Tidur adalah aktiviti semula jadi untuk memulihkan diri. Badan anda akan lebih baik jika tidur secukupnya setiap malam, selain membantu mencegah lingkaran hitam di bawah mata.

Orang dewasa memerlukan waktu tidur yang secukupnya di antara tujuh hingga lapan jam sehari untuk memberikan waktu bagi otot dan fikiran beristirahat.

Manakala hormon-hormon tertentu di dalam badan dapat bekerja hanya ketika kita tidur berkualiti di malam hari, termasuk hormon pertumbuhan.

Ini merupakan kelebihan tidur secukupnya:

Artikel berkaitan: Makan Segenggam Nasi, Antara Menu Diet Lelaki Ini Turun 30kg Dalam 12 Minggu

Artikel berkaitan: Diet Untuk Bakal Pengantin Lelaki, Lepas Ini Badan Tegap & Sexy lah!

#1: Meningkatkan memori

Pemulihan Hati & Cegah Lingkaran Hitam Di Bawah Mata, Ini Kelebihan Tidur Secukupnya

Tahukah anda, fikiran kita sangat sibuk sewaktu sedang terjaga? Sewaktu tidur kita akan memperkuatkan ingatan dan mempraktikkan keterampilan yang dipelajari sewaktu terjaga. Jika anda cuba untuk mempelajari sesuatu, baik secara fizikal atau mental, maka selanjutnya anda akan mempraktikkannya. Dengan kata lain, jika anda mencuba untuk mempelajari sesuatu, maka hasilnya akan menjadi lebih baik setelah anda tidur.

#2: Umur lebih panjang

Pemulihan Hati & Cegah Lingkaran Hitam Di Bawah Mata, Ini Kelebihan Tidur Secukupnya

IKLAN

Terlalu banyak atau terlalu sedikit tidur dikaitkan dengan umur yang lebih pendek, meskipun belum jelas apa penyebab dan kesannya. Dalam sebuah kajian yang dilakukan terhadap wanita berusia 50 hingga 79 pada tahun 2010, kematian lebih banyak terjadi pada wanita yang tidur kurang dari lima jam atau lebih sedikit setiap malam.

#3: Mempengaruhi kualiti hidup

Ramai orang yang menganggap remeh dengan waktu tidur. Namun faktanya, jika anda memiliki tidur yang lebih baik, pasti anda juga akan memiliki kehidupan yang baik.

#4: Mencegah sakit jantung

Pemulihan Hati & Cegah Lingkaran Hitam Di Bawah Mata, Ini Kelebihan Tidur Secukupnya

Peradangan adalah keadaan yang sangat berkait rapat dengan penyakit jantung, angin ahmar, kencing manis, arthritis, dan penuaan. Kajian menunjukkan bahawa orang yang kurang tidur antara enam jam atau kurang setiap malam, memiliki tingkat protein inflamasi dalam darah yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan orang yang memiliki waktu tidur lebih banyak.

Penyelidikan pada tahun 2010 menemukan bahawa protein C-reaktif yang berhubungan dengan risiko serangan jantung, lebih tinggi kepada orang yang memiliki waktu tidur malam enam jam atau lebih sedikit. Orang dengan masalah insomnia boleh mengalami peningkatan tekanan darah dan peradangan dengan penggunaan ubat tidur.

#5: Lebih kreatif

Pemulihan Hati & Cegah Lingkaran Hitam Di Bawah Mata, Ini Kelebihan Tidur Secukupnya

IKLAN

Tidur yang berkualiti dapat menguatkan ingatan, balah otak juga akan mengatur dan menyusun semula memori, memberikan kita lebih kreatif. Para pengkaji dari Harvard University dan Boston College menemukan bahawa tidur dapat menguatkan komponen emosional memori yang dapat membantu dalam proses seseorang menjadi lebih kreatif.

#6: Meningkatkan prestasi olahraga

Pemulihan Hati & Cegah Lingkaran Hitam Di Bawah Mata, Ini Kelebihan Tidur Secukupnya

Jika anda seorang atlet, tidur mungkin adalah satu cara sederhana untuk meningkatkan prestasi anda. Satu kajian yang dilakukan di Stanford University menemukan bahawa pemain bola sepak di sebuah universiti yang cuba tidur sekurang-kurangnya 10 jam setiap malam selama tujuh hingga lapan minggu, kebanyakannya tidak rasa terlalu letih di siang hari dan lebih banyak memiliki stamina. Hasil kajian ini menunjukkan penemuan sebelumnya iaitu pada pemain tenis dan atlet renang.

#7: Meningkatkan kualiti akademik

Pemulihan Hati & Cegah Lingkaran Hitam Di Bawah Mata, Ini Kelebihan Tidur Secukupnya

Anak-anak yang berusia di antara 10 hingga 16 tahun yang memiliki gangguan pernafasan sewaktu tidur antaranya berdengkur dan jenis-jenis gangguan pernafasan sewaktu tidur, lebih cenderung untuk memiliki masalah dengan perhatian dan pembelajaran – menurut sebuah kajian yang dilakukan pada tahun 2010 pada Journal Sleep, sekali gus mengakibatkan “gangguan yang ketara di sekolah”. Dalam kajian lain, mahasiswa yang tidak mendapatkan tidur secukupnya memiliki kualiti yang lebih rendah daripada mereka yang cukup tidur.

#8: Memiliki berat badan yang sempurna

Pemulihan Hati & Cegah Lingkaran Hitam Di Bawah Mata, Ini Kelebihan Tidur Secukupnya

IKLAN

Jika anda berfikir tentang diet dan menurunkan berat badan, anda perlu merencanakan waktu tidur lebih awal. Pengkaji di University of Chicago menemukan bahawa orang yang diet dengan waktu istirahat yang baik, lebih banyak mengalami kehilangan lemak hingga 56% daripada berat badan.

Kajian juga mendapati bahawa orang yang mendapat sedikit tidur merasa lebih lapar. Tidur dan metabolisme tubuh dikendalikan oleh sektor yang sama dari otak, sehingga ketika anda mengantuk, hormon tertentu dalam tubuh akan naik di dalam darah dan mendorong nafsu makan.

#9: Lebih rendah (ketegangan)

Pemulihan Hati & Cegah Lingkaran Hitam Di Bawah Mata, Ini Kelebihan Tidur Secukupnya

Dalam hal kesihatan, stres dan tidur merupakan dua hal yang hampir bersatu dan kedua-duanya boleh mempengaruhi kesihatan jantung. Tidur yang cukup dapat mengurangkan tingkat stres dan dapat menjadikan tekanan darah lebih baik. Dipercayai juga bahawa tidur memiliki kesan dengan tingkat kolesterol yang berperanan penting untuk penyakit jantung.

#10: Elak daripada kemurungan

Pemulihan Hati & Cegah Lingkaran Hitam Di Bawah Mata, Ini Kelebihan Tidur Secukupnya

Tidur nyenyak tidak hanya sekadar untuk meningkatkan kualiti hati dan meredakan kemarahan tetapi juga sangat baik untuk kesejahteraan kita secara keseluruhan. Kurang tidur dapat menyebabkan kemurungan.

Tidur malam yang berkualiti benar-benar dapat membantu orang yang kemurungan dan mengurangkan rasa cemas. Anda akan mendapatkan lebih banyak penstabilan emosi jika mendapatkan tidur yang baik.

Subscribe dan tonton video Fitness dan gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI