Apabila memilih untuk menjamu selera di luar rumah, fakor kebersihan sesebuah kedai perlu dititikberatkan terlebih dahulu.
Sebagai pengguna, anda harus bijak menilai dan memantau sekali gus tidak menjadi mangsa kepada pengusaha restoran yang terlalu menggunakan banyak ‘topeng’.
‘Topeng’ yang dimaksudkan adalah seperti ada premis yang menggantung ayat-ayat suci al-Quran atau di luarnya nampak bersih tetapi di dapur dan belakang kedainya, sangat menjijikkan.
Itu tidak lagi termasuk dengan pekerja yang menyediakan makanan namun mengabaikan aspek kebersihan diri seperti tidak mandi, bulu badan ‘berterabur’ atau ada penyakit yang boleh berjangkit.
Netizen dedah pekerja ada luka berkudis
Semalam menerusi sebuah posting pengguna media sosial Facebook, Aidil Nezam, dia memuat naik satu status berserta gambar yang kurang menyenangkan.
Tulisnya : “Siapa suka lepak mamak? Ni ha untuk tatapan korang semua… tukang uli capati ni dtg dari India (warga asing)..tengok jari dia ada luka b’kudis.. Kalau dia ada penyakit tibi ke hiv ke atau wabak penyakit yg b’jangkit ke kita mana tahu pakai makan je..kerja dah la tak pakai glove dan penutup kepala..ini kerja depan kedai belum tengok bahagian dapur masakan dia lagi..
*kejadian petang tadi semasa ops..
Dalam tempoh 13 jam, perkongsian itu telah mencecah lebih 4,000 komen serta lebih 7,000 shares.
Aidil yang juga merupakan seorang jurugambar bersama wartawan difahamkan menyertai satu operasi namun tiada maklumat jelas mengenainya.