Gaya Hidup

Penyokong Liverpool Belanja Satu Kedai Selepas Pasukannya Tewaskan Barcelona

Share

Kemuncak pertandingan kelab bola sepak terulung di Eropah, Liga Juara-Juara (UCL) kini semankin menghampiri kemuncaknya.

Semalam telah berlangsung sebuah perlawanan epik melibatkan pasukan handalan dari England, Liverpool menentang juara terbaru La Liga Sepanyol, Barcelona.

Dengan kekalahan 3-0 pada perlawanan pertama di Barcelona, Liverpool dilihat mempunyai peluang tipis untuk memenangi perlawanabn timbal balik peringkat separuh akhir ini. Malah ramai pengamal dan pengkritik suka bola sepak meramalkan Barcelona sudah sebelah kaki melangkah ke final pada tahun ini yang bakal berlangsung di Wanda Metropolitano Stadium, Madrid.

Namun bola sepak bukanlah sukan ramalan semata-mata. Mungkin ramai sudah lupa bahawa Liverpool apabila beraksi di pentas tertinggi Eropah, mereka mempunyai nilai romantisme yang cukup unik.

Jurgen Klopp bersama pemain-pemain Liverpool meraikan kemenangan epik mereka.

Deretan sejarah membuktikan Liverpool mampu melakukan comeback dan menepis segala cakap-cakap skeptikal. Itulah yang dibuktikan oleh skuad kendalian Jurgen Klopp pada perlawanan awal pagi tadi (waktu Malaysia).

BACA: Lupakan Roti Canai, Sebab Kalorinya Bersamaan Berlari 7 Pusingan Padang Bola Sepak

Liverpool yang turun tanpa dua tonggak utama iaitu Salah dan Firmino mencatatkan kemenangan paling epik dalam sejarah pertandingan ini dengan memenangi perlawanan 4-0!

Peminat-peminat Liverpool seluruh dunia meraikan kemenangan dengan pelbagai cara. Namun ada satu yang menarik perhatian MASKULIN. Sebuah video yang kini berlegar dikongsi grup peminat Liverpool di Facebook memaparkan seorang lelaki telah membayar bil kesemua pelanggan di sebuah restoran mamak.

Penyokong yang bermurah hati itu meminta semua yang hadir menyerahkan resit untuk dibayarnya.

Difahamkan video tersebut dirakamkan selepas perlawanan tamat. Dan suasana ceria pada awal pagi wajktu bersahur itu dikatakan dirakam di Pelita Nasi Kandar, Jalan Macallister, Pulau Pinang.

Menerusi video kelihatan semua pelanggan di rstoran tersebut menyerahkan bil kepada juruwang dengan seorang peminat Liverpool berbaju warna biru gelap senyum menantikan untuk membayar sepenuhnya.

Pengunjung lain mengucapkan terima kasih kepadanya.

Pada bulan baik ini, tak salah untuk meraikan kemenangan dengan bersedekah. Respect! Dan tahniah buat pasukan Liverpool yang mara ke final bagi mengejar kejuaraan keenam mereka.

IKLAN