Pentingkan Aspek Keselamatan Ketika Bergambar, Ini Beberapa Tip Hiking Buat Beginners

Share

Kecoh baru-baru ini seorang pelajar lelaki meninggal dunia kerana dipercayai sesak nafas ketika melakukan aktiviti hiking di Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Mangsa dipercayai melakukan aktivti hiking menerusi lalui denai bukit berkeanaan dan mengalami sesak nafas sebelum rebah di Kawasan itu.

Pekara ini menyebabkan ramai pihak bimbang dan takut untuk mendaki bukit, tapi jangan risau. Di sini kami berikan beberapa tip hiking untuk kamu yang baru berniat untuk jinak-jinakan diri dalam bidang ini.

1. Pilih kasut yang sesuai

Pemilihan kasut sangat penting ketika hiking, pilih tapak kasut yang memang khusus untuk anti-licin dan berpemukaan untuk grip setiap langkah anda.

2. Pilih baju yang nipis

Pemilihan baju juga memainkan peranan penting ketika mendaki. Elakan memilih baju seperti cotton dan beraltitude tinggi kerana ia tidak menyerap peluh. Sebaiknya guna baju khas untuk hiking yang ada ciri compression yang bagus.

3. Kenal pasti cuaca ketika pendakian

Sebelum pergi hiking, periksa dahulu ramalan cuaca semalam, ini kerana ia akan menentukan perjalanan anda dan track sebenar anda. Jika hujan, mungkin akan becak, berlumpur dan licin. Jadi anda bersedia mental dan fizikal untuk mendaki.

4. Lakukan sedikit senaman ringgan

Untuk mengelakkan otot menjadi kejang, sebelum memulakan pendakian anda dinasihatkan melakukan senaman sekurang-kurangnya 10-15 minit.

5. Lapik perut sebelum mendaki

Elakan makan nasi lemak dan benda berat kerana bimbang anda akan pancit nanti. Sediakan makanan seperti energy bar dan air isotonik untuk menggantikan garam dalam badan yang keluar semasa berpeluh.

6. Pentingkan aspek keselamatan ketika bergambar

Ketika anda ingin bergambar di puncak atau sebagainya, jangan lupa untuk pentingkan aspek keselamatan.

7. Jangan adab dan percakapan

Bila memulakan perjalanan, jangan lupa untuk membaca sebarang surah atau Bismillah serta berdoalah supaya dipermudahkan perjalanan. Malah harus diingat ya ketika di dalam hutan kamu perlu menjaga adab percakapan jangan celupar, takbur dan riak.

8. Mental perlu positif

Terakhir, anda digalakkan sentiasa berfikiran positif sepanjang perjalanan. Jangan terlalu pentingkan masa untuk sempai ke puncak dengan segara sehingga mengabaikan aspek mental.

IKLAN