Rasanya sekarang ini semua orang sudah tahu tentang K-pop. Tak kiralah tua atau muda isitlah K-pop kini bukan lagi perkara yang asing.

Atau setidaknya seseorang itu tidak terasing membayangkan K-pop dengan industri muzik daripada Korea Selatan.

Negara kita juga mempunyai jumlah peminat K-pop yang sangat ramai. Walaupun majoritinya peminat K-pop ini terdiri daripada wanita namun kini jumlah peminat lelaki MASKULIN perhatikan semakin bertambah.

Pengalaman Konsert K-Pop ‘GFRIEND’ Dari Kaca Mata Seorang MASKULIN
Tak jemu MASKULIN memandang kecantikan enam orang ahli GFRIEND di majlis sidang media sebelum konsert.

Ini terutamanya pengikut atau peminat kepada grup wanita terkenal. Sebagai contoh ketika kunjungi grup K-pop wanita nombor satu dunia BLACKPINK beberapa bulan lalu, MASKULIN dapat saksikan sendiri peminat lelaki memang ramai.

Jadi adakah ini satu fenomena baru peminat genre ini di Malaysia? Sebenarnya ia bukanlah satu perkara baru cuma sejak kebelakagan ini jumlah peminat grup wanita Korea semakin bertambah.

Hujung minggu lalu MASKULIN sekali lagi berkesempatan menerima jemputan eksklusif daripada penganjur konsert terkenal negara,MACPIEPRO untuk menyaksikan sebuah lagi grup wanita K-pop popular, GFRIEND. Konsert eksklusif mereka di Malaysia ini dikenali dengan nama ‘2019 GFRIEND ASIA TOUR in Kuala Lumpur’.

Pengalaman Konsert K-Pop ‘GFRIEND’ Dari Kaca Mata Seorang MASKULIN

Difahamkan konsert menampilkan grup dianggotai 6 orang ahli ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah Asia mereka.

IKLAN

ANTARA PALING POPULAR

Buat anda yang mungkin kurang kenal dengan GFRIEND, mereka dianggotai 6 gadis comel iaitu Sowon, Yerin, Eunha, SinB, Yuju dan Umji. Mungkin nama mereka hanya popular di kalangan penggemar muzik K-pop di sini. Namun apa yang MASKULIN tahun GFRIEND merupakan antara top 5 grup wanita paling popular di Korea.

Konsert pada malam tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati berlangsung cukup teratur. Soal keselamatan juga diambil dengan cukup teliti oleh pihak penganjur. Setiap beg yang ingin dibawa masuk ke dalam stadium diperiksa.

Pengalaman Konsert K-Pop ‘GFRIEND’ Dari Kaca Mata Seorang MASKULIN

Syabas MASKULIN ucapkan kepada pihak penganjur yang betul-betul serius tentang soal keselamatan. Penonton juga mengikut arahan dengan baik daripadapihak keselamatan. Ia satu perkara yang positif harus dibanggakan terutamanya di kalangan peminat muda.

IKLAN

PERSEMBAHAN MEMUKAU

MASKULIN dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa kira-kira 4,300 orang penonton telah memenuhi Stadium Melawati. Peminat GFRIEND yang dikenali dengan nama Buddies dilihat sangat teruja menyaksikan persembahan penuh bertenaga daripada mereka.

Pada konsert yang cukup istimewa buat peminat mereka, GFRIEND membawakan sebanyak 25 buah lagu dengan antaranya lagu-lagu hit seperti ‘Me Gusta Tu’, ‘Love Whisper’, ‘Navillera’ dan ‘Hope’.

Pengalaman Konsert K-Pop ‘GFRIEND’ Dari Kaca Mata Seorang MASKULIN

Dari pengamatan MASKULIN juga bolehlah disimpulkan bahawa produksi konsert GFRIEND ini antara yang terbaik pernah ditonjolkan terutamanya dari segi pengcahayaan serta sistem bunyi yang sangat berkualiti.

IKLAN

MASKULIN menjangkakan pada masa akan datang lebih ramai lelaki akan menjadi peminat grup wanita K-pop. Tidak salah untuk seorang lelaki meminati grup K-pop terutamanya grup wanita yang serba berbakat seperti GFRIEND. Peta muzik global kini sudah berubah dans etiap orang bukan lagi terhada kepada sesetengah genre muzik sahaja.

5 PERKARA LELAKI WAJIB TAHU TENTANG KONSERT K-POP

1. Peminat mereka biasanya akan mengadakan fan-project istimewa untuk idol mereka. Sebagai contoh memegang sepanduk sama beramai-ramai.

2. Mereka juga mempunyai ‘jeritan’ istimewa untuk grup pujaan yang dikenali sebagai ‘fanchant’.

3. Ramai juga ibu bapa mengiringi anak-anak mereka menyaksikan konsert.

4. Boleh dikatakan setiap grup K-pop mempunyai lightstick tersendiri dan ia dipasang peminat sepanjang konsert.

5. Selain nyanyian kebiasaannya konsert K-pop akan menghidangkan sesi interaksi dengan penonton yang lain daripada yang lain.

Foto: MACPIEPRO

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI