Cuba tanya golongan remaja yang kini berada di bangku persekolahan pada masa kini tentang apakah cita-cita mereka apabila meningkat dewasa. Jangan terkejut jika ada yang memberi jawapan ingin menjadi seorang influencer atau pempengaruh.
Pendedahan dengan dunia digital atau lebih tepat laman media sosial pada usia yang muda menjadikan kewujudan seseorang influencer itu mempunyai impak yang semakin hari semakin besar dalam masyarakat.
Dalam era dunia digital masa kini, salah satu perkara yang tidak dapat kita nafikan ialah pengaruh dari laman media sosial.
Influencer dengan jumlah pengikut yang besar sedikit sebanyak memainkan peranan penting dalam membentuk pandangan dan tingkah laku masyarakat. Jadi tidak hairanlah mengapa jenama-jenama produk berpusu-pusu ‘memburu’ mereka kerana inginkan pendedahan di platform besar boleh mereka tawarkan.
Namun, timbul persoalan, adakah influencer mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat?
IMPAK INFLUENCER
Pertama seseorang influencer harus sedar tentang impak mereka terhadap masyarakat. Apabila dianggap sebagai influencer mereka tidak dapat lari dari menjadi tumpuan ramai.
Mereka bukan sekadar individu yang berkongsi kandungan untuk hiburan tetapi dianggap sebagai role model kepada ramai terutamanya generasi muda. Apa yang mereka kongsi boleh mempengaruhi nilai, norma dan keputusan orang lain.
Ads
Oleh itu, mereka harus bertindak dengan penuh tanggungjawab, memastikan bahawa kandungan yang dikongsi adalah bermanfaat, positif dan tidak mengandungi unsur-unsur negatif.
Selain itu menjadi seseorang yang ada sifat transparansi dan kejujuran adalah kunci. Percayalah mereka yang hidup dalam pembohongan tidak akan bertahan lama. Lihat sahaja sejarah yang tidak pernah membohongi kita.
Dalam dunia yang penuh dengan iklan dan pemasaran, penting bagi seseorang influencer untuk jujur tentang apa yang mereka promosikan. Mereka harus jelas membezakan antara kandungan yang dibayar dan pendapat peribadi mereka. Ini tidak hanya memupuk kepercayaan dengan pengikut tetapi juga memelihara integriti dalam industri.
Ads
PENGARUH BESAR
Dari segi mempromosikan perkara-perkara positif juga mereka boleh menjadi ‘pemain utama’. Influencer boleh bertindak sebagai agen perubahan positif.
Dengan menggunakan platform yang luas mereka berada dalam kedudukan unik untuk mengadvokasi isu-isu penting seperti kesihatan mental, kelestarian alam sekitar dan keadilan sosial seperti mana yang sedang berlaku di Palestin sekarang.
Mereka boleh menggunakan pengaruh mereka untuk mendorong perubahan positif, memberikan kesedaran, dan mendorong tindakan dalam kalangan pengikut mereka.
Seterusnya aspek kesihatan mental diri sendiri juga sangat penting. Tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna dan keperluan untuk terus relevan boleh mempengaruhi kesihatan mental influencer.
Mereka harus mengutamakan kesejahteraan diri dan tidak ragu untuk mengambil rehat atau mencari bantuan profesional apabila perlu.
Akhirnya, influencer harus ingat bahawa mereka adalah sebahagian daripada masyarakat. Mereka harus menggunakan pengaruh mereka untuk membina masyarakat yang lebih baik, bukan hanya untuk keuntungan peribadi. Dengan kekuatan media sosial, mereka mempunyai peluang unik untuk membuat perbezaan yang positif.
Jadi mahu atau tidak, influencer mempunyai tanggungjawab besar terhadap masyarakat. Mereka harus menggunakan pengaruh mereka dengan bijak, menjaga integriti, dan menjadi suara untuk perubahan positif.
Dengan cara ini, mereka bukan hanya membina jenama yang berjaya, tetapi juga membantu membentuk masyarakat yang lebih baik dan lebih sihat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat pengemar nescafe, memang tak sempurna satu hari kalau tak dapat menghirup secawan nescafe ni. Tapi kalau yang tak biasa membuat dan membancuh air ni memang la tak menjadi. Tapi kalau korang nak rasa nescafe ala barista kat cafe-cafe ‘mewah’ tu buat.Sila cuba resepi ini.
Berikut merupakan perkongsian beliau…
Salam 1 jemaah nescafe…saya tak pandai masak.
Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ketagih dah..boleh la sikit2, berbekalkan pengalaman kerja distarbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera aku.
Kalau korang nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap!
Tapi nescafe ni power, macam panadol. Juling bijik mata kalau minum. Untuk seorang minum.
Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya..
Mintak maaf ya, aku paling tak suka 3 in 1 tu…kite menci 3in1
Kepada penagih sekalian alam….Kalau boleh sehari sekali dua cukuplah…jangan gelas besar..280 – 325ml pun dah ok. Asal hilang ketagih…sebab tu perut kau buncit tak kempis2…yang disalahkan, nasi…kesian nasik
Bahan- bahan (1 gelas)
1 sudu nescafe
4-6 sudu kecil susu cair
1 1/2- 2sudu kecil susu pekat manis
Air panas mendidih
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan nescafe, susu cair dan susu pekat manis. Kacau rata.
2. Warna bila dicampur dan dikacau. Waktu ni bau macam dekat starbucks kononnya…hahaha.
( Jangan risau, ini just nice dan tak manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.)
3. Kemudian tuangkan air yang betul-betul panas mendidih.
4. Siap! Sedia untuk dinikmati.
Nota:
1. Kalau nak rasa macam Almond Latte, letak 1 sudu minyak kelapa dara.
2. Resipi ini adalah untuk hidangan seorang.
Kredit resipi & gambar: Wan LuQman
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sempena musim cuti tahun 2023, jenama mewah Coach tampil dengan koleksi pakaian dan beg tangan wanita demi memenuhi kehendak acara atau aktiviti yang mengisi musim cuti anda. Para jejaka mungkin boleh mempertimbangkan koleksi ini sebagai hadiah untuk pasangan atau wanita yang disayangi dalam hidup anda. Mana tahu, ia mampu menyerlahkan lagi nikmat percutian anda.
Wear Your Shine
Tampil berani dan bergaya dengan koleksi yang bersinar ini. Beg dan kasut dari koleksi ini pastinya sesuai digayakan ke majlis yang ekslusif.
Glimmering Sequin
Jika sinaran sahaja tidak mencukupi, mungkin sentuhan gemerlapan labuci mampu menyerlahkan lagi penampilan anda. Beg dan gaun dipenuhi labuci ini pasti bakal menarik perhatian mata untuk memandang.
Cosmic Collection
Untuk yang sukakan pengembaraan dan galaksi, koleksi ini mungkin sesuai untuk anda. Tampil ceria dengan beg dengan corak yang comel, ia pasti membuatkan sebarang urusan percutian anda lebih menyeronokkan.
All Black
Pamakaian warna hitam yang klasik tidak pernah gagal untuk membuatkan sesorang tampak berkelas tinggi. Ia juga warna yang paling selamat dan pastinya sesuai untuk kebanyakan acara.
Shearling
Jika anda merancang untuk ke kawasan bermusim sejuk, jangan lupa untuk mempertimbangkan koleksi ini. Bukan sahaja tampak bergaya, ia juga mampu memberi kehangatan serta melindungi anda dari suhu yang rendah agar anda sentiasa selesa melakukan aktiviti.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Oh ya, baru sahaja 2017 menjengah tidak sampai beberapa minggu, namun trend fesyen kian laju berubah. Siapa sangka kini penampilan rambut si jejaka juga menjadi trend fesyen yang tidak boleh diambil mudah. Ada sahaja gaya perlu menepati ciri-ciri tertentu untuk kekal tampan. Kami sediakan beberapa bingkisan gambar trend rambut lelaki 2017 dari seluruh dunia. Kalau ada yang sesuai untuk si kekasih atau suami, boleh lah culik mereka ke kedai gunting rambut!
Potongan Caesar
Potongan rambut seperti ini menyerlah sisi rahang/jawline si pemuda dan membentuk lagak berani. Menarik lagi potongan ini memberi efek kacak pada si dia yang mempunyai jambang. Sisi tepi rambut dicukur nipis, kemudian dibahagian atas dibiarkan tebal dan sedikit mencecah atas dahi. Sekali tengok, gaya ini ada beri gaya macho dan manja.
Stail Perm
Tidak terlalu panjang, tidak terlalu pendek. Potongan rambut seperti ini sesuai dengan lelaki yang mempunyai rambut tebal dan lebat. Bagi yang ingin sesuatu yang baharu, anda boleh menambah sedikit gelombang pada rambut dari efek perm. Terdapat banyak jenis potongan untuk dijadikan pilihan, pastikan ianya sesuai dengan bentuk wajah sahaja. Medium perm atau high medium, mana-mana pun okay!
Belah tengah dan berombak
Sudah tidak ramai lagi mengenakan gaya rambut belah tengah, kedengaran seperti ketinggalan zaman pun ada. Namun ia kembali menjadi pilihan dengan memberi gaya seksi pada rambut dengan berombak pada hujung rambut. Anda perlu berhati-hati dengan panjang rambut anda, penulis bagi dua contoh untuk rambt belah tengah dengan rambut sederhana panjang dan panjang.
Korean bang
Ya, pada peminat drama Korea atau K-pop pasti tahu rambut gaya ‘bang’ tidak pernah hilang pada aktor kesayangan anda. Cuma sekitar pengakhiran 2016 dan awal 2017, gaya rambut ini diberi nafas baru dengan guntingan bertingkat dan disisip sedikit kebahagian tepi. Tidak seperti sebelum ini yang hanya potongan lurus menutupi dahi. Lihat contoh dibawah.
Pendek dan fringe
Tampak lebih kurang dengan stail rambut perm tapi yang ini bukan perm ya. Ini potongan pendek dan halus pada rambut atas. Gaya fringe memberi efek basah atau wet look pada di penggaya. Namun pada jejaka yang berambut kerinting elakkan memotong gaya ini kerana ia tidak berapa sesuai untuk anda.
Gaya yang manakah menjadi pilihan untuk si dia? Untuk penulis sendiri, penulis suka kembali kepada yang klasik iaitu belah tengah dan berombak!
sumber: www.wanista.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.