Memetik laporan yang dikeluarkan oleh statisca.com, dianggarkan 19% atau kira-kira seorang daripada lima individu dewasa di seluruh dunia merupakan pengguna tembakau melalui produk yang dibakar seperti rokok. Malah terdapat sebanyak lima buah negara di dunia di mana 40 peratus populasi dewasanya merupakan perokok yang tegar.

Melihatkan perkembangan yang cukup membimbangkan, pelbagai pendekatan serta pengenalan solusi diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini. Salah satu inisiatif yang cukup popular dan giat diperkenalkan sekarang ialah Tobacco Harm Reduction (THR) atau Pengurangan Kemudaratan Tembakau.

Sememangnya, pilihan terbaik untuk seseorang perokok adalah untuk berhenti merokok. Namun ia tidaklah semudah yang disangka. Rata-rata perokok mendapati mereka sangat sukar untuk berhenti merokok.

Justeru, inisiatif serta strategi kesihatan awam seperti THR telah diperkenalkan khususnya buat individu yang tidak mahu berhenti merokok dan sekali gus memberikan mereka pilihan yang lebih baik dengan bertukar kepada produk yang kurang memberikan kemudaratan.

Inisiatif yang diperkenalkan oleh THR adalah untuk membantu perokok yang tidak mahu berhenti merokok di mana mereka kini diberikan pilihan yang lebih baik untuk bertukar kepada alternatif yang kurang memudaratkan seperti rokok elektronik dan produk tembakau yang dipanaskan (Heated Tobacco Products, HTP).

Pengurangan Kemudaratan Tembakau Dengan Produk Alternatif, Mampu Baiki Hubungan Anda Bersama Orang Tersayang & Tingkatkan Tahap Kualiti Hidup
Antara contoh produk HNB yang mampu mengurangkan kemudaratan.

TANPA SEBARANG PEMBAKARAN

Berbeza dengan rokok biasa yang dibakar dan mengeluarkan asap, produk alternatif seperti HNB (IQOS dan lil Solid) cuma menghasilkan wap nikotin berperisa. Satu perkara perlu kita fahami dan sangat penting ialah nikotin tersebut bukannya menjadi penyebab utama penyakit berkaitan merokok.

Ini kerana penyakit berkaitan dengan merokok seperti kanser paru-paru adalah disebabkan oleh asap rokok yang diketahui mengandungi lebih 6,000 bahan kimia.

Disebabkan produk HNB seperti IQOS dan lil Solid cuma memanaskan tembakau yang tersedia dan diadun pada suhu di bawah 350 darjah tanpa sebarang pembakaran maka ia tidak menghasilkan abu atau mengeluarkan asap.

IKLAN

Bukan itu sahaja, tahap bahan kimia berbahaya dapat dikurangkan dengan cukup signifikan berbanding rokok biasa yang melibatkan proses pembakaran. Turut dikenali sebagai ‘heated tobacco product’ (HTP), pengenalan teknologi ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Jepun pada tahun 2016.

PENDEKATAN THR INISIATIF TERBAIK

Bagi MASKULIN, pendekatan THR merupakan salah satu inisiatif terbaik bagi membantu perokok yang tidak mahu berhenti merokok dalam merendahkan risiko penyakit berkaitan dengan merokok seperti kanser paru-paru.

Sebagai lelaki, pengenalan produk seperti HNB, e-cigarette dan vape mampu memberikan signifikasi cukup besar dalam kehidupan seharian anda. Namun begitu terdapat perbezaan ketara di antara produk HNB dan juga vape atau e-cigarette.

Berbeza dengan vape dan e-cigarette kaedah pemanasan solusi e-liquid mengandungi nikotin serta perasan, produk HNB pula menyaksikan tembakau dipanaskan dalam suhu spesifik dengan menggunakan sistem kawalan pemanasan untuk mengelakkan ia dibakar.

IKLAN

Oleh itu, kebelakangan ini ramai orang dah mula beralih kepada produk HNB seperti IQOS dan lil Solid. Contohnya, @syafuqrasyid beralih ke lil Solid untuk mengurangkan kemudaratan pada diri serta keluarganya.

Pengurangan Kemudaratan Tembakau Dengan Produk Alternatif, Mampu Baiki Hubungan Anda Bersama Orang Tersayang & Tingkatkan Tahap Kualiti Hidup
Kredit: syafiqrasyid

Buat anda lelaki yang mungkin kini berusia pertengahan 30-an mempunyai keluarga bersama anak kecil dan masih merokok, berubahlah kepada produk berbentuk HNB di mana ia mampu mengubah hidup anda menjadi lebih baik dan berkualiti.

Ia boleh menjadi langkah terbaik buat anda yang berdepan kesukaran untuk berhenti merokok dan dalam masa yang sama mengurangkan kemudaratan seperti yang dibawa oleh rokok biasa.

Selain faktor risiko kesihatan yang lebih rendah, penggunaan produk alternatif ini juga mampu memberikan banyak manfaat dalam kehidupan seorang lelaki. Berikut merupakan beberapa kelebihan yang anda boleh rasai bila bertukar kepada produk seperti dinyatakan di atas.

IKLAN

TIADA LAGI NAFAS BERBAU

Tidak perlu tanya kepada orang lain, cuba anda sendiri yang hidu bau nafas anda selepas merokok. Pastinya anda sendiri tahu betapa kurang enaknya bau.
Penggunaan produk alternatif bukan sahaja lebih selamat malah mampu ‘menyelamatkan’ bau nafas anda. Dengan nafas yang lebih segar anda juga akan disenangi oleh orang lain.

HUBUNGAN LEBIH MESRA

Pengurangan Kemudaratan Tembakau Dengan Produk Alternatif, Mampu Baiki Hubungan Anda Bersama Orang Tersayang & Tingkatkan Tahap Kualiti Hidup

Mungkin selama ini anda sendiri tidak perasan bahawa isteri atau pasangan berkerut wajah bila mereka mendekati anda. Bukan hanya pada nafas tetapi bau busuk dari pembakaran rokok juga melekat pada baju serta badan.

Menggunakan produk alternatif pula sebaliknya tidak akan memberikan anda masalah tersebut. Bertukar kepada produk alternatif secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan mesra anda bersama pasangan.

DISENANGI RAMAI

Percaya atau tidak golongan perokok sebenarnya kurang disenangi oleh orang lain terutamanya yang deria bau mereka cukup sensitif. Faktor utamanya adalah disebabkan bau busuk melekat pada nafas dan badan mereka berpunca dari asap rokok.

Penggunaan produk alternatif pula tidak akan mendatangkan masalah seperti ini, kerana produk alternatif seperti produk HNB tidak menghasilkan sebarang asap. Sebagai lelaki di tempat kerja anda pasti mahu senang untuk didekati oleh rakan sekerja dan juga majikan.

Dengan bertukar kepada produk HNB secara tidak langsung anda dapat mengelak daripada asap rokok yang mengandungi pelbagai toksin. MASKULIN berpendapat anda juga dapat mengurangkan risiko berdepan penyakit serius yang selama ini dikaitkan dengan asap rokok.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI