Bagi penggemar fesyen terutamanya sneakers, nama Onitsuka Tiger pasti tidak asing lagi. Jenama yang sering terkait dengan negara asalnnya, Jepun ini cukup dikenali dengan rekaan yang bersifat timeless dan relevan sepanjang zaman.

Terbaru, Onitsuka Tiger meneruskan langkah mereka dalam ruang atmosfera fesyen pada peringkat lebih berprestij dengan buat pertama kalinya tampi di Milan Fashion Week (MFW) pada 27 Februari lalu.

Pada penampilan tersebut Onitsuka Tiger menampilkan Koleksi Musim Luruh/Dingin 2021 yang diiiringi filem digital bertajuk “UNFASHIONSHOW”.

Penampilan Pertama Onitsuka Tiger Di Milan Fashion Week 2021 Penampilan Pertama Onitsuka Tiger Di Milan Fashion Week 2021

Di bawah kendalian pereka fesyen kreatif, Andrea Pompilio, Onitsuka Tiger sebelum inimenonjolkan koleksi ready-to-wear di Pitti Immagine Uomo pada tahun 2013 dan 2014 sebelum mengambil keputusan beralih ke Minggu Fesyen Tokyo iaitu acara fesyen terbesar di Jepun.

Nama Milan bagaimanapun berkait rapat dengan jenama ini kerana ia merupakan pangkalan utama Andrea, dan Onitsuka Tiger membuka butik utamanya yang pertama di Itali pada 18 Disember 2020 di bawah naugan kreatif Andrea (arkitek: Filippo Dini).

IKLAN

Bagi jenama yang berpaksikan kepada dua teras, Tokyo dan Milan, serta mengetengahkan tema rekaan “East Meets West” (Timur Bertemu Barat), memindahkan pertunjukannya ke MFW musim ini adalah langkah paling wajar bagi memantapkan lagi gabungan ini, sekali gus mengembangkan posisi, kewujudan serta kesedaran mengenai jenama Onitsuka Tiger di pasaran.

ELEMEN MINIMALIS

Penampilan Pertama Onitsuka Tiger Di Milan Fashion Week 2021

Himpunan Musim Luruh/Dingin 2021 Onitsuka Tiger ini menggabungkan elemen rekaan minimalis dalam rona hitam dan nilon kelabu, bersama seleksi helaian yang diilhamkan dari Himlaya serta aktiviti trek era 1970-an, dengan suntikan warna terang seperti jingga, kuning dan biru neon.

IKLAN

Koleksi ini turut menzahirkan prinsip fungsi, yang menjadi tunjang kepada jenama Onitsuka Tiger, seiring dengan rekaan terperinci buatan tangan yang dihasilkan penuh teliti.

Penampilan Pertama Onitsuka Tiger Di Milan Fashion Week 2021

Helaian lapisan bulu biri-biri atau fleece menjadi antara padanan utama dalam koleksi ini, yang disatukan bersama helaian dalaman nilon radzmir dan kun alur kontra berinpirasikan gaya vintaj, yang sememangnya paduan terbaik untuk kekal hangat kala pendakian gunung di musim sejuk.

IKLAN

Koleksi ini diperkukuhkan lagi dengan kolaborasi bersama Toyoki Adachi, pereka dan pengarah artistik jenama grafik tekstil “nowartt”. Andrea Pompilio, Pengarah Kreatif Onitsuka Tiger, menggabungkan grafik tekstil Toyoki pada helaian koleksi ini, mencetaknya pada fabrik yang digunakan untuk jaket, seluar dan beg galas.

“Tumpuan khusus diberikan kepada garis PAW, pakaian trek Onitsuka Tiger daripada poliester asetat tahun 70-an, helaian ikonik, yang menghasilkan gabungan dua konsep berbeza – “vintaj x seni” dan “analog (lukisan tangan) x digital”.

Penyertaan Onitsuka Tiger di Minggu Fesyen Milan dijadualkan buat pertama kalinya bagi musim ini dengan mempersembahkan koleksi Musim Luruh/Dingin 2021 menerusi laman
sesawang rasmi national Chamber of Italian Fashion (https://www.cameramoda.it/en/milanomoda-donna/). Filem digital pula membabitkan barisan selebriti antaranya penghibur M ¥ SS KETA, penari Gabriele Esposito dan artis visual OZMO. Filem “UNFASIONSHOW” ini.

Filem “UNFASHIONSHOW” mencerminkan tiga tonggak teras yang diselaraskan dengan keperibadian jenama Onitsuka Tiger: muzik, pergerakan dan seni, yang dihidupkan melalui persembahan ketiga artis unggulan.

Jangan lupa untuk follow IG MASKULIN untuk update terkini gaya hidup lelaki!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI