Dalam dunia perniagaan proses penjenamaan semula merupakan satu praktis yang cukup biasa dilakukan. Apatah lagi jika ia melibatkan kerjasama dari dua entiti komersial yang cukup dikenali ramai.

Itulah yang diterjemahkan oleh operator rangaian maya mudah alig (MVNO) pertama di negara, redONE Network Sdn Bhd yang menjalinkan kerjasama startegik bersama Prasarana Integrated Sdn Bhd. Kerjasama ini menyaksikan penglibatan penjenamaan semul Stesen LRT KL Sentral.

Ia diberi nama baharu bersempena perjanjian kerjasama ini sebagai Stesen LRT ‘KL Sentral redONE’. erjasama strategik selama lima tahun bersama Prasarana Integrated Development Sdn Bhd.

Kerjasama ini melibatkan Hak Penamaan Stesen antara redONE dan Prasarana bertujuan untuk meningkatkan kehadiran jenamanya kepada pengguna di Lembah Klang.

Setelah Stesen KL Sentral dinamakan semula sebagai stesen LRT KL Sentral redONE, perjanjian ini membolehkan redONE mempamerkan jenamanya kepada audien yang lebih besar di Lembah Klang di samping membantu meningkatkan kesedaran khususnya dalam kalangan pengguna pengangkutan awam.

Ads

Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus, melahirkan rasa teruja dengan kerjasama bersama Prasarana, “Perkongsian ini membolehkan kami memajukan jenama kami dengan lebih jauh kepada berjuta-juta pengguna yang melalui stesen itu setiap hari dan seterusnya mengukuhkan kehadiran kami di Lembah Klang.

Penjenamaan Semula Stesen LRT KL Sentral, Kini Dikenali Dengan Nama ‘KL Sentral redONE’

“Kami sangat menyokong pengangkutan awam dan mengurangkan kos sara hidup pengguna, kerana itulah, di redONE, kami menyediakan pelan pasca bayar mampu milik dari serendah RM8 sebulan,” tambahnya lagi.

Ads

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Developement Sdn Bhd, Fa’izah Khairuddin pula berkata, kolaborasi atau kerjasama ini menandakan satu kejayaan baharu bagi syarikat mereka.

“Dengan bergabung tenaga bersama redONE, kami yakin akan meningkatkan pengalaman keseluruhan untuk berjuta-juta penumpang dan pengembara sambil membuka jalan baharu untuk keterlihatan jenama dan penglibatan bagi MVNO terbesar di ASEAN.

Ads

“Kami mengharapkan perkongsian berjaya yang akan membentuk landskap masa depan pengangkutan awam di Lembah Klang,” jelas Fa’izah.

Pada tahun 2022,redONE memperkenalkan kempen redRIDER kerjasama dengan Rapid KL untuk mengalakkan pengangkutan awam. Menerusi kempen berterusan penumpang berpeluang memenangi telefon pintar percuma dan barangan eksklusif redONE setiap bulan.

Penumpang bertuah menaiki MRT Rapid KL, LRT atau monorel dengan token keretapi redONE istimewa hanya perlu mengimbas kod QR pada token untuk memenangi hadiah menarik.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI