Jenama ‘HERO REMAJA’ sememangnya cukup sinonim terutamanya dalam industri seni tanah air dengan menjadi salah sebuah platform cukup dipercayai mengetengahkan bakat-bakat baharu.
Edisi terbaru yang merupakan edisi kesebelas telah pun melabuhkan tirainya pada 6 November 2021 yang lalu dengan menyaksikan pemuda berusia 23 tahun, Mierul Aiman telah dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2021.
Turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria, On Demand dan aplikasi Astro Go, finale ini dibawakan selama satu jam setengah dengan menyaksikan empat orang finalis berentap di pentas akhir.
Empat finalis untuk malam finale tersebut ialah Mierul Aiman, Aqil Taqee, Fazziq Muqris dan Afiq Hamidon. Setiap peserta finale memberikan saingan cukup sengit menerusi tiga cabaran utama.
Pada malam tersebut, mereka telah dihakimi oleh dua orang juri tetap program Hero Remaja iaitu Datuk Rosyam Nor dan Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya tanpa kehadiran juri jemputan.
Ads
CABARAN BERBEZA
Cabaran pertama menyaksikan mereka perlu menyahut cabaran sebagai pengacaraan solo secara langsung. Setiap finalis perlu menyampaikan poin berkaitan empat buah filem arahan Allahyarham Mamat Khalid yang diminati penonton tempatan selama dua minit yang diberikan.
Antara filem yang dipilih ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah (Afiq), 17 Puasa (Fazziq), Rock Oo (Aqil) dan Zombie Kampung Pisang (Mierul). Memasuki pusingan kedua, satu kelainan baharu disuntik oleh pihak penganjur dan produksi di pentas finale Hero Remaja menerusi cabaran sketsa lakonan untuk pertama kalinya dalam sejarah penganjuran.
Mereka diberikan masa selama empat minit bagi menyampaikan persembahan sketsa mengikut idea, skrip dan memilih pelakon iringan sendiri pada malam tersebut. Di sinilah momen di mana masing-masing menunjukkan kelebihan bakat mereka sebagai anak seni di samping pelakon-pelakon hebat Malaysia seperti Ruminah Sidek (Fazziq), Wan Maimunah (Mierul), Johan As’ari (Aqil) dan Wani Kayrie (Afiq).
Ads
Segmen ketiga dan terakhir menyaksikan finalis berdepan sesi soal jawab (Q&A) bersama juri tetap. Masing-masing mendapat topik mutakhir yang menjadi bualan ramai seperti mengenai golongan antivaksin (Aqil), jenaka rogol dalam kalangan rakan (Fazziq), musuh utama dunia (Mierul) dan juga sama ada remaja wajar lantang bersuara atau mendengar dengan teliti (Afiq).
PERSEMBAHAN MEYAKINKAN
Ternyata setelah mereka diadili dalam tiga segmen tersebut, Mierul Aiman mendahului lain-lain peserta dengan persembahan yang cukup menyakinkan juri serta penonton. Mierul dinobatkan sebagai juara oleh Datuk Rosyam Nor, manakala kedudukan finalis lain adalah seperti berikut; Naib Juara, Aqil Taqee; Pemenang Tempat Ketiga, Fazziq Muqris dan Pemenang Tempat Keempat, Afiq Hamidon.
Dua lagi kategori yang turut disampaikan pada malam tersebut menjadi milik Aqil Taqee bagi kategori Hero Inspirasi dan Syazani Zainal bagi kategori Hero Favourite hasil undian peminat di laman web rasmi Majalah Remaja sepanjang percarian berlangsung.
Ads
Untuk pengetahuan, sesi uji bakat Hero Remaja 2021 telah dianjurkan pada Disember 2020 secara atas talian seiring dengan norma baharu yang ditetapkan pada musim pandemik COVID-19 di Malaysia. Sesi tersebut kemudiannya disambung semula menerusi uji bakat secara fizikal dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada April 2021.
12 orang finalis terpilih kemudian diperkenalkan menerusi siri Prelude Hero Remaja 2021 sebanyak lapan episod di saluran Astro Ria, On Demand dan di aplikasi Astro Go sejak 13 Julai lalu.
Ia diikuti oleh tayangan program Hero Remaja 2021 sebanyak lapan buah episod bermula 11 September 2021. Sepanjang lebih empat bulan itu, 12 orang finalis menyaksikan pebagai cabaran utama yang perlu diharungi bagi mencungkil potensi mereka sebelum menyertai industri seni selepas ini.
Pencarian Hero Remaja 2021 turut menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai pasangan hos. Ia juga meraikan kehadiran penaja, NIVEA Men menerusi beberapa episod yang ditayangkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Salam takziah buat famili besar Ashraf Sinclair atau nama penuhnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair terutamanya kepada isterinya yang tercinta, Bunga Citra Lestari.
Pagi ini kita dikejutkan dengan berita kematian mengejut aktor yang berusia 40 tahun akibat serangan jantung awal pagi tadi di Jakarta, Indonesia.
Memetik laporan Kompas Indonesia, kematian aktor yang pernah popular menerusi filem ‘Gol & Gincu’ tersebut isahkan oleh pengurus Bunga Cita Lestari, Doddy.
Allahyarham Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Bunga Citra Lestari pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahayamata bernama Noah Sinclair.
Aktor yang kemudian turut mencipta nama di Indonesia dalam bidang lakonan sejak tahun 2008 itu juga merupakan abang kepada aktres dan hos, Aishah Jennifer dan suami kepada Yuna, Adam Sinclair. Beliau juga merupakan Naib Juara pertandingan Hero Remaja pada tahun 1997.
Sejurus berita sedih ini diuar-uarkan ribuan netizen sama ada dari Malaysia dan Indonesia membanjiri komen foto terkahir Ashraf di akauan Instagramnya.
Tidak ketinggalan selebriti terkenal yang turut berduka dan menyampaikan ucapan takziah di hantaran komen foto tersebut. Antara yang paling menarik perhatian ialah dari Laudya Cynthia Bella, Dian Sastrowordoyo, Luna Maya, Neelofa, Nora Danish, Yasmin Hani, Hunny Mady dan ramai lagi.
Al fatihah…
Foto kredit: Instagram Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memiliki tubuh badan yang sasa kini sudah menjadi ‘Trend’ di kalangan anak muda pada masa kini. Tidak terkecuali juga buat selebriti yang mula menempa nama di dalam industi hiburan tanah air melalui siri TV dan filem KAMI. Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasuddin mula menjinakkan diri di dalam dunia bina badan ini hanyalah sekadar suka-suka pada awalnya, tapi kini ia sudah menjadi salah satu rutin harian yang wajib bagi dirinya kerana memiliki fizikal tubuh badan yang sasa dapat menjadikan dirinya lebih sihat dan cergas.
Definasi Maskulin Nas-T
“Maskulin boleh dituju kepada lelaki yang bersukan ataupun seorang atlet dan lelaki yang memiliki badan yang fit dan maskular”
Bila bermula?
“Saya mula menjinakkan diri di dalam dunia bina badan ketika saya berumur 21 tahun tetapi pada awalnya ia sekadar training biasa-biasa sahaja. Selepas 10 tahun saya mula bercadang untuk teruskan perjuangan saya semula di dalam arena bina badan ini dengan lebih serius. Jadi saya mengambil jurulatih peribadi untuk mempersiapkan diri saya bagi pertandingan bina badan”
Rutin Harian?
“Bermula di awal pagi saya memulakan rutin harian saya dengan memasak dan menyediakan sendiri makanan yang sihat dan sesuia untuk membina badan. Rutin seterusnya saya akan ke gym untuk berlatih bersama jurulatih peribadi dan pada sebelah malamnya saya akan melatih client saya. dan jika ada masa yang terluang saya turut melakukan aktiviti biasa seperti shooting,menjadi dj dan boleh dikatakan masa dan jadual saya sentiasa di penuhi dengan aktiviti dan kerja”
Inspirasi dan Idola
Sazali Samad dan rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak memberikan dorongan dan nasihat.
Pertandingan bina badan
“Pada Mei 2014 saya memasuki pertandingan ‘Man Of Steel’ dan ini merupakan pertandingan bina badan pertama yang saya ceburi. Saya sertai pertandingan ini bukanlah ingin menang tetapi lebih kepada mencari pengalaman berada di atas stage dalam masa yang sama saya mula berkenalan dengan lebih ramai kawan dan otai lama di dalam arena bina badan ini yang turut banyak berkongsi tip dan nasihat untuk saya menceburi lebih banyak lagi pertandingan-pertandingan akan datang”
Tip dan Nasihat
“Untuk mendapatkan badan yang cantik diet adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan kerana 70% adalah datangnya dari pemakanan yang sihat dan 30% lagi barulah latihan di gym. Diet bukanlah bermaksud tidak menjamah makanan langsung ia lebih kepada pengambilan makan yang sihat atau clean.
Kepada beginner yang ingin berjinak di dalam dunia bina badan mestilah mendapatkan tunjuk ajar daripada orang yang berpengalaman kalau boleh jangan belajar atau mencuba sendiri sebab kita perlu kan seseorang untuk memberi bimbingan terhadap latihan senaman yang betul”
“BADAN KITA IBARAT TANAH LIAT, KENA ULI DENGAN ELOK. KALAU ULI SENDIRI TAPI TIDAK ADA PENGALAMAN NANTI JADI LAIN”
Perancangan 5 tahun akan datang
“Tak tahu apa yang akan jadi. tapi saya tahu yang saya tidak akan sesekali berhenti dari apo yang saya buat seperti belakon, dj, dan bina badan. Benda ini sudah menjadi sebahagian dari diri saya dan saya tidak akan berhenti. Kepada yang tak pernah rasa cubalah rasa sendiri bila dah rasa pasti akan suka”
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tak mengenali Nabil Ahmad. Populariti pengacara, penyampai radio dan pelakon kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini memang cukup dikenali ramai. Ketika gajinya hanya sekitar RM600 sebulan. Dengan duit itulah di membayar duit motor dan tidak pernah lupa memberi emaknya RM100, walaupun ketika hujung bulan Nabil akan mintak kembali RM50
Sikapnya yang merendah diri dan mudah mesra menyebabkan ramai peminat yang menyukai beliau. Walaupun telah popular sebaris pelawak terkenal lain, namun Nabil tetap bersikap seperti sebelum dia popular. Dari golongan tua hingga ke anak-anak kecil begitu mengenali Nabil yang cukup petah berbicara dan juga berlawak secara santai. Semua orang tahu sebelum popular seperti hari ini, Nabil bekerja sebagai budak penghantar surat.
Namun rezekinya selama itu telah bertukar apabila daripada gaji sebanyak itu menjadi RM50 ribu sebulan selepas itu. Ini adalah disebabkan ketika itu Nabil telah menyertai program realiti Raja Lawak dan rezeki menang tempat pertama untuk Musim Kedua.
Padahal menurut Nabil sebelum itu dia memang tidak poernah memegang mikrofon tetapi ketika audition, Nabil ada keberanian untuk berdiri memegang Mic dan seterusnya terpilih untuk rancangan realiti berkenaan.
Rezekinya memang telah ditakdirkan oleh Allah dan sebaik menang tempat pertama, beliau lantas dikenali dengan nama Nabil Raja Lawak. Keistimewaan Nabil adalah kerana dia mampu membuat lawak secara Stand Upper.
Dalam satu pengalamannya bercerita, Nabil memberitahu salah satu sebab rezeki murah adalah (ketika bekerja sebagai penghantar surat) dia tidak pernah melupakan ibu bapanya dan juga tidak pernah berhenti bersedekah.
Nabil teringat satu kisah di mana ketika itu dia telah berhenti untuk solat Asar di sebuah masjid di Taman Tun, Ketika itu dalam poketnya hanya ada RM2.
Memang menurutnya, duit itu memang cukup-cukup untuk mengisi minyak motor untuknya pulang ke rumah. Tetapi ketika di masjid itu ada seorang pakcik telah menahannya dan meminta sedekah. Biarpun dalam poketnya hanya ada RM2, tetapi Nabil sangggup menghulurkan RM1 untuk pakcik berkenaan. Dia hanya ada RM1 untuk mengisi minyak dan bertawakal agar boleh selamat sampai di rumah. Menurutnya memang dia sampai di rumah tetapi motornya terpaksa ditolak.
Tersentuh hati admin memdengar cerita Nabil. Begitu mulia hatinya untuk bersedekah walaupun tahu dia juga tidak mempunyai wang yang cukup. Itu ceritanya sebelum Nabil popular seperti hari ini. Walaupun kini namanya berada di puncak populariti, tetapi admin rasa sikap Haji Nabil ini tetap seperti dulu. Sepanjang bergelar artis juga Nabil tidak pernah tinggal untuk berdoa dan bersedekah.
Bercerita soal doa, Nabil memberitahu betapa mustajabnya doa ketika hari Arafah.
Ini pengalamannya ketika mengerjakan haji dua tahun lalu. Penyanyi Hazama telah meminta Nabil untuk mendoakan kesejahteraan emaknya yang ketika itu dalam keadaan kritikal dan mahu menjalani pembedahan jantung.
Sebagai seorang sahabat yang baik, Nabil yang ketika itu berada di Arafah segera memanjatkan doa untuk kesejahteraan ibu Hazama yang ketika itu kritikal.
Alhamdulillah, dua hari kemudian Hazama memberitahu pembedahan ibunya itu berjaya dan betapa mustajabnya doa seseorang itu ketika berada di Arafah. Ini kerana waktu itu adalah paling sesuai untuk berdoa kerana Allah berada dekat dengan kita waktu itu.
Subhanallah betapa besar kelebihan kita berbuat baik dengan ibu bapa dan mengamalkan sikap berdoa. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Melihat. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan membalasnya dengan cara paling baik. Insya-Allah
Lawak-lawak juga, tapi perkongsian Haji Nabil memang penuh dengan isi…..Video tentang jual kereta yang dia menang Raja Lawak, dan jadikan rumah untuk mak ayah ada di sini: https://www.facebook.com/therohani/videos/1187629504672360/Kredit: Nabil Ahmad dan Online Majlis Ilmu. Pautan video penuh di YouTube OnLine Majlis Ilmu (https://www.youtube.com/watch?v=5Thbf2kxthY)
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.