukar nama di Majlis Daerah Tangerang dan mendapat kelulusan dengan menukar nama baharu sebagai Hadi Ihsan.
Hadi merupakan seorang pengajar agama iaitu mengajar membaca Al-Quran dan menjual mee sup ayam. Setelah menukar nama, dia kini hidup tenteram dan penduduk kampung juga tidak lagi mengusiknya.
Dari pendapat bapa saudara Hadi pula, ibu bapa Hadi hanya sesuka hati memilih nama anak dan tidak berfikir panjang ketika itu. Bagi mereka hanya mahu melengkapkan borang pendaftaran dan pilih nama secara rambang.
Kalau kita di sini, nama selagi tak sepanjang nama karektar dalam novel cinta, mak ayah tak akan puas hati.