Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini telah menunjukkan angka yang sangat memberangsangkan dari hari ke hari. Sehingga 21 Julai 2021, sejumlah 15,517,866 dos vaksin telah diberikan untuk penduduk di Malaysia dengan 10,584,885 untuk dos pertama dan selebihnya dos kedua.
Saban hari kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia sering menyatakan bahawa jalan keluar yang terbaik untuk kita semua bebas dari belenggu wabak ini ialah dengan pemdapatkan imuniti kelompok dengan kadar segera.
Untuk itu, kerajaan menyasarkan 80% orang dewasa di negara kita perlu mendapatkan vaksin.
Selepas diberikan secara berperingkat yang bermula dengan frontliner, warga emas dan kini orang ramai, program PICK ini dilaporkan akan diteruskan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 tahun ke atas. Untuk rekod, program PICK sebelum ini hanyalah untuk 18 tahun ke atas sahaja.
Memetik laporan Sinar Harian, Pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera. Perkara tersebut disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) pada Rabu.
Ads
Untuk peringkat permulaan hanya pelajar yang lahir pada tahun 2003 dan akan menyambung pelajaran ke luar negara akan diberikan keutamaan. Selain itu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai penyakit berisiko tinggi atau komobiditi juga akan diberikan keutamaan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
Ads
Diharapkan ibu bapa dan penjaga akan menyahut seruan kerajaan dalam usaha kita mendapatkan vaksinasi bagi seramai orang yang mungkin. Kejayaan program vaksinasi ini akan menjadi kunci untuk negara kita memutuskan penularan dan belenggu daripada wabak merbahaya ini.
Jangan lupa follow dan subscribe YouTube & Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ini la yang dinamakan hobi hingga ke akhir hayat, seorang lelaki yang meninggal dunia tidak dikebumikan dalam keranda, sebaliknya mayatnya diletakkan dalam kereta. Mungkin kita sering mendengar tentang wasiat yang ditinggalkan seseorang sebelum meninggal dunia. Tapi wasiat yang ditinggalkan oleh lelaki ini memang betul-betul rare.
Dalam kejadian di utara China, tindakan ini dilakukan kerana wasiatnya, menurut laporan.
Menurut laman web Kankan News, Qi, seorang lelaki pencinta kereta dari bandar Baoding, wilayah Hebei telah meminta dirinya dikebumikan di dalam kereta jenis Hyundai Sonata berwarna perak miliknya, apabila dia meninggal dunia, laporkan laman berita Sohu pada Rabu.
Dalam video yang disiarkan di Weibo, kereta itu kelihatan digantung dengan tali sebelum perlahan-lahan diturunkan ke dalam lubang kubur yang besar dari saiz biasa.
Penduduk kampung hanya menyaksikan upacara itu, dengan beberapa orang daripada mereka membantu menahan kenderaan itu ketika ia diletakkan di dalam lubang.
Video itu telah dilihat lebih 1.6 juta kali pada petang Khamis.
“Ia adalah permintaannya, yang mana dia menyatakan mayatnya tidak memerlukan keranda, hanya guna keretanya untuk dikebumikan,” kata seorang penduduk yang tidak didedahkan identitinya dalam video tersebut.
“Dia minat kereta sejak kecil.”
Pengguna Weibo membanjiri ruangan komen.
“Nasib baik si mati hanya minat dengan kereta,” tulis seorang pengguna.
“Saya minat pesawat, apa yang akan saya lakukan?” kata seorang lagi, sementara pengguna ketiga bergurau: “Minta pemilik kubur bawa lesen memandu, polis sangat tegas sejak akhir-akhir ini.”
Ramai yang telah membuat spekulasi tentang apa yang akan berlaku jika kereta itu digali suatu hari nanti. -South China Morning Post
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kadar sewa rumah meningkat, takut mahu sebilik dengan orang yang tak dikenali, tiada kenderaan untuk kemana-mana. Ini antara alasan yang diberikan kepada mereka yang masih tinggal bersama ibu bapa walaupun sudah bekerja. Tidak salah. Malah, lebih beruntung kerana masih mendapat layanan dari mereka. Namun, pasti kamu semua merasa perkara-perkara yang kurang menyenangkan bila tinggal bersama mereka. Mungkin 7 perkara ini antara yang pernah kamu rasai.
1. TIADA PRIVASI
Sudah pasti bila kamu tinggal bersama ibubapa kamu, nikmat privasi itu mungkin kamu tidak pernah rasa. Manakan tidak, setiap 10 minit pintu bilik kamu diketuk, terutamanya ibu kamu. Bukan itu sahaja, malah mereka boleh keluar masuk bilik kamu sesuka hati. Apabila umur sudah mencecah 20-an, diri sudah mula memberontak untuk mempunyai masa sendiri. Tetapi, jika kamu tinggal bersama ibubapa, bukan sahaja masa privasi kamu dicuri, malah barang-barang kamu juga bisa disentuh dan dipindahkan, Kadang-kadang tanpa kebenaran kerana mereka masih lagi menganggap kamu di bawah jagaan mereka.
2. NAK TGK TV?MMG TAK DAPATLAH
Pasti kita semua mempunyai racangan tv yang kita suka. Ada diantara kita menunggu lama semata-mata untuk menonton rancangan kesukaan. Malangnya, apabila kamu tinggal bersama ibubapa kamu, jangan haraplah untuk kamu dapat menonton apa yang kamu suka. Mereka lebih cepat dari kamu, dan sudah tentu, masa lapang kamu akan hanya duduk di bilik. Boleh jadi, jika kamu mahu menonton drama Hero Seorang Cinderella, akhirnya kamu terpaksa menonton rancangan masak, pilihan ibu kamu. Ataupun dokumentari, pilihan bapa kamu. Best?
3. KERJA RUMAH
Walaupun kamu sudah bekerjaya, dan kadang-kadang kamu penat bila pulang ke rumah, pasti ada arahan yang akan diberi oleh ibu ataupun bapa kamu. Mereka ini bukanlah mahu membebankan kamu, cuma mereka hanya menganggap kamu sudah besar dan boleh membantu mereka. Tapi bukan satu kerja rumah, mungkin dua ataupun lebih dari itu. Mungkin kamu berasa penat dan marah, tapi dah mereka suruh, takkan lah nak kata ‘TIDAK’?
4. KAMU MASIH KECIL
Oleh kerana kamu tinggal bersama mereka sejak kecil, walaupun sudah besar, namun ibu dan bapa kamu masih menganggap kamu masih kecil. Contohnya, bila kamu pulang lewat sedikit lepak bersama kawan, mereka sudah mula mencari. Lihat di notifikasi “Missed Call” saja sudah ada 50 panggilan. Itu belum lagi mesej dari mereka. Jadi perkara ini mungkin merunsingkan kamu. Tidak berasa bebas. Kadang-kadang ada juga yang suruh pulang awal terutamaya jika kamu perempuan.
5. JANGAN BERANGAN UNTUK BERPARTI
Perkara yang paling tak best bila kamu tidak boleh bersosial bersama kawan kamu di rumah. Bukan tidak boleh, tetapi rasa kurang selesa untuk membawa mereka ke rumah. Nak pula kalau ibubapa yang jenis ingin tahu, boleh jadi mereka dengan perbualan kamu dan rakan-rakan. Untuk membawa rakan datang ke rumah membuatkan kamu harus fikir berkali-kali mengenainya. Jadi akhirnya pelan untuk bersosial terbantut.
6. PERILAKU MEREKA YANG KURANG MENYENANGKAN
Bila usia semakin meningkat, banyak perkara yang kita tidak bersependapat dengan mereka, Contohnya mengenai dekorasi bilik, dan sebagainya. Kadang-kala kamu merasakan kamu tinggal dalam dunia yang bukan milik kamu. Mana tidaknya, kamu selalu mendengar mereka berdengkur, mendengar mereka berborak tentang perkara yang sepatutnya kamu tidak perlu tahu dan paling teruk, kamu sudah kenal jiran-jiran mereka di sekeliling rumah kerana mereka selalu mengajak jiran datang ke rumah. Atau kata lain, bergosip. Terutamanya kaum ibu, kadang kala mereka ini terlalu sayangkan kamu sehinggakan isu jodoh pun dia mahu carikan untuk kamu. Contohnya, “Anak orang sebelah tu baru balik dari London. Cantik. Single lagi. Nak mak tanyakan?” Nah! Satu lagi tamparan hebat untuk kamu!
7. ROSAK MOOD
Kamu akan rasa tertekan lebih daripada budak yang berumur 13 tahun sedangkan kamu sudah pun melewati usia 20-an. Segala pelan kamu mungkin terpaksa dibatalkan kerana mereka. Itu boleh membuatka mood kamu rosak, dan bila mood kamu rosak, mungkin akan ada sedikit pergaduhan bersama ibubapa kamu.
Sebenarnya, tinggal bersama ibubapa ini adalah satu kelebihan untuk kita, Bukan hanya boleh meluangkan masa bersama, malah ikatan kemesraan kamu lebih akrab. Apa yang untung, makan minum dan segala perihal diri kamu dijaga penuh rapi. Cuma, apabila tinggal bersama mereka, kamu harus sabar, sabar dan lebih sabar! Ini kerana kadang-kadang ketidaksefahaman antara kamu dan mereka boleh menimbukan konflik. Jadi bersabarlah dan sentiasalah bersyukur.
Tetapi jika kamu sudah mula berasa beban dan runsing, cari jalan penyelesaian kamu. Keluar dari rumah itu dengan cara yang baik, dan pelan sebaik mungkin tentang masa hadapan kamu.
Apa-apapun, sayangilah ibu-bapa kita!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada hemat saya, Maskulin itu merujuk kepada tiga perkara pokok.
Keterampilan – Bagaimana seorang lelaki itu menjaga dirinya dari hujung kepala hingga ke hujung kaki iaitu soal penjagaan rambut, sosok badan yang menarik dan pemilihan pakaian seharian.
Sifat – Dia bersifat charming dan cool. Harus punya aura yang tersendiri yang tak dipunyai orang lain. Jika dipandang orang, mesti menarik perhatian mereka untuk memandangnya berulang kali.
Kesihatan – Lelaki Maskulin mesti sihat tubuh badan luar dan dalam. Bila menyebut soal kecergasan, ia bukan sekadar kekuatan, malah dia juga perlu endurance (ketahanan). Kedua-dua ini harus dimiliki.
MASKULIN : MENGAPA MAHU MENGUBAH CORAK KEHIDUPAN?
Saya mula aktif dalam dunia kecergasan apabila saya sedar, saya disahkan menghidap penyakit darah tinggi pada tahun 2010. Ketika itu saya berusia 23 tahun. I used to be fat. Sejak itu, saya tergerak hati merubah kehidupan saya supaya menjadi seorang yang baru. Saya tidak mahu lagi kembali menjadi diri saya yang dahulu. Pada tanggal lapan Oktober tahun yang sama, saya nekad untuk berubah dan meneruskan gaya hidup yang sihat sehingga ke hari ini.
MASKULIN : KISAH OBESITI ANDA?
Sedari kecil, saya kuat makan. Saya tidak pernah mengawal pemakanan saya. Saya kira, corak pemakanan memainkan peranan yang sangat penting kerana ia menyebabkan saya terjebak dalam permasalahan ini, selain kurangnya kesedaran. Sewaktu zaman universiti, saya sangat aktif dengan perbahasan dan pidato. Saya mempunyai kekuatan untuk berkata-kata akan tetapi, saya merasa seperti ada satu hal yang tidak mencukupi. Saya sedar, tak kira betapa bagusnya hujah yang saya lontarkan, saya tidak dapat menangkap perhatian orang dek kerana penampilan saya. Realitinya, orang akan memandang penampilan terlebih dahulu. Dari situ saya sedar saya perlu ada karisma.
MASKULIN : RUTIN HARIAN ANDA?
Sebelum solat subuh, saya akan berlari minimum 10-15 kilometer sebelum ke pejabat. Pada waktu petang selepas pulang kerja pula, saya akan terus ke gimnasium atau ke kolam renang untuk bersenam. Seterusnya, pada malam hari, saya akan melatih pelanggan kecergasan saya. Tepat jam 10 malam, saya akan masuk tidur kerana setiap hari saya akan bangun pukul 5 pagi. Itulah rutin harian saya.
MASKULIN : SIAPAKAH INSPIRASI ANDA?
Ikhwan Nor. Bagi saya, dia mempunyai pakej lengkap yang saya idamkan. Dia seorang peragawan antarabangsa juga atlet lari pecut kebangsaan. Punya MBA Master Degree, dia juga seorang usahawan. Kini dia membuka gimnasium di Kemaman, Terengganu. He got looks, fitness and brain.
MASKULIN : TIP
Winners never quit and quitters never win. Kejayaan itu bukanlah hanya sekadar pilihan, tetapi ia satu kemestian. Apabila kita pegang kata-kata hikmah ini, nescaya kita akan cuba berbuat sesuatu perkara dengan kapasiti sehabis baik. Sehingga sampai satu titik kata, hanya Tuhan yang menentukan.
Nasihat saya, jangan fikir kecergasan itu boleh kamu perolehi dalam jangka masa bulan-bulan. It takes time. Harus ingat, kecergasan bukan sekadar untuk mendapat tubuh badan yang sasa, namun ia juga memberi kesihatan buat tubuh. That’s the ultimate goals of fitness.
MASKULIN : AKAN DATANG?
Saya mahu menempa jenama nama saya sendiri iaitu ‘Ridwan Mustafa’s Fit, Fun and Fabulous’. Ia merangkumi ketiga-tiga perkara yang saya pegang dalam hidup saya. I want people to have fun while work out. Bila kita lakukan sebarang kecergasan tanpa paksaan, keputusan bakal lebih menyerlah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.