Saban tahun Samsung sentiasa menghasilkan dan memperkenalkan peranti pintar yang bukan sahaja memiliki spesifikasi terbai malah rekaan yang lebih segar. Itulah yang ditampilkan oleh telefon pintar terbaru mereka Galaxy S21 Fan Edition 5G.

Bertempat di ibu negara semalam, MASKULIN turut menyertai pelancaran telefon pintar tersebut yang menyaksikan pengenalan yang cukup istimewa.

Menurut Samsung Malaysia Electronics, Galaxy S21 FE 5G mimiliki ciri-ciri spesifikasi seperti produk flagship popular mereka Galaxy S21 namun hadir dalam pakej yang lebih ceria dan meriangkan.

Edisi khas ini seakan-akan sebuah penghargaan atau ‘surat cinta’ dari Samsung kepada peminat setia jenama mereka.

Pengenalan Samsung Galaxy S21 FE 5G Umpama ‘Surat Cinta’ Buat Penggemar Jenama Mereka

SPESIFIKASI TERBAIK

Di antara aspek spesifikasi unggul yang turut disertakan pada peranti ini ialah rekaan yang lebih segar, prestasi mantap, camera bertaraf pro-grade dan tidak ketinggalan sokongan ekosistem sambungan yang sensasi.

IKLAN

“Pengguna dan inovasi merupakan fokus utama Samsung dan kami faham bahawa impak inovasi teknologi mobil telah merovolusikan komunukasi manusia,” jelas Presiden Samsung Malaysia Electronics, Edward Han.

Jelasnya lagi, Samsung turut teruja dengan sambutan yang sangat menggalakkan diberikan oleh pengguna menerusi model FE sebelum ini seperti Galaxy S20 FE yang diperkenalkan tahun lalu.

Pengenalan Samsung Galaxy S21 FE 5G Umpama ‘Surat Cinta’ Buat Penggemar Jenama Mereka

IKLAN

“Sebab itulah tahun ini, Samsung akan berikan segala yang terbaik untuk Galaxy S21 FE 5G. Pengguna akan merasai peranti yang bukan sahaja dengan kamampuan premium tetapi sebagai sebuah penghargaan buat mereka,” tambahnya lagi.

Tulang belakang utama yang mencetuskan pengenalan Fan Edition ini adalah pengguna Samsung itu sendiri. Menerusi pelbagai pendapat, perkongsian serta pengalaman menggunakan peranti Samsung telah memberikan maklum balas cukup berharga buat Samsung.

Pengenalan Samsung Galaxy S21 FE 5G Umpama ‘Surat Cinta’ Buat Penggemar Jenama Mereka

IKLAN

KOMITMEN UNTUK PEMINAT

Hubungan secara dua hala di antara mereka dan pengguna telah merealisasikan pengenalan peranti istimewa seperti ini. Disebabkan itu jugalah Samsung melihat kelahiran model Fan Edition sebagai inisiatif dua hala bersama peminat dan juga mereka sebagai sebuah jenama terkenal antarabangsa.

Pengenalan Samsung Galaxy S21 FE 5G Umpama ‘Surat Cinta’ Buat Penggemar Jenama Mereka

Pengenalan Galaxy S21 FE 5G juga dikatakan oleh Smasung sebagai bukti komitmen mereka dalam memberikan pengalaman serta menyediakan peranti pintar mengikut kemahuan pasaran. Model Galaxy S21 FE 5G kini sudah menerima pra-tempah bermula hari ini, 6 Januari sehingga 10 Januari 2022 menerusi Samsung Experience Stores, rakan niaga dan juga laman sesawang rasmi Samsung Malaysia Online.

Pengenalan Samsung Galaxy S21 FE 5G Umpama ‘Surat Cinta’ Buat Penggemar Jenama Mereka

Tawaran untuk trade-in dan overtrade juga disediakan. Maklumat lanjut anda boleh dapati menerusi laman sesawang ini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI