Kita kini masih lagi berjuang untuk menghentikan penularan wabak COVID-19. Sejak tahun lalu kita telah mengalami beberapa gelombang jangkitan dan yang terbaru merupakan antara paling kritikal.
Selain mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, kita juga boleh membantu kerajaan dengan mendaftar dan mengambil vaksin yang penjadualannya telah bermula di seluruh negara.
Akan tetapi terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah cuba membantutkan usaha program vaksin kebangsaan ini dengan pelbagai dakyah serta informasi yang tidak tepat.
Ini terutamanya dari golongan antivaksin yang bukan sahaja tidak mempercayai kajian saintifik tetapi cuba mempengaruhi orang lain.
Ads
Bagi menangani perkara ini kerajaan telah memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut orang ramai agar tidak mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
BOLEH DIDAKWA
Perkara ini ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang berkata tiada keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bagi menangani golongan penghasut antivaksin.
Ini kerana katanya undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia boleh dikuatkuasakan ke atas golongan berkenaan.
Ads
“Semasa darurat berkuat kuasa ketika ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga telah mewujudkan satu ordinan darurat berkaitan anti fake news dan di bawah undang-undang ini kerajaan boleh ambil tindakan,” katanya pada sidang media mengenai pemberian Saguhati Warga Parlimen Kota Bharu yang telah menerima suntikan vaksin semalam.
FOTO AWANI
Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan belum membuat keputusan mengenai cadangan untuk mendenda individu yang gagal menghadiri janji temu vaksin COVID-19. Jelasnya, dasar kerajaan buat masa ini adalah bahawa suntikan vaksin bersifat bebas dan sukarela.
Ads
“Namun, kami mempunyai Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 dan Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19, (keduanya) yang menangani masalah vaksin. Terserah kepada jawatankuasa untuk mengambil tindakan atau tidak.”
Buat anda yang masih ragu-ragu tentang vaksin, dapatkanlah informasi dari sumber yang sahih dan tanya kepada mereka yang pakar sahaja. Sama-sama kita berganding bahu untuk menghalang penularan wabak ini daripada melumpuhkan negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Merupakan salah satu buah yang sangat terkenal dengan kandungan nutrisinya di seluruh dunia. Buah tersebut berasal dari India Utara, Pakistan, Iran dan Afghanistan. Selain itu, buah ini juga boleh didapati di Malaysia, Asia Selatan, California, Afrika dan lain-lain. Buah ini berwarna oren kekuningan, merah ataupun ungu. Isinya pula berwarna merah jambu dan mempunyai biji yang kecil. Rasanya manis berjus.
Buah delima juga popular dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana ia mempunyai kandungan yang sangat baik untuk badan. Perkara ini telah diamalkan sejak beribu tahun yang lalu!
– Dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Penelitian dijalankan American Journal of Clinical Nutrition, mendapati antioksidan dalam delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
– Dapat mencegah dan mengubati barah. Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati pelbagai jenis barah. Jus delima dapat menghancurkan sel barah payudara dan mengaktifkan sel sihat. Ini kerana ekstrak biji delima kaya dengan polifenol yang berupaya memulihkan leukemia.
– Ia merencatkan barah paru-paru dan prostat. Dalam penelitian terhadap 50 lelaki yang minum 205 gram jus delima setiap hari didapati melambatkan ukuran perkembangan barah prostat.
– Buah delima dikatakan mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer. Kajian dijalankan ke atas tikus yang diberi minum jus delima menunjukkan sel aktif meningkat.
– Kandungan gula dalam delima bertindak sebagai ‘penggosok’ untuk menyingkirkan sel kulit mati. Hasilnya kulit segar dan muda.
– Kulit buah delima boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Kulitnya yang dijemur dikisar dan digunakan bersama sedikit air perahan limau nipis.
– Dapat menghilangkan kejang kaki yang biasa dihadapi wanita hamil.
– Bagi ibu mengandung, delima baik diambil kerana kandungan asid folik tinggi mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit bibir sumbing pada bayi.
– Ketika membeli delima, pilih buah yang berat dan kulitnya bersih tanpa cela serta tidak merekah.
– Boleh dibeli banyak kerana ia tahan enam bulan dalam peti sejuk.
1) Mengandungi zat besi, kalsium, folforus dan vitamin
Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.
2) Mempunyai khasiat anti-radang.
Dalam perubatan Cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunakan buah delima. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu kebahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.
3) Buah delima mengandungi antioksidan
Buah delima mengandungi antioksidan. Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser dan penyakit jantung.
4) Mencegah Penyakit Jantung
Buah delima dapat melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
5) Menurunkan Kadar Kolesterol
Buah delima dapat Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
6) Mencegah Kanser
Buah delima dapat Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
7) Mencegah Alzheimer
Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studio, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
8) Buah delima Sumber nutrisi
Sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
9) Melindungi hati dan ginjal
Penelitian terbaru menunjukkan bahwa ekstrak delima mencegah kerosakan ginjal dan melindungi ginjal dari racun berbahaya. Selain itu, delima juga melindungi hati Anda dan membantu untuk meregenerasi hati yang mengalami kerosakan.
10) Buah delima dapat memberikan zat dan menyegarkan badan
Buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kalau anda jenis yang liat untuk membersihkan muka. Anda perlu ubah tabiat buruk anda itu.
Kajian menunjukkan cara terbaik untuk mengawal minyak berlebihan adalah dengan membersih dan memastikan wajah bersih pada setiap masa. Penting untuk membersihkan muka 2-3 kali sehari untuk mencegah liang tersumbat, jerawat dan sebagainya.
Carilah pembersih muka yang bebas minyak. Sabun berubat juga berguna untuk membersihkan kulit berminyak. Bagaimanapun, jangan membersihkan muka dengan kasar kerana ini akan menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak.
Carilah produk yang mengandungi satu atau lebih bahan-bahan ini:
Salicylic Acid, Tea tree oil, Neem, Turmeric dan madu.
Adalah penting untuk memastikan kulit berminyak mengelupas sebanyak satu atau dua kali seminggu. Ini merupakan salah satu tips penting. Sebum berlebihan mengakibatkan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit sekaligus menyebabkannya berjerawat, bintik hitam atau putih dan kulit menjadi kusam.
Untuk membuang kotoran dan sel-sel kulit mati ini dan dalam masa yang sama memperbaharui permukaan kulit anda, menyental muka dengan skrub perlu dijadikan sebahagian rutin dalam penjagaan kulit. Sekali lagi diingatkan, kita perlu menyental wajah dengan lembut dan bukan dengan cara yang keras.
Selepas menggunakan skrub, ia perlu disusuli pula dengan penggunaan topeng muka (face mask). Topeng muka ini perlu dibuat secara mingguan bagi kesan yang optimum.
Kita boleh mendapatkan topeng muka yang mengandungi tanah liat seperti kaolin atau bentonite kerana bahan ini akan menyerap minyak yang berlebihan secara perlahan-lahan.
Kita juga boleh buat sendiri topeng muka menggunakan bahan semulajadi berikut seperti:
Seterusnya adalah amat mudah iaitu menggunakan toner tanpa alkohol untuk membersihkan kulit muka secara konsisten pada tiap-tiap hari.
Ia dapat membantu dalam menghilangkan minyak yang berlebihan sekaligus membuang kotoran degil dari kulit kita. Pastikan jenama toner yang digunakan adalah bebas alkohol untuk kesan yang terbaik mengawal sebum dan tidak merosakkan kulit.
Kepercayaan yang popular di luar sana bahawa kulit berminyak tidak memerlukan pelembap. Namun begitu, ia sebenarnya adalah sebaliknya.
Kulit berminyak memerlukan pelembap dan hidrasi kerana pengelupasan kulit akan menyebabkan kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengganti minyak yang telah dibuang.
Namun, kita mesti pastikan pelembap muka yang digunakan mestilah berasaskan air dan bebas minyak.
Ramai lelaki yang mempunyai masalah kulit berminyak tidak mahu atau takut untuk memakai krim pelindung matahari kerana berasa bimbang wajah kelihatan berminyak dan tidak menarik.
Akhirnya, timbul masalah lain seperti berjeragat, berjerawat, pigmentasi dan lain-lain akibat daripada kesan pancaran matahari ke atas kulit. Pilihlah krim pelindung sinaran matahari yang berasaskan gel agar kulit muka anda dapat dilindungi dari sinar ultra ungu.
Tinggalkan makanan manis dan makanan ringan. Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit dan membuang toksin.
Jangan lupa untuk makan sekurang-kurangnya sebiji buah-buahan setiap hari dan sayur-sayuran hijau dalam diet kita. Semua ini akan membantu untuk mengawal pengeluaran minyak oleh kulit supaya tidak berlebihan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Walaupun bukan faktor utama, penampilan dan gaya hidup yang sihat juga memberi impak terhadap daya tarikan seseorang.
Lelaki yang menjaga diri dan aktif dalam pelbagai aspek kehidupan sering kelihatan lebih menarik.
Sikap bertanggungjawab dan kematangan dalam membuat keputusan adalah kualiti yang dihargai oleh ramai wanita.
Kemahiran bermain gitar tidak akan membawa makna jika lelaki tersebut tidak serius dalam hubungan.
Lelaki yang pandai bermain gitar sememangnya memiliki daya tarikan tersendiri, terutama kerana kreativiti, keyakinan dan kemampuan mereka untuk menghibur.
Namun, daya tarikan ini hanyalah salah satu daripada pelbagai aspek yang dinilai dalam hubungan.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.