Percuma! Dapatkan Pemasangan RFID Daripada Touch ‘N Go Di Lembah Klang

Share

Sebelum ini kalau nak buat pemasangan RFID secara percuma, memang kena buat temu janji yang lebih awal berikutan jumlah pemasangan adalah terhad.

Namun memasuki bulan April ini nampaknya pihak Touch ‘N Go memberi peluang kepada orang ramai yang berkelapangan untuk memasangnya pada bila-bila masa.

Tawaran sah di Lembah Klang

Tetapi tawaran ini hanya sah bagi mereka yang berada di sekitar kawasan Lembah Klang sahaja kerana pihak Touch ‘N Go menyediakan sembilan lokasi yang boleh dituju.

Tak perlu sentuh kad

Dengan pemasangan RFID ini, ia akan memudahkan urusan pembayaran tol kerana anda tidak memerlukan sebarang peranti seperti SmartTag atau perlu menyentuh panel menggunakan kad TNG biasa.

Selain itu RFID menyediakan pelekat khas yang akan dilekatkan pada bahagian kereta anda dan ia menghubungkan dengan e-wallet

TNG.

Dalam erti kata lain, anda boleh terus top up nilai bakinya secara terus ke e-wallet dan ia ternyata akan jadi sangat memudahkan.

Serbu 9 lokasi ini

Berdasarkan poster di atas, 9 lokasi yang dinyatakan pihak Touch ‘N Go di sekitar Lembah Klang adalah AEON Big Bukit Rimau, AEON Big Kepong, Berjaya Times Square, Empire Shopping Gallery, Sunway Velocity Mall, Tesco Pusat Bandar Puchong, Tesco Extra Cheras, Tesco Setia Alam dan Tesco Bukit Tinggi Klang.

Anda boleh berkunjung ke lokasi yang disebutkan bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam dan tawaran ini hanya sah untuk April 2019 sahaja.

Jadi apa tunggu lagi? Terus share artikel ini kerana ada tawaran percuma yang sangat menarik..!!

IKLAN