Serba-serbi pintar. Itu salah satu perkara yang kita semua perlu akui dan hadapi dalam menjalani kehidupan seharian. Pelbagai pengenalan teknologi pintar kini mampu memudahkan kehidupan harian kita.

Sama ada penggunaan peranti pintar telekomunikasi atau peranti pintar kelengkapan rumah, segalanya untuk membantu kit melakukan tugasan dengan mudah. Tapi bagaimana jika teknologi pintar itu mampu menjalankan tugas dengan lebih berdikari?

Pastinya ia sesuatu yang cukup mengujakan bukan. Buat anda yang bekerjaya kesibukan harian di pejabat pasti cukup memenatkan. Kadang-kadang nak cuti masa bersihkan rumah pun agak sukar.

Peranti Vakum Robot Pintar MMX Prime S7000  Hadir Dengan Kawalan Aplikasi & Spesifikasi Mantap

Di sinilah peranan peranti pintar kelengkapan rumah dapat membantu. Sebagai contoh vakum robot pintar seperti MMX Prime S7000. Mungkin anda tertanya-tanya apakah bezanya vakum robot ini dengan yang lain?

MMX Prime S7000 dilengkapi dengan teknologi pintar yang mengagumkan. Tetapi terlebih dahulu kita perlu beri tumpuan kepada fungsi penggunaannya yang cukup menarik. Bukan sahaja mampu melakukan tugas di permukaan kering (600ml), MMX Prime S7000 juga boleh berfungsi di permukaan basah (350ml).

Peranti Vakum Robot Pintar MMX Prime S7000  Hadir Dengan Kawalan Aplikasi & Spesifikasi Mantap

Malah ia juga mampu melakukan tugasan mop yang basah mengikut laluan berurutan ‘Y’. Sebarang kotoran tidak akan ditinggalkan dan dibersihkan sebaiknya. Di antara ciri yang membezakan vakum robot ini dengan yang lain ialah kemampuannya membersihkan kediaman anda secara lebih mendalam.

IKLAN

Ia dapat direalisasikan dengan penggunaan tangki airnya yang lebih besar dan mampu dikawal secara elektronik.

Hadir dengan sistem navigasi lidar konfigurasi ultra tinggi Dwi Laser + Navigasi SLAM, sistem pengimbasan laser LDS baharu robot vakum ini turut menggunakan navigasi SLAM yang berupaya mengimbas persekitaran rumah dan melakukan pemetaan dengan lebih tepat. Ini membuatkannya berfungsi dengan lebih efisien dan meluas.

Peranti Vakum Robot Pintar MMX Prime S7000  Hadir Dengan Kawalan Aplikasi & Spesifikasi Mantap

Dari segi kawalan pula, MMX Prime S7000 mampu dikawal hanya dengan satu klik. Apa maksud MASKULIN di sini?

Kami maksudkan ialah anda boleh mengawalnya dengan menggunakan App atau aplikasi untuk tetapannya. Sama ada untuk menentukan masa pembersihan, melaraskan kuasa sedutan, ia boleh dilakukan. Malah, ia juga disambungkan peranti rumah pintar seperti Alexa dan Google Home.

IKLAN

Peranti Vakum Robot Pintar MMX Prime S7000  Hadir Dengan Kawalan Aplikasi & Spesifikasi Mantap

Aplikasi ini juga secara tidak langsung menjadi pembantu maya kepada anda untuk mengawal fungsi vakum robot ini. Tetapan kawasan yang perlu dibersihkan boleh dilakukan dengan mudah. Hanya tetapkan pemetaan dan masa, anda boleh tinggalkannya untuk melakukan tugasan pembersihan dan boleh meneruskan urusan anda tanpa perlu gusar.

Peranti Vakum Robot Pintar MMX Prime S7000  Hadir Dengan Kawalan Aplikasi & Spesifikasi Mantap

Bagaimana pula jika ia kehabisan bateri? Di sinilah Breakpoint Pembersihan Boleh Semula memainkan peranannya dengan secara automatik melakukan pengecasan semula sehingga bateri dapat dicas sepenuhnya.

Jadi anda tidak perlu risau ‘kerja’ vakum robot ini tidak habis ditengah jalan. MMX Prime S7000 menawarkan empat tetapan perbersihan berbeza iaitu seluruh rumah, zon dikongigurasi, PIN N GO dan zon terhad.

IKLAN

Peranti Vakum Robot Pintar MMX Prime S7000  Hadir Dengan Kawalan Aplikasi & Spesifikasi Mantap

Ia juga boleh menyimpan sebanyak 5 peta berbeza dalam satu-satu masa dan boleh ditukar pada bila-bila masa sahaja.

Secara keseluruhannya, MMX Prime S7000 merupakan peranti pintar yang tepat buat anda yang sentiasa sibuk dan mahukan kondisi rumah yang sentiasa bersih.

Buat anda yang ingin memiliki peranti kelengkapan rumah hebat ini boleh dapatkan MMX Prime S7000 pada potongan harga harga menarik iaitu hanya RM1,088.88 (harga biasa RM2,300.00).

Malah buat pembaca setia MASKULIN boleh dapatkan lebih potongan kepada harga istimewa (baucar tunai RM150) dengan kod baucar MMXMMK150 kepada hanya RM938.88 sahaja. Dapatkan tawaran ini DI SINI sementara stok masih ada.

Rating MASKULIN – 4.5/5

https://www.youtube.com/watch?v=YfraUBuzbfw

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI