“Bosanlah macam ni, diet bukan main lagi tapi badan masih tak kurus!”
Mungkin anda atau rakan-rakan terdekat pernah mengeluh seperti itu. Diakui memang agak mengecewakan jika sasaran yang diletakkan tak seperti diharapkan apatah lagi selepas berusaha bagai nak rak.
Namun tahukah anda berat badan ini juga berkait rapat dengan sistem metabolism badan berfungsi untuk membakar lemak berlebihan dalam badan.
Kadang mungkin kita melihat ada orang suka makan banyak tetapi badannya tetap kurus, perkara itu adalah disebabkan metabolisma badan mereka tinggi.
Tapi macam mana pula kita hendak mengetahui sama ada kita mempunyai kadar metabolisme yang rendah dan apa langkah yang boleh kita ambil untuk mempertingkatkannya.
Berat badan bertambah
Oleh kerana proses metabolisme adalah proses badan menukarkan apa yang kita makan dan minum menjadi tenaga, kadar metabolisme yang rendah akan menyebabkan kenaikan berat badan kerana badan kita melakukan proses penghasilan tenaga tadi secara lebih perlahan. Apabila itu berlaku, badan kita akan menyimpan lebih banyak lemak dalam badan.
Mudah letih dan penat
Individu yang mempunyai kadar metabolisme yang rendah juga mempunyai masalah mudah letih dan penat. Selain itu, simptom tersebut juga mampu menunjukkan berlakunya penurunan sel darah merah kerana kekurangan zat besi dan vitamin, yang akan menyebabkan kelihatan dan kadar metabolisme rendah.
Berat badan sukar turun
Walaupun berat badan sangat bergantung kepada jumlah kalori yang diambil, dengan mengurangkan jumlah makanan yang diambil tiba-tiba akan menyebabkan kadar metabolisme badan kita menurun, kerana badan bertindak balas menyimpan kalori sebagai tenaga. Apabila metabolisme rendah, badan kita akan lebih sukar menurukan beratnya.
Kulit kering dan merekah
Hormon yang sama membantu kelembapan kulit dan kuku juga sama dengan hormon yang mengawal kadar metabolisme. Ketidakseimbangan dapat dilihat pada kesihatan kulit dan kuku. Kulit yang kering, gatal atau berminyak, serta masalah jerawat menunjukkan kadar metabolisme seseorang bermasalah.
Rambut gugur
Rambut memerlukan nutrien yang cukup untuk tumbuh semula. Jika kadar metabolisme yang rendah memberi kesan pada nutrien rambut, rambut akan mengalami masalah keguguran ataupun menjadi kering dan kusam. Apabila itu berlaku, itu juga adalah tanda kadar metabolisme yang rendah.
Mudah rasa sejuk
Ada diantara kita yang badannya mudah berasa sejuk mempunyai kadar metabolisme yang rendah. Jika anda adalah salah seorang yang mempunyai simptom sedemikian, besar kemungkinan anda mempunyai kadar metabolisme lebih rendah perhatikan simptom-simptom lain dalam senarai ini, bagi menjelaskan lagi situasi anda.
Kurang fleksibel
Badan kita mempunyai sistem imunisasi yang sangat bergantung dengan kadar metabolisme kita.. Apabila badan kita menjadi lemah, cecair lebih mudah berkumpula pada bahagian sendiri dan otot, yang akan menyebabkan rasa tegang, lemah atau sakit pada bahagian itu.
Sentiasa perlukan gula
Badan kita akan menghantar isyarat pada kita, apabila kandungan gula rendah dalam badan kita. Ini dikawal oleh kelenjar adrenal kita yang mengawasi sistem metabolisme badan kita. Apabila kelenjar adrena badan kita gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan kita rasa mahu makanan atau minuman bergula akibat rasa letih, itu petanda sistem metabolisme kita rendahl.
Sukar fokus
Kadar metabolisme yang rendah sebenarnya memberikan kesan yang besar pada kadar konsentrasi kita. Bagaimana otak kita berfungsi, daya kita bertindak balas dan membuat keputusan, semuanya bergantung dengan kadar metabolisme kita juga.
Sakit kepala
Kerap rasa sakit kepala atau pening merupakan simptom yang mungkin berpunca daripada kelenjar tiroid kita yang kurang aktif akibat rendah kadar metabolisme. Pengeluaran tidak seimbang hormon kortisol yang mengawal kadar stres pada seseorang, disebabkan oleh kadar metabolisme yang tidak sekata juga mampu menyebabkan seseorang itu mengalami masalah migrain. Jika anda mempunyai simptom-simptom di atas, besar kemungkinan anda mempunyai masalah kadar metabolisme rendah. Masalah ini sebenarnya boleh di atasi dengan melakukan perubahan pada gaya hidup anda
4 tabiat yang mungkin menyebabkan kadar metabolisme rendah
- Yang pertama, apabila kita dengan sengaja merendahkan jumlah kalori yang kita ambil dengan niat hendak menurunkan berat badan.
- Kedua, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi. Kadar metabolisme kita menurun semasa tidur dan tanpa makanan atau minuman pada awal pagi, badan kita akan kekal dalam kadar metabolisme rendah semasa kita sudah bangun dan bersiap sedia.
- Kurang rehat akan menyebabkan badan kita mengekalkan kadar metabolisme kita pada kadar lebih rendah bagi melindungi badan kita.
- Yang terakhir dan yang paling mudah untuk kita ubah, adalah kekurangan pengambilan air dalam badanKekurangan air dalam badan akan menyebabkan suhu badan kita menurun dan badan akan bertindak balas menyimpan lemak bagi meningkat suhu badan kita semula. Minum air yang cukup akan menyebabkan kadar metabolisme kita meningkat dan pasti akan membuatkan kita rasa lebih cergas.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI