Perseteruan bola sepak di antara pasukan Malaysia dan Indonesia sudah terlipat dalam sejarah sebagai antara yang paling getir di Asia Tenggara.

Malah jika kita imbau kembali sejarah dalam tempoh beberapa tahu kebelakangan ini, pasukan kebanggaan negara Harimau Malaya menerima layanan yang cukup mencabar daripada penyokong pihak lawan setiap kali melakukan kunjungan ke negara tersebut.

Kisah di mana pasukan negara terpaksa naik kereta berperisai baracudda dahulu juga telah banyak mengguris hati penyokong-penyokong bola sepak Malaysia.

Penyokong Malaysia Dakwa Dibaling Batu Di Stadium Gelora Bung Karno
Pertembuangan Malaysia dan Indonesia merupakan di antara yang paling sengit di Asia Tenggara.

Dan hari ini, perseteruan itu dilihat sekali lagi menjadi bahan bualan warganet terutama pencinta bola sepak tempatan. Pada malam ini, jam 8:30 malam waktu Malaysia, Harimau Malaya akan menggalas segunung harapan negara menentang pasukan Indonesia di halaman mereka sendiri.

Malaysia yang diletakkan di dalam Kumpulan G bersama-sama Indonesia, Thailand, Vietnam dan UAE dlam psusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022.

Semalam di laman media sosial sudah heboh diperkatakan bahawa hotel penginapan pemain-pemain negara menjadi sasaran penyokong fanatik negara jiran melakukan gangguan mercun. Namun MASKULIN tidak dapat memastikan kesahihan perkara tersebut.

IKLAN

Penyokong Malaysia Dakwa Dibaling Batu Di Stadium Gelora Bung Karno

Hari ini pendukung-pendukung setia Harimau Malaya terutamanya dari Ultras Malaya mengharungi dugaan hebat ketika tiba di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Beberapa buah video daripada penyokong Malaysia yang berada di sana mendakwa mereka telah dibaling batu oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Menerusi salah sebuah video yang dimuat di Twitter mendakwa sejurus sahaja sampai di stadium penyokong Malaysia diprovokasi dan bas yang membawa mereka juga dibaling batu.

IKLAN

Kredit: @manarianz5

Manakala menerusi salah sebuah video berbeza kelihatan penyokong-penyokong Malaysia terpaksa bergegas ke kawasan berbumbung di kawasan stadium bagi mengelak terkena batu yang di bnaling daripada kawasan atas stadium.

IKLAN

Kredit: @musyrifSyafiq

Perkara seperti ini tak sepatunya berlaku dan pihak penganjur seharusnya memastikan keselamatan pemain dan penyokong pihak lawan terjamin.

Walau apa pun yang berlaku, MASKULIN mendoakan keselamatan kesemua pihak yang berada di sana. Semoga pasukan Harimau Malaya memberikan persembahan membanggakan pada malam ini. Satukan jiwamu!

Kredit: @vocketfc

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI