House photo created by jcomp - www.freepik.com

Sepanjang bulan November ini, MASKULIN dengan berbesar hati ingin mengajak anda semua para lelaki dan juga wanita untuk mendapatkan lebih kesedaran terhadap bahaya kanser prostat. ‘MASKULIN Shavember’ hadir seiring dengan kempen ‘no sahve November’ dan bakal diisi pengisian yang cukup bermanfaat untuk kita semua.

Buat anda pembaca MASKULIN yang terdiri daripada lelaki, cuba tanya diri sendiri. “Sejauh manakah aku tahu tentang kanser prostat?”.

Tahukah anda pengesanan awal kanser prostat mampu memberikan signifikasi serta perubahan sangat besar. Kanser prostat boleh dirawat jika dikesan dari awal. Malah pertausan untuk sembuh juga sangat tinggi.

Walaupun punca utama bagaimana kanser ini boleh berlaku masih lagi dalam kajian namun terdapat beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk mengesannya lebih awal.

IKLAN

CEGAH ADALAH JALAN TERBAIK!

Berdepan apa jua jenis penyaki cara terbaik untuk tanganinya ialah melakukan langkah pencegahan. Ia dalah jalan yang paling baik! Bagaimana kita menjalani kehidupan seharian dengan gaya hidup serta corak pemakanan juga mampu memberikan impak cukup besar. Terdapat beberapa langkah pencegahan boleh kita ikut:

  • Pencegahan boleh dilakukan dengan sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa. Jika rasa ada yang tidak kena, lakukan pemeriksaan kelenjar prostat yang teliti.
  • Sentiasa amalkan pemakanan yang seimbang dan kurangkan memakan makanan segera yang mengandungi pelbagai bahan perasa tiruan.
  • Amalkan gaya hidup yang sihat seperti sentiasa bersenam, tidur yang mencukupi dan menjaga kesihatan mental.

FAKTOR YANG DIKETAHUI

Setakat ini terdapat tiga faktor utama yang boleh menyebabkan atau meningkatkan pembentukan kanser prostat.

IKLAN
  • Pertama –  peningkatan usia. Lelaki berusia 50 tahun ke atas mempunyai risiko lebih tinggi berbanding kela sumur yang lain.
  • Kedua – faktor genetik keluarga
  • Ketiga – faktor hormon testosteron yang tinggi. Ia dipercayai boleh mempercepatkan pembentukan kanser prostat.
Pengesanan Awal Mampu Elak Anda Jadi Pesakit Serius Kanser Prostat #MaskulinShavember
Kredit Ilutrasi: Kementerian Kesihatan Malaysia

SIMPTOM KANSER PROSTAT

Seperti yang MASKULIN nyatakan di atas, kanser prostat mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom pada peringkat awalnya. Namun jika munculnya sipmtom seperti di bawah, segeralah dapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan secepat mungkin.

IKLAN
  • Masalah buang air kecil
  • Kerap buang air kecil
  • Kurang tekanan ketika membuang air kecil
  • Terdapat darah dan juga semen ketika kencing
  • Kaki menjadi bengkak
  • Rasa tiddak selesa di bahagian pelvis dan bahagian belakang badan
  • Sakit ketika mengalami ejakulasi
  • ‘Tenaga dalaman’ menurun dengan mendadak atau mati pucuk

PERKARA PENTING PERLU ANDA TAHU

  • Kemungkinan untuk sembuh daripada penyakit kanser prostat lebih tinggi sekiranya ia dapat dikesan pada peringkat awal
  • Kesan bagi setiap indvidu menghidap kanser prostat adalah berbeza dan pelbagai. Ia bergantung kepada tahap penyakit
  • Salah satu faktor mempegngaruhi kesan sampingan selepas rawatan adalah umur, faktor kesihatan dan kehadiran penyakit lain

PERINGKAT KANSER PROSTAT

  • Peringkat 1 Kanser melibatkan <5% kelenjar prostat
  • Peringkat 2 Kanser melibatkan >5% kelenjar prostat
  • Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani)

Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, nodus limfa pelvik atau bahagian lain terutamanya tulang

Semoga lelaki di Malaysia mempunyai kesedaran yang lebih tinggi terhadap risiko kanser prostat. Sama-sama kita menjaga kesihatan demi diri, keluarga dan masyarakat. Lakukan pengesanan dengan lebih awal!

Kredit: myhealth.gov.my

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI