Image by lifeforstock on Freepik

Bagi anda yang tinggal di kediaman jenis teres terutamanya penggunaan penghawa dingin atau aircond kediaman merupakan satu keperluan sangat penting. Apa tidaknya dengan keadaan cuaca di negara kita yang kerap kali panas boleh menyebabkan rasa bahang tidak selesa.

Penggunaan penghawa dingin kini sudah seakan menjadi keperluan. Jadi sebagai lelaki adalah menjadi tanggungjawab anda untuk pastikan penghawa dingin kediaman sentiasa berfungsi dengan baik.

Penghawa Dingin Kediaman Kuat Berbunyi Bising, Salah Satu Puncanya Kipas Rosak Atau Pecah
Image by Freepik

Namun jika ia mula mengeluarkan bunyi yang kuat apa perlu anda lakukan? Penghawa dingin yang tidak berfungsi dengan baik boleh mengeluarkan bunyi bising yang kuat.

Bukan sahaja ia mengganggu anda malah boleh menyebabkan jiran-jiran juga turut terkesan. Selain itu, fungsi penghawa dingin juga tidak akan berada pada tahap yang baik.

Terdapat beberapa sebab dan punca mengapa penghawa dingin kediaman berbunyi bising. MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari aircondku.com yang menyenaraikan beberapa punca yang boleh anda kenal pasti sendiri.

Berikut merupakan beberapa puncanya;

Ads

KEDUDUKAN AIRCOND TAK BETUL

Pemasangan aircond pada kedudukan yang tidak sesuai boleh menyebabkan ia tidak diketatkan dengan baik dan longgar. Jika dibiarkan lama ia akan bergegar lalu menyebabkan bunyi bising.

KIPAS PECAH

Bunyi bising juga boleh berlaku jika berlaku kerosakan pada kipas penghawa dingin. Kerosakan yang dimaksudkan di sini ialah bilahnya pecah atau patah. Jika tidak ditukar dan digunakan juga maka bunyi bising akan terhasil.

UNIT INDOOR KOTOR

Faktor penjagaan kebersihan penghawa dingin juga memainkan peranan penting. Juka unit indoor AC kediaman ada kotor ia boleh jadi punca penyebab bunyi bising. Kebiasaannya unit indoor berada pada kawasan daun kipas (IDU) di mana ia perlu dibersihkan secara berkala.

Penghawa Dingin Kediaman Kuat Berbunyi Bising, Salah Satu Puncanya Kipas Rosak Atau Pecah
Image by master1305 on Freepik

FREON TERGANGGU

Anda bunyi bising berterusan anda juga boleh memeriksa peredaran Freon. Jika tidak beredar dengan betul ia boleh menyebabkan bunyi bising terhasil. Sirkulasi freon juga akan terganggu.

Ads

BELT LONGGAR

Kerosakan belt indoor yang ketara juga boleh menjadi punca mengapa penghawa dingin mengeluarkan bunyi sangat bising.

MOTOR KIPAS TIDAK BERPUSING

Di antara punca lain boleh anda pertimbangkan ialah apabila kipas outdoor tidak berputar dengan sebaiknya.

SAMBUNGAN ELEKTRIK

Nampak seperti perkara asas namun masih ramai yang tidak sedar ia boleh membuatkan aircond anda berbunyi bising dengan teruk. Periksalah sambungan di segenap penghawa dingin kediaman anda.

Ads

KEROSAKAN TERMOSTAT

Kerosakan pada termostat juga boleh jadi puncanya. Jika ia tidak berfungsi dengan sebaiknya maka bunyi yang kuat akan terhasil.

BEARING KOMPRESSOR LONGGAR

Apabila bearing termostat longgar dan tidak dipasang dengan betul bunyi kuat boleh terhasil. Jadi periksalah jika rosak ganti yang baharu dengan segera.

FAKTOR USIA

Tengoklah usia penghawa dingin anda sudah berapa lama. Jika rasa macam perlu tukar, buatlah dengan segera agar hidup anda dan orang sekeliling aman dan damai.

Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN dan follow TikTok MASKULIN ya!

Sumber: aircondku.com

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI