Bau badan adalah elemen yang sangat penting apabila berada dekat dengan orang ramai terutamanya perempuan.
Ini kerana bau badan lelaki boleh menimbulkan aura yang mampu membuatkan perempuan jadi ghairah dan ‘turn on’.
Tetapi jika lelaki gagal menjaga perkara asas itu, tidak pasal-pasal perempuan boleh ‘turn off’ kerana anda mungkin tidak begitu cakna tentang :
IKLAN
Penyebab bau badan
1. Masalah pencernaan Bahan buangan yang terkumpul menghasilkan toksin. Sekiranya sistem pencernaan tidak berfungsi dengan baik, peluh akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
IKLAN
2. Corak pemakanan Terlalu banyak minum minuman berkafeina dan makan makanan berempah berpotensi menghasilkan bau badan terutama di bahagian ketiak, celah kangkang, lipatan lutut dan jari kaki.
IKLAN
3. Tidak jaga kebersihan Mandi tidak bersabun malah kadang-kala hanya mandi sekali dalam sehari, tidak menggunakan produk anti perspiran, memakai pakaian yang sama untuk dua hingga tiga hari antara punya bau badan.
Cara atasi masalah badan berbau
Ketika mandi, pastikan anda membersihkan bahagian yang senang berlaku pembiakan bakteria seperti di celah kelangkang, ketiak dan celah jari kaki. Gunakan sabun atau gel mandi antibakteria. Selepas mandi, sapu pelembap untuk kekalkan bau badan yang wangi.
Sebelum melangkah keluar dari rumah, tentukan anda sudah pun menyembur atau menyapu deodoran yang mengandungi antiperspiran agar mengurangkan penghasilan peluh sekali gus menghalang bau badan yang dihasilkan bakteria.
Bersama-sama dengan deodoran, anda semburkan juga pewangi kegemaran mengikut aktiviti yang dilakukan pada hari tertentu. Jika anda bersukan, pilih pewangi yang menyegarkan. Sekiranya anda hadiri majlis tertentu pada waktu malam, pilih pewangi yang lebih keras serta pekat baunya.
Kawal pemakanan anda sehari-hari. Elak makanan yang berempah, mengandungi banyak bawang putih dan kurangkan minum minuman berkafeina. Seelok-eloknya minum lebih banyak air masak. Bukan sahaja mengekalkan lembapan tetapi turut menjaga kulit anda.
Setampan mana pun seseorang lelaki tetapi dia tidak menjaga penampilan diri, ketampanan itu pasti tidak dipandang wanita. Sama seperti lelaki, seseorang wanita akan tertarik dengan lelaki yang pembersih dan tahu menjaga penampilan.
Keadaan ekonomi pada hari ini amat mencabar. Namun itu tidak bermakna anda tidak boleh menjana sedikit pendapatan untuk menyokong pendapatan yang sedia ada iaitu gaji bulanan yang diraih hasil dari bekerja.
Belia pada hari ini lebih fokus untuk memiliki kereta pertama walaupun baru bekerja tanpa mengetahui bahawa adalah lebih baik ia dilaburkan untuk membeli rumah.
Afyan Mat Rawi telah membuat perkongsian video Youtube di ML Studios untuk memberikan sedikit garis panduan bagaimana golongan belia boleh menjana pendapatan pasif melalui pembelian rumah.
1. Beli rumah dahulu lebih baik daripada beli kereta
Harga rumah pada hari ini tidak sama dengan 5 tahun yang akan datang. Jadi, kalau anda dah beli rumah pertama walaupun sekadar rumah flat sudah memadai kerana ia adalah aset. Masa yang sama, harga kereta setiap tahun akan menyusut serta kereta dikira sebagai liabiliti (beban). Jadi anda perlu buat pilihan yang bijak.
2. Boleh beli rumah ikut kemampuan & tangga gaji
Rumah yang sesuai untuk golongan belia adalah yang berharga daripada RM100K-RM150K. Di Lembah Klang masih ada rumah berharga seperti ini. Anda tinggal nak dengan tak nak sahaja dan ia adalah rumah flat/pangsapuri kos rendah.
Namun, tip ini langsung tidak bermakna jika anda sudah mempunyai niat untuk beli rumah seperti condominium atau rumah landed. Ingat, anda mahu pulangan bukan jadi beban. Jadi setkan pembelian mengikut tangga gaji terkini dan ukur baju di badan sendiri.
3. Setkan rumah yang dibeli untuk dijadikan aset
Aset bermaksud sesuatu yang berharga serta menjana keuntungan serta membantu financial flow. Jika loan installment anda sebulan adalah RM800, naik taraf rumah tersebut dengan jadikan ianya fully furnished dan naikkan kadar sewa.
Dengan cara itu, anda boleh dapat nilai sewa lebih tinggi (balik modal untuk bayar kepada bank) serta untung pasif. Ataupun, anda boleh buat sistem sewaan mengikut kepala. Contohnya, sebuah rumah boleh disewakan kepada 6 orang. 1 kepala RM300, RM300 darabkan dengan 6 orang sama dengan RM1800.
Tolak installment bulanan bank, bil air & api, boleh dapat baki bersih dalam RM300-RM500 sebulan. Bergantung kepada cara anda uruskan duit.
4. Banyakkan membuat rujukan kepada pakar hartanah
Jika anda mahu jana pendapatan dengan memiliki hartanah lebih daripada satu, pastikan mempunyai ilmu yang betul. Di Malaysia terdapat ramai pakar hartanah yang mencetak buku serta membuat seminar hartanah yang berharga dari RM100-200. Antara nama yang sudah lama dalam bidang hartanah adalah Dr. Azizul Ali, Harith Faisal, Azizi Ali dan Faizul Ridzuan.
Sesetengah orang mudah mengalami masalah angin dalam badan apabila tersalah makan.
Mulalah rasa tidak senang duduk sebab badan berangin dan perut rasa kembung.
Jangan biarkan masalah angin dalam badan ini berlarutan kerana jika tidak diatasi segera, ia boleh mengganggu aktiviti seharian anda.
Ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad ini sekiranya anda antara penghidap masalah angin dalam badan.
Semoga perkongsian beliau ini dapat membantu anda mengatasi masalah angin dalam badan.
MENANGANI MASALAH ANGIN DALAM BADAN
Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman. Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari.
Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup manakala gejala yang dialami antara individu itu mungkin sama, tetapi punca sebenar masalah pula berbeza.
Masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak dapat dihadamkan sepenuhnya.
Gas yang dihasilkan ialah biasen, nitrogen dan ada kalanya methana. Ada beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Namun yang lebih utama ialah kesediaan kita untuk menukar jenis makanan yang dinikmati setiap hari terutama mengelakkan makanan berangin dan bergas, ambil ubat-ubatan dan cuba menahan diri daripada menelan udara terlalu banyak.
Kaedah perlu dilakukan penghidap masalah angin :
1. Menukar jenis makanan
Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman masing-masing. Bagi sesetengah orang, makanan seperti keledek, nangka, cendawan dan teh menyebabkan angin, tetapi tidak pada orang lain. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.
Salah satu cara untuk membuang angin dalam badan ialah dengan pengambilan minuman halia. Halia merupakan petua yang paling mudah dan juga berkesan yang telah diamalkan sejak turun-temurun lagi. Minuman halia telah pun dipelbagaikan pada waktu kini dan anda boleh menemui minuman halia yang berbentuk bikarbonat dan juga teh.
Namun, ia adalah lebih baik sekiranya anda meminum minuman halia asli kerana ia lebih berkesan untuk membuang angin di dalam badan. Anda boleh meminum air halia yang dicampur bersama lemon dan madu untuk membantu masalah penghadaman anda.
2. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan seperti antacid dan simethicone yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.
3. Kurangkan menelan udara
Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.
4. Hindari makanan yang menghasilkan angin
Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.
Laktos ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos pula banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
5. Urutan
Selain pengambilan ubatan yang sesuai bagi memberikan kelegaan, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu rawatan masalah angin.
Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia pastinya memberikan kelegaan kepada orang yang mengalami masalah ini.
Teknik urutan yang betul mampu melegakan atau mengurangkan rasa kurang selesa individu berkenaan. Ada pelbagai jenis masalah angin yang biasa terjadi, antaranya ialah angin di badan, kepala, rahim, perut dan bawah bahu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan mengalami kesakitan. Masalah angin sekiranya tidak dirawat atau diurut dengan betul bukan saja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjadi punca kesakitan atau bisa pada badan atau tempat yang bermasalah itu.
Pengambilan makanan yang betul antara perkara yang perlu diberikan perhatian bagi masalah angin ini. Apa yang penting adalah kurangkan makanan pedas, berlemak dan minuman berkarbonat kerana itu akan menambah angin selain perlu pastikan minum air masak secukupnya.
Walaupun masalah angin ini kedengaran tidak serius, namun jika dibiarkan ia berlarutan, badan akan menjadi lemah dan mengganggu aktiviti seharian. Justeru, amalkan makanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat untuk memastikan badan akan sentiasa cergas. Namun jika sakit ini berterusan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
Setelah bekerja selama 5 hari berturut-turut, sesekali anda pasti ingin melakukan aktiviti yang lebih ‘menyegarkan’.
Di tambah pula ada kalanya, anda tiba-tiba rasa bosan duduk di rumah kerana tidak tahu untuk membuat apa lagi.
Sehubungan itu, Maskulin senaraikan 5 perkara yang mungkin boleh membantu untuk hilangkan rasa bosan anda
1. Menyaksikan panorama indah
Jika di kawasan anda ada tempat yang tinggi seperti kawasan bukit yang boleh menyaksikan kedudukan bandar dari jauh, apa kata lepak di situ selama sejam atau dua jam. Di tambah pula kawasan berbukit oksigennya lebih segar pada waktu malam pasti boleh membuat anda hilang stress.
2. Kunjungi restoran kegemaran
Ajak kawan-kawan atau ahli keluarga untuk kunjungi restoran kegemaran anda. Sambil-sambil makan, boleh luangkan masa bertanya khabar, bercerita tetapi jangan makan terlebih-lebih sehingga boleh menjejaskan kesihatan anda.
3. Tonton wayang
Ada cerita baharu yang belum sempat anda tonton? Inilah masanya. Filem bagaimana yang anda gemarkan? Bercorak santai, komedi, seram atau art berat? tetapi kalau tonton filem seram yang benar-benar seram, ia boleh membakar kalori anda tau kerana degupan jantung yang lebih laju.
4. Bersiar-siar
Ambil angin malam. Dengan bersiar-siar, lihat suasana sekeliling, lampu-lampu yang cantik, diharapkan anda dapat melepaskan tekanan yang dialami. Tidak perlu manjakan diri untuk ke tempat yang mahal-mahal, cukuplah sekadar buat diri rasa tenang.
5. Bersukan
Sertai rakan-rakan yang aktif bersukan pada waktu malam seperti bermain futsal, badminton dan bina badan di gym. Sekurang-kurangnya boleh keluarkan peluh tetapi urus masa anda untuk bersukan awal, dua jam sebelum tidur. Ini untuk memastikan tubuh anda tidak menerima kejutan yang drastik.
6. Sertai NGO
Ada NGO yang turun ke jalanan memberi makan kepada gelandangan. Anda mungkin boleh sertai mereka untuk berbuat kebajikan selain dapat memahami situasi mereka yang lebih susah daripada kita.
Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi...